Wednesday, April 13, 2016

Cinta sayang bukan restoran cinta sayang

Assalamualaikum 1532 13042016

Jalan-jalan sekitar blog dan forum kegemaran, terkesan pula dengan petikan kata-kata ini:


Cinta buta yang sangat berbahaya sebagaimana dilukiskan penyair Qais: “Kau gila karena orang yang kau cinta. Memang cinta buta itu lebih parah dari gila. Orang tidak bisa sadar karena cinta buta, sedang orang gila bisa terkapar tak berdaya”


Memang cinta tu memang buta. Bila dah cinta kau dah tak nampak apa selain apa yang kau fokuskan itu. 

Banyak cabang cinta ni. Cinta manusia. Cinta harta. Cinta dunia. Cinta akhirat. Cinta Allah dan Pesuruh-Nya pun salah satu cabang cinta juga. Yang paling penting pula tu. 

Kadang-kadang cinta tu kita tak perlu cari pun. Hanya perlu jalani kehidupan seharian seperti mana layaknya rutin yang sesuai untuk diri. tiba-tiba tanpa disedari sudah terjelepuk dalam alam yang membutakan.

Bila cinta, hati tu sering rasa hangat. Hangat sebab gembira, hangat sebab marah, hangat sebab terharu, hangat sebab hangat-hangat tahi ayam? Haha. Jangan buat. 

Perasaan cinta ni memang mengkhayalkan. Kau rasa macam terawang-awang. Terbang. Kau tunggu waktu terjatuh akibat kecewa nanti. Bukan jatuh secara fizikal macam jatuh longkang ke, gaung ke.. tapi keadaannya nanti mungkin lebih teruk dari kesakitan akibat jatuh secara fizikal tu. 

Bila cinta,perasaan cemburu pasti menjelma. Mestilah.. dah sayang. Takut pula ada yang sambil-sambil menjeling, mencuit-cuit hati kesayangan pula kan? Tapi janganlah ikut sangat perasaan tu. Sebab cemburu, dari sayang jadi bengang pula.. Naya je. 

Macam-macam jenis atau kisah percintaan yang ada. Yang mainstream macam dalam drama slot Akasia. Yang lain macam sikit boleh baca di blog-blog atau diari peribadi. Yang luar biasa pula ada dalam hadis dan sirah nabi atau dalam Al-Quran.

Tak kisah apa pun kisah percintaan yang ada, pokoknya sabarlah menghadapi. Cuba selami dan fahami keadaan atau keperluan seseorang pencinta dan pasangannya, Sesuai dengan prinsip dan norma kehidupan manusia yang tidak gila. 

Dengan cinta, kehidupan bertambah nilainya. Ada yang semakin bersemangat untuk menempuhi kehidupan mendatang. Ada yang makin tidak siuman akibat terlalu mengejar cinta. Pahit atau manis terletak pada tangan sendiri dan langkah yang diatur. Tidak kurang juga perasanya tawar atau terlebih rasa akibat penerimaan pencinta dan yang dicinta. 

Yang mencinta biasanya akan lebih mementingkan diri yang dicintainya. Penerima cinta pula tidak semestinya akan mencinta sebaik pemberi cinta. Ada juga penerima yang lebih mencintai pemberi. Apa pun tidak mustahil kan? 

Cinta tu dicampakkan ke dalam hati sebagai perasaan sayang. Bila sayang tu terbayang-bayang. Macam terbayang-bayang mak ayah kat rumah tu.. Eh mak han kat office di waktu-waktu begini. :) Tertunggu-tunggu je waktu nak berjumpa kan?   

Kadang-kadang cinta ni kalau ada perlu diucapkan. Kadang-kadang boleh ditunjukkan melalui perbuatan walaupun hanya dengan pandangan mata dah boleh hantar signal sayang tu. Kalau tak hantar, macam mana nak tahu kan? Setakat mengadu kat kawan-kawan apa gunanya? Ya han faham, malu. Mengadu dengan Pencipta lagi bagus. Tapi iye lah. Kalau diberitahu terus kepada empunya diri pun tak salah. Biar dia sedar yang dia tu ada harganya di mata seseorang. Kalau dia masih sendiri, bolehlah menjalin rasa. Kalau dah berpunya.. em em.. Ikutlah mana-mana. Haha. 

Pendek kata rasa cinta ni.. ada buruk baiknya. Datang sebagai ujian buat yang berkenaan. Jalani penuh sabar dan yakin sinar yang akan menjelma.. cecey.. Kalau sirna? 

Jadi zomba jelah...

#kbye  





1 comment:

Han suka kalau korang komen