Wednesday, April 27, 2016

Pernah tak goreng sotong?

Assalamualaikum 270416 1631

So nye.. Bulan April ni ada la dua kali buat sotong goreng tepung. hehe.. sebab senang je.. Ada orang baik hati belanja beli barang basah kat pasar stadium Shah Alam yang menyesatkan itu. Huh! Siap tak ngaku tinggalkan kita merata-rata. #tddmka

K k.. so di 19 Rejab 1437 ni marilah kita tengok resepi sotong goreng tepung kelolaan cik haniekunie. Ala bese2 je.. Bukan susah pun..

Bahan-bahan:

Sotong 
Garam
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras
Lada sulah/lada hitam 
Garam tandoori
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Cuci dan potong sotong ikut suka.

2) Drain the excess water (eh speaking lak) ketepikan dalam bekas, masukkan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada dan gaul sebati

3) Dalam bekas lain masukkan tepung-tepung tersebut dalam ratio 3:1:1 (gandum:jagung:beras).
 Kalau tak ada tepung sangat tepung jagung je dah cukup tapi pandai-pandailah adjust kuantiti ye. Campurkan sikit serbuk lada dan garam tandoori nak bagi perasa. Gaul-gaulkan biar sebati.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Deep fry tau. So minyak dia bior banyak sikit. Jangan sampai berasap ye.. agak-agak sesuai untuk menggoreng je. Sotong nyet-nyet berkunyit tu tekap-tekapkan kat campuran tepung terus digoreng. Jangan risau tak letak telur pun tak apa. boleh lekat jugak tepung tu kat sotong tu. Provided sotong tu macam basah-basah sikit :D

5) So biar kejap dalam 3 minit. pastu boleh balik-balikkan dia. Jangan lama sangat, liat pula nanti. Kalau meletup-letup korang jangan lupakan perisai tutup periuk korang tu. Amat berguna ok..?? Tapi biasanya bukan meletup sangat pun. Bukan goreng ais.

6) Nampak dah garing keemasan dah boleh angkat. Toskan minyaknya, hidangkan dengan sambal belacan pedas angat-angat sampai berayor mata lepas tu terbersin-bersin sebab resdung (bukan han). Kalau nak cicah dengan sos ala Johnny's pun boleh. Boleh check entry sebelum ni (Sila cari di tag resepi) 

Sotong!! 



Pendek kata kalau rajin apa pun boleh jadi. Kalau malas boleh jadi jugak. makan kat luar ke.. Suruh orang masakkan ke.. haaa

#kbye

**Bahan-bahan memang tak reti bagi sukatan.. main agak-agak je. Natural talent kot hahaha. K selamat mencuba




No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen