Wednesday, January 25, 2017

Pouch untuk solehah

Assalamualaikum 0908 25012017

Good morning! Dalam kesejukan musim hujan sekarang ni, tiba-tiba rajin pulak nak menjahit.. πŸ™Š

tak rancang pun tapi ada rasa nak buat. Pencetus rasa tu ialah housemate yang pouch dia pergi kerja dan rosak zipnya.

Kerana malas sikit nak membaiki pouch tu, makanya han buatlah pouch yang baru. Warna yang lain, saiz lebih kurang sama.

Material :
Kain belang dari daiso
Bow dari keratan kain tshirt yang ditambah blanket stitch
Zip dari supermarket mana tah
Bahagian dalam dilapisi polyester felt dari minlon, serdang (untuk bagi pouch ni sturdy sikit)
Lining dalam menggunakan japanese cotton dibeli di kedai kain

Menggunakan mesin jahit dan kemasan akhir jahitan tangan di bahagian zip

Masa: 5 jam


nampak tak? mesin jahit yang dibeli dari zahirah. dia kata takde masa nak menjahit

bahagian dalam guna cotton polka dot dusty pink

Jahitan pertama tahun 2017

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen