Wednesday, June 8, 2016

updates yang tak la penting sangat pun bagi orang lain

assalamualaikum 1836 08062016

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni dah hari ketiga kita berpuasa. Cepatnya! hehe

Hari pertama berbuka puasa di Bukit Jelutong.
Hari kedua di Bukit Rahman Putra.
Hari ketiga, di sini, Metro Prima Kepong. Bukan AEON MALL la tapinya. lokasi dirahsiakan.

Emm.. dah tida hari berturut-turut ke pasar ramadhan.

Hari pertama di Stadium, Seksyen 13 bersama si dia.
Hari kedua di Bukit Rahman Putra bersama mereka.
Hari ni di Kota Damansara, Seksyen bersama diri sendiri.

Bukannya selalu camni tau. haaaa.. :)

Ramadhan kali ni special lagi. Dari hari Selasa sebelum Ramadhan lagi dah specialnye.. hehe

Cuti raya tahun ni, company han akan bercuti pada hari raya pertama sampai hari sabtu. Raya tahun ni tengah-tengah minggu kan. makanya susah sikit la nak mencutikan diri. nanti cuti habih, takde lak cuti kawen. ehhhhh hahaha. Takpela sekali-sekala berangan kan. Huhu

Hari ni ada daging dendeng mak kirimkan kat cousin hari tu. oh tak sabar tunggu waktu berbuka puasa sat gi. ni dah 1852. homai homai..

Ada orang tu tengah jalan-jalan kat pasar ramadhan kat terengganu sana. haha.

Hari pertama dapat berbuka sekali. Ehem ada rasa berbunga-bunga lah..

Hari ni dengan sepupu-sepupu annoying yang tak boleh tarik diri. hehehe. Sambil-sambil tunggu diorang balik baik berblog. cewah..

Tadi beli kurma sekotak. RM10 oklah.. tak mahal tak murah. Kalau takde apa nak makan masa buka atau sahur senang kalau ada kurma. Kan Nabi SAW pun pernah bersabda bahawa rumah yang tiada kurma ibarat tiada makanan di dalamnya. Jadinya kan, adakah itu sebabnya kat rumah han mak simpan kurma lama-lama emm ada yang sampai makan tahun?? Bukan kot. tapi sebab makan sebijik sorang je masa berbuka dan sahur kan? Apa pun, memang elok makan kurma. Banyak khasiatnya. Hai sunnah nabi kot. Mestilah ada kebaikannya kan?

So nak tamatkan entry ni dengan cara tergantung ke berpenutup?








1 comment:

Han suka kalau korang komen