Friday, June 17, 2016

Set pulut kuning

Assalamualaikum.. 17062016 1044

Emmmmmmmmmm

Semalam telah berjaya membuat rendang pedas ayam (mild) dan pulut kuning

Hihi requested by kesayangan.. 

So resepi rendangnya pinjam kat mak sedare. 

Resepi pulut kuning tanak dari blog 

AZIEJAYA     <-------  Best sangat! Banyak resepi yang pada Han mudah difahami untuk beginner sepertiku. EHEK.

Dan kekdahnya memanglah Han selalu ambik/tulis bahan-bahan je.. kadang-kadang measurement pun tak ambik.. pastu masak ikut suka hati :D


Okay Han share resepi pulut kuning dulu yek..





Bahan-bahan:

250 gm beras pulut
1 cawan santan + 1 cawan air 
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna dan tambah rasa savoury)
Daun pisang untuk lapik pengukus

Method:

  1. Basuh beras pulut sebersihnya dan masukkan semua bahan ke dalam periuk. Han tak rendam pun berasnya. Kejar masa. :D
  2. Masa dah menggelegak, kacau-kacaukan dengan harapan tak berkerak kat periuk rice cooker tu
  3. Lepas dah naik api, haaa.. paham tak apa maksud ni? emm maksudnya pulut dah masak, alihkan pulut tu ke pengukus yang dilapik daun pisang. Periuk nasi elektrik kat rumah ni memang sedia ada layer pengukus. So kacau-kacaukan sikit pulut tu dan salinkan aje ke bekas pengukus tu dan isi air kat periuk di bahagian bawah dan tekan balik apinya. <--- main api lagi
  4. Ok sekarang silalah check pulut anda. Agak-agak dah lembut dah boleh tutup api dan biar sejuk sikit barulah tukar bekas. Macam-macam gaya hias ada. Kalau zaman dulu, masukkan dalam bekas berbentuk, ratakan pulut tapi macam bukit, tekan dengan belakang senduk bior nampak berkilat dan cucukkan bunga cengkih

Sambil-sambil masak pulut kita buat rendang pedas ayam pulak. Boleh juga olah resepi ni menggunakan daging lembu dan tambah daun limau purut.

Yang ni resepi memandai-mandai je sebab auntie bagi resepi bahan-bahan dan aturan tanpa measurement



Bahan-bahan A:

1 kilo ayam potong 12
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan B:

3 batang serai
1 labu bawang putih
4 biji bawang besar (cheat: maleh nak kupas bawang merah banyak2)
3 cm halia
4 sudu besar cili giling puteri
1 1/2 cawan santan

Bahan-bahan C:

Dua keping asam keping
Sebungkus kecil kerisik 
2 helai daun kunyit 
Garam gula secukup rasa


Method:

  1. Potongan ayam digaul dengan serbuk kunyit.
  2. Hiris Bahan B: serai, bawang putih, bawang besar, halia (julienned). Kalau tak berapa rajin kisar atau tumbuk pun boleh. 
  3. Masukkan semua Bahan B dalam kuali besar, tak perlu minyak ye. Pasang api sederhana dan tutup dengan penutup kuali. Biarkan berbuih-buih dan memekat sedikit.
  4. Selepas tu masukkan ayam yang bergaul serbuk kunyit tadi dan bahan C.
  5. Lepas tu kacau-kacaukan biar rata dan tutupkan kuali. Biarkan menggelegak sedikit dan kacau lagi. Ulangkan proses ni hingga kuah rendang memekat dan sampai ke tahap kekeringan yang anda suka. 
  6. Dalam masa tu, kuah akan masak dan santan akan menjadi minyak. Jangan kacau banyak sangat nanti pecah pulak ayam tu. Tapi kalau rendang ayam hancur pun sedap je sebenarnya. 

Makanya barulah Han tau takdelah susah mana nak masak set pulut kuning ni. Hohoho. Insya allah boleh buat lagi. 

K selamat mencuba. Anggaran masa: 2 jam jek. 


Nampak tak kemalasan ak nk crop gambar tu? huhu

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen