Friday, March 11, 2016

Long distance relationship

Assalamualaikum 0916 11032016

Perhubungan jarak jauh.

Bukan semua boleh bertahan dalam keadaan ini. Persahabatan atau perkahwinan. Baik yang masih mengenali, ataupun yang sudah berkahwin. Memang susah dan boleh menimbulkan salah faham.

Perhubungan jarak jauh ni ada kebaikan dan keburukannya. Boleh dikatakan sama banyak. Yang tinggal jauh mungkin kurang bergaduh, lebih banyak berbincang dan bergurau mesra untuk mengeratkan kasih sayang. Ada yang jadi kesunyian dan lebih mendesak demi sebuah perhatian kerana terasa kejauhan itu. Walau hati berasa sayang.

Keadaan jauh ni menimbulkan pelbagai perasaan; sedih, rindu, teruja bila nak berjumpa, sakit hati bila panggilan tak berjawab, paranoid berfikir yang bukan-bukan dan tak kurang pula rasa ada penghibur saat diri bermasalah.. masih boleh berhubung melalui panggilan telefon dan lain-lain aplikasi yang menghubungkan seluruh dunia dengan penggunaan satu gadget sahaja.

Walaupun demikian, sungguh manusia adalah ciptaan Allah yang paling kompleks. Setiap perkara ada potensi untuk menjadi baik atau buruk mengikut pilihan penerimaan seseorang.

Contoh:

Tak jawab panggilan boleh dikatakan tak mahu jawab; sedangkan mungkin tak perasan (maklum ada mod senyap atau getaran)

Bluetick di whatsapp dan tidak berbalas dikatakan silent treatment padahal mungkin berada dalam mesyuarat dan hanya mampu membaca tanpa sempat membalas pesanan walaupun sebenarnya pesanan dah sampai dan tersemat di kalbu.

Dalam keadaan ini, sikap seseorang memainkan peranan penting. Selain toleransi dan pemahaman tentang keadaan masing-masing. Dalam persahabatan contohnya, mungkin seiring peningkatan umur dan taraf kehidupan, mungkin ada antara kita yang awal bertemu teman hidup, dan mengikat tali perkahwinan. Tanggungjawab digalas dan perkara-perkara penting lain mula muncul selain ikatan persahabatan, Andai tidak dapat berkumpul beramai-ramai seperti zaman remaja dahulu tak semestinya dah putus kawan kan? Masih juga boleh bersembang di laman sosial seperti facebook atau di corong aplikasi perhubungan yang lain seperti whatsapp, beetalk, twitter dan sebagainya.

Sama juga dengan perhubungan kekasih atau suami isteri yang tinggal berjauhan antara satu sama lain. Ya, keadaannya tak mungkin sama bila tinggal berdekatan atau serumah, ada perkara-perkara yang tidak dapat dilunaskan bila berjauhan, Tetapi apa yang penting ialah kepercayaan dan perasaan ingin mengekalkan perhubungan dan cuba mengeratkan kasih sayang melalui pelbagai cara sudah memadai dan berusaha ke arah perhubungan ideal iaitu tidak berjauhan, Walaupun begitu bukan semua perkara boleh disandarkan kepada aplikasi-aplikasi sosial yang ada pada gadget anda. Perselisihan faham dan perkara-perkara penting perlu diajukan ketika bertemu mata; maksud saya perjumpaan sebenar secara fizikal. Kita akan lebih memahami apa yang berlaku atau maksud seseorang dengan memerhati tingkah laku dan bahasa tubuh seseorang yang ingin kita berbual. Perbualan monotone tanpa suara paling bahaya bila dibaca menggunakan tona yang salah. lebih baik selitkan nota suara atau paparan wajah melalui panggilan video untuk penjelasan lebih sempurna.

Kadangkala terlepas laku atau terkasar bahasa sebenarnya untuk lebih memahami dan minta difahami. Bagi seorang yang pemalu, perkara-perkara yang luar biasa dilakukannya mungkin di atas sebab sudah selesa, serasi  bersama dan tidak perlu menyembunyikan apa-apa lagi.

Andai berselisih faham apa kata cuba jernihkan keadaan dan saling bermaafan dan cuba tidak mengulangi tabiat buruk yang tidak disenangi insan tersayang. Cubalah pujuk hati sendiri dan tidak menjeruk perasaan agar keadaan tidak bertambah buruk. Mungkin juga dengan mengurangkan "expectations" boleh memudahkan lagi suatu perhubungan. Adili seseorang secara individu, bukan secara keseluruhan. Terima seadanya dan sama-sama berusaha ke arah pembaikan.

Apa pun, semoga kita semua dilorongkan ke laluan hidup yang adil dan saksama serta penuh kasih sayang di bawah lindungan dan rahmat Allah.

Insya allah.. #nts


long distance dgn kipas



2 comments:

  1. Pisyek rasa matang sangat bila baca entri ni. ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kau nih.. memang patut mematangkan diri. dah jadi bapak orang

      Delete

Han suka kalau korang komen