Wednesday, June 22, 2016

SAMYANG

Assalamualaikum 22062016 1330

Orang post kau pun nak post kan? Time2 pose ni memang macam-macam benda kau nak rasa kan? So semalam nak rasa mi segera dari korea yang bercap SAMYANG tersebut.


sumber: http://cavinteo.blogspot.my/


Kebetulan cousin beli. Dia nak try. #eh betullah. Dia beli sebab nak try. Han tumpang la. 

Ok. Al-kisahnya.. nak buka puasa semalam dah singgah bazaar beli daging goreng dan kerabu daun selom. Tapi ade tauge pulaknya dalam kerabu tu. tak sesuai betul. Nanti cepat rosak yang beno nye. 

Balik rumah nasik dah ada.. Cik cousin dah masak senang kot2 takde apa nak makan boleh goreng telur je. Maka dia makan nasik berlauk daging lah semalam. 

Han pulak nak rasa mi segera korea yang kekonon pedas sampai habih sebotoi susu lepas makan. Kan.. tapi nak la ade rasa macam makan makanan sebenar. Maka nak bubuh sayur dan makan dengan daging goreng. Mesti sedap!

So resepi semalam camni je:


Bahan-bahan:

1 bungkus mi segera perisa ayam SAMYANG pedas berapi
Secekak cendawan inoki 
100 gram terung dipotong serong
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
Beberapa helai ulam raja 




Cara-caranya:

1- Rendamkan mi segera dalam air panas bersama cendawan inoki yang dibuang akarnya (untuk lembutkan mi dan cendawan. Setelah lembut, toskan airnya. 

2- Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 


tumiskan biar terbit bau yum2


3- Masukkan pula kepingan terung. Kacau-kacaukan supaya tidak garing di sebelah sahaja. 


sumber: http://cavinteo.blogspot.my/


4- Kemudian masukkan perencah mi segera (Han masukkan semua.. hahaha)


ni bukan video nak tgk ade ulat kat celah-celah mi ekk


5- Bila dah naik bau, masukkan mi segera dan inoki yang telah lembut tadi dan kacau-kacaukan seminit-dua supaya rata perencahnya. 


dah siap!


OK. Dah siap untuk dihidangkan bersama ulam raja di sampingnya. Oh jangan lupa ada satu paket kecil seaweed dan bijan yang disediakan.. So taburkan ke  atas mi goreng tersebut. 


dengan bijan dan seaweed


Boleh tambahkan daging ayam atau daging lembu  yang dipotong kecil tapi pastikan masukkan semasa step 1 dan biar daging masak dulu baru sambung dengan step lain.




Review:

Tak pastilah disebabkan dah dimasak atau apa, tapi han rasa orang yang menggambarkan mi segera ni terlalu pedas dan bereaksi "over" dalam viral videos atau blog mungkin tak pernah rasa cili padi atau cili api merah yang dijual di 99 speedmart tu kot. Sebabnya pada Han taklah pedas melampau sampai tahap nak minum susu ke ape ke.. Kepedasan 3/5 je daripada cili kering yang digunakan. Ada rasa ala-ala mi goreng melayu (ada trace kicap) yang terlebih pes cili kering. Maka jadi pedas sikit, Macam order, mi goreng pedas. Haa camtu. Kesimpulannya takde masalah. Boleh cuba lagi masak dgn resepi lain pulak. Mungkin kalau takde bahan tambahan dan sediakannya macam style budak kolej akan menjadikan mi tersebut lebih pedas. Selain tu perencah dia cukup rasa. Pada Han memang sesuai letak semua pes perencah tu. 

Tapi yes. Yang biasanya tak tahan makan pedas, sampai sakit perut nak ke toilet sesaje jangan makan banyak. sekadar nak rasa boleh. Sesudu sahaja tau?

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen