Friday, April 29, 2016

Wednesday, April 27, 2016

Pernah tak goreng sotong?

Assalamualaikum 270416 1631

So nye.. Bulan April ni ada la dua kali buat sotong goreng tepung. hehe.. sebab senang je.. Ada orang baik hati belanja beli barang basah kat pasar stadium Shah Alam yang menyesatkan itu. Huh! Siap tak ngaku tinggalkan kita merata-rata. #tddmka

K k.. so di 19 Rejab 1437 ni marilah kita tengok resepi sotong goreng tepung kelolaan cik haniekunie. Ala bese2 je.. Bukan susah pun..

Bahan-bahan:

Sotong 
Garam
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras
Lada sulah/lada hitam 
Garam tandoori
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Cuci dan potong sotong ikut suka.

2) Drain the excess water (eh speaking lak) ketepikan dalam bekas, masukkan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada dan gaul sebati

3) Dalam bekas lain masukkan tepung-tepung tersebut dalam ratio 3:1:1 (gandum:jagung:beras).
 Kalau tak ada tepung sangat tepung jagung je dah cukup tapi pandai-pandailah adjust kuantiti ye. Campurkan sikit serbuk lada dan garam tandoori nak bagi perasa. Gaul-gaulkan biar sebati.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Deep fry tau. So minyak dia bior banyak sikit. Jangan sampai berasap ye.. agak-agak sesuai untuk menggoreng je. Sotong nyet-nyet berkunyit tu tekap-tekapkan kat campuran tepung terus digoreng. Jangan risau tak letak telur pun tak apa. boleh lekat jugak tepung tu kat sotong tu. Provided sotong tu macam basah-basah sikit :D

5) So biar kejap dalam 3 minit. pastu boleh balik-balikkan dia. Jangan lama sangat, liat pula nanti. Kalau meletup-letup korang jangan lupakan perisai tutup periuk korang tu. Amat berguna ok..?? Tapi biasanya bukan meletup sangat pun. Bukan goreng ais.

6) Nampak dah garing keemasan dah boleh angkat. Toskan minyaknya, hidangkan dengan sambal belacan pedas angat-angat sampai berayor mata lepas tu terbersin-bersin sebab resdung (bukan han). Kalau nak cicah dengan sos ala Johnny's pun boleh. Boleh check entry sebelum ni (Sila cari di tag resepi) 

Sotong!! 



Pendek kata kalau rajin apa pun boleh jadi. Kalau malas boleh jadi jugak. makan kat luar ke.. Suruh orang masakkan ke.. haaa

#kbye

**Bahan-bahan memang tak reti bagi sukatan.. main agak-agak je. Natural talent kot hahaha. K selamat mencuba




Tuesday, April 26, 2016

open minda

Assalamualaikum 1146 260416

Perkongsian hari ni melibatkan sebuah blog yang ada banyak informasi. General, sejarah, resepi, motivasi pun ada.

Blog han yang baca ni namanya OPEN MINDA

keke.. beso sikit.. takut tak nampak. 

Hari ni layan blog ni sebab tengok resepi masakan Siam yang mudah. Kerabu suhun. :D

Lepas tu ternampak pulak resepi-resepi lain. Maka yang lain-lain menjadi suatu sejarah. 

Ada resepi steamboat ala Johnny's, especially sos cicah dia tu. adoi.. terlioq baq hang.. nak try nanti. Mesti!!

snapchottt sikit
Ha tu snapshot resepi yang agak2nye sedap tu. tak try lagi.. 

Nanti-nantilah kita try k.

Nak try buat nasik minyak lagi, ayam masala yang sedap sikit, em nasik lemak lemuni, ape lagi. Kuih tako, karipap, kuih, biskut, kek dan sebagainya. aaaaaaaa


hahaha

k gedik kan.

#kbye



Monday, April 25, 2016

Sejarah henpon

Assalamualaikum 1643 250416


henpon pernah guna (gambar ehsan google semuanya)

:) Ok kat atas tu jenis2 henpon yang han pernah guna. hanya 6 daripadanya yang dibeli dengan wang sendiri. Selainnya adalah sumbangan insan tersayang :) 

Ada apa2 komen atau soalan tak?? 

Pada pandangan korang apakah personaliti seorang haniekunie jika dilihat pada pemilihan henponnye?

Sila jawab!
Image result for redmi note 4 snapdragon
(gambar ehsan google semuanya)





recently han beli fon ini.. :) untuk support yes 4G punya simkad


edited 18.05.2017

Wednesday, April 13, 2016

Cinta sayang bukan restoran cinta sayang

Assalamualaikum 1532 13042016

Jalan-jalan sekitar blog dan forum kegemaran, terkesan pula dengan petikan kata-kata ini:


Cinta buta yang sangat berbahaya sebagaimana dilukiskan penyair Qais: “Kau gila karena orang yang kau cinta. Memang cinta buta itu lebih parah dari gila. Orang tidak bisa sadar karena cinta buta, sedang orang gila bisa terkapar tak berdaya”


Memang cinta tu memang buta. Bila dah cinta kau dah tak nampak apa selain apa yang kau fokuskan itu. 

Banyak cabang cinta ni. Cinta manusia. Cinta harta. Cinta dunia. Cinta akhirat. Cinta Allah dan Pesuruh-Nya pun salah satu cabang cinta juga. Yang paling penting pula tu. 

Kadang-kadang cinta tu kita tak perlu cari pun. Hanya perlu jalani kehidupan seharian seperti mana layaknya rutin yang sesuai untuk diri. tiba-tiba tanpa disedari sudah terjelepuk dalam alam yang membutakan.

Bila cinta, hati tu sering rasa hangat. Hangat sebab gembira, hangat sebab marah, hangat sebab terharu, hangat sebab hangat-hangat tahi ayam? Haha. Jangan buat. 

Perasaan cinta ni memang mengkhayalkan. Kau rasa macam terawang-awang. Terbang. Kau tunggu waktu terjatuh akibat kecewa nanti. Bukan jatuh secara fizikal macam jatuh longkang ke, gaung ke.. tapi keadaannya nanti mungkin lebih teruk dari kesakitan akibat jatuh secara fizikal tu. 

Bila cinta,perasaan cemburu pasti menjelma. Mestilah.. dah sayang. Takut pula ada yang sambil-sambil menjeling, mencuit-cuit hati kesayangan pula kan? Tapi janganlah ikut sangat perasaan tu. Sebab cemburu, dari sayang jadi bengang pula.. Naya je. 

Macam-macam jenis atau kisah percintaan yang ada. Yang mainstream macam dalam drama slot Akasia. Yang lain macam sikit boleh baca di blog-blog atau diari peribadi. Yang luar biasa pula ada dalam hadis dan sirah nabi atau dalam Al-Quran.

Tak kisah apa pun kisah percintaan yang ada, pokoknya sabarlah menghadapi. Cuba selami dan fahami keadaan atau keperluan seseorang pencinta dan pasangannya, Sesuai dengan prinsip dan norma kehidupan manusia yang tidak gila. 

Dengan cinta, kehidupan bertambah nilainya. Ada yang semakin bersemangat untuk menempuhi kehidupan mendatang. Ada yang makin tidak siuman akibat terlalu mengejar cinta. Pahit atau manis terletak pada tangan sendiri dan langkah yang diatur. Tidak kurang juga perasanya tawar atau terlebih rasa akibat penerimaan pencinta dan yang dicinta. 

Yang mencinta biasanya akan lebih mementingkan diri yang dicintainya. Penerima cinta pula tidak semestinya akan mencinta sebaik pemberi cinta. Ada juga penerima yang lebih mencintai pemberi. Apa pun tidak mustahil kan? 

Cinta tu dicampakkan ke dalam hati sebagai perasaan sayang. Bila sayang tu terbayang-bayang. Macam terbayang-bayang mak ayah kat rumah tu.. Eh mak han kat office di waktu-waktu begini. :) Tertunggu-tunggu je waktu nak berjumpa kan?   

Kadang-kadang cinta ni kalau ada perlu diucapkan. Kadang-kadang boleh ditunjukkan melalui perbuatan walaupun hanya dengan pandangan mata dah boleh hantar signal sayang tu. Kalau tak hantar, macam mana nak tahu kan? Setakat mengadu kat kawan-kawan apa gunanya? Ya han faham, malu. Mengadu dengan Pencipta lagi bagus. Tapi iye lah. Kalau diberitahu terus kepada empunya diri pun tak salah. Biar dia sedar yang dia tu ada harganya di mata seseorang. Kalau dia masih sendiri, bolehlah menjalin rasa. Kalau dah berpunya.. em em.. Ikutlah mana-mana. Haha. 

Pendek kata rasa cinta ni.. ada buruk baiknya. Datang sebagai ujian buat yang berkenaan. Jalani penuh sabar dan yakin sinar yang akan menjelma.. cecey.. Kalau sirna? 

Jadi zomba jelah...

#kbye  





Monday, April 11, 2016

:)

Assalamualaikum 1454 11042016