Friday, May 6, 2016

Mimpi

Assalamualaikum 1214 06052016

Kadang-kadang kita bermimpi. Kadang indah kadang ngeri. Bila ngeri mungkin tak basuh kaki. Bila indah rasa tak berpijak di bumi.

Hairan bila mimpi umpama mengikut kata hati. Andai mau kesudahan yang begini, ia jadi begini. Jika mau kesudahan yang begitu, ia pun jadilah begitu.

Mimpi juga kadang-kadang mempunyai kuasa untuk menetapkan diri dan menjadi lebih berani.

Tapi itu mimpi. Kesudahan yang paling luar biasa pun boleh berlaku,

Bagaimana dengan realiti?

Realiti sepatutnya susah untuk dijangka tetapi ada juga yang mampu membuat ramalan berdasarkan keadaan yang hampir sama pernah dialami sebelumnya. Ilmu ini kita panggil pengalaman,

Dengan pengalaman keadaan yang sukar dan kusut mungkin dapat ditangani dengan baik apabila kita tahu cara menyelesaikannya. Tambahan pula apabila seseorang itu sabar dan tak berputus asa menyelesaikan sesuatu perkara. Mungkin ianya tidak mudah tetapi kerana sabar, apa pun keputusannya, akan menjadi indah apabila hati redha.

Insya Allah


No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen