Tuesday, June 14, 2016

Puding karamel

Assalamualaikum 1019 1406216

Semalam kan.. p buka puasa kat rumah kaklong lina sepupu sebelah ayah.
Dia buat puding karamel!! Texture dah sedap. Tapi gula dia terlebih hangus. Walaupun kekdahnya memanglah kena buat gula hangus. Apa pun... meh kita cekidout dia punya resepi. For me.. memang sedap dah. Cuma tang gula tu pahit sikit. Nanti ada masa kita try buat yek?

Bahan-bahan:
1. Susu satu liter
2. Telur 10 biji
3. Essen vanilla 2 tsp
4. Gula caramel 250 g
5. Gula 250 g or less...

Cara-caranya:
1. Buat caramel dulu:
Panas kan gula sampai jadi warna perang, pastu masukkan air sedikit.. dah boleh tutup api .. kacau-kacaukan dia
2. Tuang dalam bekas yg nak masak puding
3. Simmer gula 200 g atau kurangkan ikut suka dengan susu. Biarkan suam2. Letak tepi.
4. Pukul telur dengan essen vanilla.
5. Masukkan susu dengan ke dalam adunan telur. Kacau sebati
6. Selepas itu tuangkan ke dalam bekas puding tadi
7. Bakar pada suhu 175°C untuk 30 ke 40 minit dalam air. Letakkan loyang pembakar dalam dulang dan isikan air.
8. Dah siap boleh sejukkan dalam peti ais dulu. Yummy2!
Ye han tahu ramai yang tere buat ni.. han tak.. hahaha...

cedap2


puding karamel dengan laici

  

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen