Thursday, December 29, 2016

on this date, 2 months ago



i feel loved .. and more loving you

even today.. after what happened last night.. edited 16.5.17

Wednesday, December 21, 2016

nyanyi lagi

Assalamualaikum.. 1542 21122016

pelikkan.. bila kita dalam satu situasi tu.. akan terdetik satu lagu kat telinga.. dan kita pun ikut nyanyi terus.. tiba2 rasa eh lagu ni sesuai dgn jiwa ak skang ni.. 

pelik.. tak tau macam mana kan? tp tu yg selalu dgr lagu. kalau yg selalu ngaji dan tadabbur quran mungkin lain pulak kisahnye

so lagu yg terdetik time ni ialah :

KAU MERUBAH SEGALANYA by FAUZIAH LATIFF

Kau yang merubah segalanya
Kau sebenarnya yang mencuri hati
Aku yang masih meratapi kehancuran
Cinta lalu yang tak kesampaian

Apakah aku yang terburu-buru
Cuba melupakan peristiwa lalu
Atau mungkinkah ku terpesona pada
Kejujuran yang engkau berikan

Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi

Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati

Tercipta suatu ikatan
Yang kita bina
Dari kehancuran masa silam
Oh tuhan kau restukanlah
Cinta indah bagai pelangi
Kekal abadi

Masih jauh sayang
Perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
Kerna ku tahu kau saja di hati


dipetik dari : https://www.kkbox.com





walaubagaimanapun.. inilah juga rasa hati ini.. harapan yang sering kusandarkan.. han tahu han tak sempurna.. banyak cela.. Mohon kasih.. mohon difahami dalam usaha berubah menjadi lebih baik..

Tuesday, November 29, 2016

Tart shells recipe

Assalamualaikum 1503 29112016

An easy recipe shared by my sister

Making approximately 200 mini tartshells

Ingredients:

500 gm butter (room temperature)
200 gm confectionery sugar
2 eggs
1 tsp vanilla essence
1 kg flour (sifted)


Method:

1- in mixing bowl, put in butter and sugar and start beating slowly until combined.
2- put in eggs, mix well. 
3- then add vanilla essence, mix well
4- add flour gradually while beating slowly until the mixture is well-combined and forming a dough which does not stick to the bowl. 
5- the dough can be put away in a cling wrap in room temperature or refrigerate for an hour to set or simply start moulding the tartshells




:) happy baking!

Friday, November 11, 2016

jom! specs murah!

Assalamualaikum 1240 11112016 eh #1111 !!!! patutla..




K ni lah ceritanya.. nak kena cerita balik ke?

Nanak

Kat mana plaza perangsang?

Ha click kat situ.. guna smartphone k? senang sikit nak cari



sumber: google

ni ha rupe bentuk bangunannye
sumber: panoramio
so boleh le jalan2 ke sana ye? asyik pi aeon mall je.. jom jengah tempat2 klasik pulak


:D

#errawakjom



si dia dah bawak saya buat dua pasang specs di sini.. thank you.. tp sebab terlalu excited lupa yg dia pun perlukan specs.. 

saya bawak awak pulak nanti ye AY 

edited 16.5.17

Tuesday, October 18, 2016

u make me


source: http://louisvuittonthandbags.org/ 


aah. but there are certain elevation needed be done to secure us. 

"staying like this forever" 

only come after...

Thursday, October 6, 2016

rabu rabu rabu

Why do birds suddenly appear
Every time you are near?
Just like me, they long to be
Close to you
Why do stars fall down from the sky
Every time you walk by?
Just like me, they long to be
Close to you
On the day that you were born the angels got together
And decided to create a dream come true
So they sprinkled moon dust in your hair
Of golden starlight in your eyes of blue
That is why all the girls in town
(Girls in town)
Follow you
(Follow you)
All around
(All around)
Just like me, they long to be
Close to you
On the day that you were born the angels got together
And decided to create a dream come true
So they sprinkled moon dust in your hair
Of golden starlight in your eyes of blue
That is why all the girls in town
(Girls in town)
Follow you
(Follow you)
All around
(All around)
Just like me, they long to be
Close to you
Just like me, they long to be
Close to you
(Why? Close to you)
(Why? Close to you)
(Haa, close to you)
(Why? Close to you)


Read more: The Carpenters - Close To You Lyrics | MetroLyrics 

Monday, September 19, 2016

menyembamkan muka ke tangan di atas meja.


teringat ada membuat suatu bantal kecik burung hantu merah..

kalau ada pun best ni.. pocket pillow hahaha


Wednesday, August 3, 2016

sushi bonanza is back!

assalamualaikum 03082016 1714



πŸ‘‰sushi bonanza is back!πŸ‘ˆ



ok. so korang tahu nak buat apa kan?

click link kt atas tu untuk tengok TARIKH promosi



THIS TIME ADA SPECIAL SIKIT.. ADA CONTEST SEMPENA SUSHI BONANZA TU.. KALAU NAK TAHU.. SILA LA CLICK LINK KAT ATAS TU πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†

dan click kat bawah ni untuk cari sushi king terdekat dengan korang k..





maps_new
IHSAN http://sushi-king.com/

Wednesday, July 27, 2016

TART SHELLS RANGUP, CHEESE TARTS YUMMY2

Assalamualaikum 27012016 1429

2 minggu ni rumah bau butter dan cheese sebab adik dan sepupu han dok buat tart shells dan cheesetarts..  Hari ni adikku syasya akan pulang ke ipoh. So sambung perniagaan kat sana balik lepas menambah stok tart shell kat subang ni.  

Sesape nak tempah tart shells kosong atau cheesetarts berinti di ipoh boleh hubungi beliau di:

tacaistaca


Kat klang valley pulak boleh hubungi:

solehah cookies

mix flavour cheesetarts


tart shells


Wednesday, June 22, 2016

SAMYANG

Assalamualaikum 22062016 1330

Orang post kau pun nak post kan? Time2 pose ni memang macam-macam benda kau nak rasa kan? So semalam nak rasa mi segera dari korea yang bercap SAMYANG tersebut.


sumber: http://cavinteo.blogspot.my/


Kebetulan cousin beli. Dia nak try. #eh betullah. Dia beli sebab nak try. Han tumpang la. 

Ok. Al-kisahnya.. nak buka puasa semalam dah singgah bazaar beli daging goreng dan kerabu daun selom. Tapi ade tauge pulaknya dalam kerabu tu. tak sesuai betul. Nanti cepat rosak yang beno nye. 

Balik rumah nasik dah ada.. Cik cousin dah masak senang kot2 takde apa nak makan boleh goreng telur je. Maka dia makan nasik berlauk daging lah semalam. 

Han pulak nak rasa mi segera korea yang kekonon pedas sampai habih sebotoi susu lepas makan. Kan.. tapi nak la ade rasa macam makan makanan sebenar. Maka nak bubuh sayur dan makan dengan daging goreng. Mesti sedap!

So resepi semalam camni je:


Bahan-bahan:

1 bungkus mi segera perisa ayam SAMYANG pedas berapi
Secekak cendawan inoki 
100 gram terung dipotong serong
3 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
Beberapa helai ulam raja 




Cara-caranya:

1- Rendamkan mi segera dalam air panas bersama cendawan inoki yang dibuang akarnya (untuk lembutkan mi dan cendawan. Setelah lembut, toskan airnya. 

2- Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang putih 


tumiskan biar terbit bau yum2


3- Masukkan pula kepingan terung. Kacau-kacaukan supaya tidak garing di sebelah sahaja. 


sumber: http://cavinteo.blogspot.my/


4- Kemudian masukkan perencah mi segera (Han masukkan semua.. hahaha)


ni bukan video nak tgk ade ulat kat celah-celah mi ekk


5- Bila dah naik bau, masukkan mi segera dan inoki yang telah lembut tadi dan kacau-kacaukan seminit-dua supaya rata perencahnya. 


dah siap!


OK. Dah siap untuk dihidangkan bersama ulam raja di sampingnya. Oh jangan lupa ada satu paket kecil seaweed dan bijan yang disediakan.. So taburkan ke  atas mi goreng tersebut. 


dengan bijan dan seaweed


Boleh tambahkan daging ayam atau daging lembu  yang dipotong kecil tapi pastikan masukkan semasa step 1 dan biar daging masak dulu baru sambung dengan step lain.




Review:

Tak pastilah disebabkan dah dimasak atau apa, tapi han rasa orang yang menggambarkan mi segera ni terlalu pedas dan bereaksi "over" dalam viral videos atau blog mungkin tak pernah rasa cili padi atau cili api merah yang dijual di 99 speedmart tu kot. Sebabnya pada Han taklah pedas melampau sampai tahap nak minum susu ke ape ke.. Kepedasan 3/5 je daripada cili kering yang digunakan. Ada rasa ala-ala mi goreng melayu (ada trace kicap) yang terlebih pes cili kering. Maka jadi pedas sikit, Macam order, mi goreng pedas. Haa camtu. Kesimpulannya takde masalah. Boleh cuba lagi masak dgn resepi lain pulak. Mungkin kalau takde bahan tambahan dan sediakannya macam style budak kolej akan menjadikan mi tersebut lebih pedas. Selain tu perencah dia cukup rasa. Pada Han memang sesuai letak semua pes perencah tu. 

Tapi yes. Yang biasanya tak tahan makan pedas, sampai sakit perut nak ke toilet sesaje jangan makan banyak. sekadar nak rasa boleh. Sesudu sahaja tau?

Selamat mencuba!


Saturday, June 18, 2016

just a little bit

smiles
warmth
care
attention
patience
love

Y O U

Friday, June 17, 2016

Set pulut kuning

Assalamualaikum.. 17062016 1044

Emmmmmmmmmm

Semalam telah berjaya membuat rendang pedas ayam (mild) dan pulut kuning

Hihi requested by kesayangan.. 

So resepi rendangnya pinjam kat mak sedare. 

Resepi pulut kuning tanak dari blog 

AZIEJAYA     <-------  Best sangat! Banyak resepi yang pada Han mudah difahami untuk beginner sepertiku. EHEK.

Dan kekdahnya memanglah Han selalu ambik/tulis bahan-bahan je.. kadang-kadang measurement pun tak ambik.. pastu masak ikut suka hati :D


Okay Han share resepi pulut kuning dulu yek..





Bahan-bahan:

250 gm beras pulut
1 cawan santan + 1 cawan air 
1 sdt garam
1 helai daun pandan
1 sdb minyak masak
Sedikit serbuk kunyit (sebagai pewarna dan tambah rasa savoury)
Daun pisang untuk lapik pengukus

Method:

  1. Basuh beras pulut sebersihnya dan masukkan semua bahan ke dalam periuk. Han tak rendam pun berasnya. Kejar masa. :D
  2. Masa dah menggelegak, kacau-kacaukan dengan harapan tak berkerak kat periuk rice cooker tu
  3. Lepas dah naik api, haaa.. paham tak apa maksud ni? emm maksudnya pulut dah masak, alihkan pulut tu ke pengukus yang dilapik daun pisang. Periuk nasi elektrik kat rumah ni memang sedia ada layer pengukus. So kacau-kacaukan sikit pulut tu dan salinkan aje ke bekas pengukus tu dan isi air kat periuk di bahagian bawah dan tekan balik apinya. <--- main api lagi
  4. Ok sekarang silalah check pulut anda. Agak-agak dah lembut dah boleh tutup api dan biar sejuk sikit barulah tukar bekas. Macam-macam gaya hias ada. Kalau zaman dulu, masukkan dalam bekas berbentuk, ratakan pulut tapi macam bukit, tekan dengan belakang senduk bior nampak berkilat dan cucukkan bunga cengkih

Sambil-sambil masak pulut kita buat rendang pedas ayam pulak. Boleh juga olah resepi ni menggunakan daging lembu dan tambah daun limau purut.

Yang ni resepi memandai-mandai je sebab auntie bagi resepi bahan-bahan dan aturan tanpa measurement



Bahan-bahan A:

1 kilo ayam potong 12
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan B:

3 batang serai
1 labu bawang putih
4 biji bawang besar (cheat: maleh nak kupas bawang merah banyak2)
3 cm halia
4 sudu besar cili giling puteri
1 1/2 cawan santan

Bahan-bahan C:

Dua keping asam keping
Sebungkus kecil kerisik 
2 helai daun kunyit 
Garam gula secukup rasa


Method:

  1. Potongan ayam digaul dengan serbuk kunyit.
  2. Hiris Bahan B: serai, bawang putih, bawang besar, halia (julienned). Kalau tak berapa rajin kisar atau tumbuk pun boleh. 
  3. Masukkan semua Bahan B dalam kuali besar, tak perlu minyak ye. Pasang api sederhana dan tutup dengan penutup kuali. Biarkan berbuih-buih dan memekat sedikit.
  4. Selepas tu masukkan ayam yang bergaul serbuk kunyit tadi dan bahan C.
  5. Lepas tu kacau-kacaukan biar rata dan tutupkan kuali. Biarkan menggelegak sedikit dan kacau lagi. Ulangkan proses ni hingga kuah rendang memekat dan sampai ke tahap kekeringan yang anda suka. 
  6. Dalam masa tu, kuah akan masak dan santan akan menjadi minyak. Jangan kacau banyak sangat nanti pecah pulak ayam tu. Tapi kalau rendang ayam hancur pun sedap je sebenarnya. 

Makanya barulah Han tau takdelah susah mana nak masak set pulut kuning ni. Hohoho. Insya allah boleh buat lagi. 

K selamat mencuba. Anggaran masa: 2 jam jek. 


Nampak tak kemalasan ak nk crop gambar tu? huhu

Tuesday, June 14, 2016

Puding karamel

Assalamualaikum 1019 1406216

Semalam kan.. p buka puasa kat rumah kaklong lina sepupu sebelah ayah.
Dia buat puding karamel!! Texture dah sedap. Tapi gula dia terlebih hangus. Walaupun kekdahnya memanglah kena buat gula hangus. Apa pun... meh kita cekidout dia punya resepi. For me.. memang sedap dah. Cuma tang gula tu pahit sikit. Nanti ada masa kita try buat yek?

Bahan-bahan:
1. Susu satu liter
2. Telur 10 biji
3. Essen vanilla 2 tsp
4. Gula caramel 250 g
5. Gula 250 g or less...

Cara-caranya:
1. Buat caramel dulu:
Panas kan gula sampai jadi warna perang, pastu masukkan air sedikit.. dah boleh tutup api .. kacau-kacaukan dia
2. Tuang dalam bekas yg nak masak puding
3. Simmer gula 200 g atau kurangkan ikut suka dengan susu. Biarkan suam2. Letak tepi.
4. Pukul telur dengan essen vanilla.
5. Masukkan susu dengan ke dalam adunan telur. Kacau sebati
6. Selepas itu tuangkan ke dalam bekas puding tadi
7. Bakar pada suhu 175°C untuk 30 ke 40 minit dalam air. Letakkan loyang pembakar dalam dulang dan isikan air.
8. Dah siap boleh sejukkan dalam peti ais dulu. Yummy2!
Ye han tahu ramai yang tere buat ni.. han tak.. hahaha...

cedap2


puding karamel dengan laici

  

Monday, June 13, 2016

Tolong!

Henpon memandai2 add number kat apps. Aaaaaaaaaa

Wednesday, June 8, 2016

draw a spiderman view....





yarabbi mudah sangat nampaknya.. tapi sendiri selalu tak tau nak start dari plan. hahahaa

updates yang tak la penting sangat pun bagi orang lain

assalamualaikum 1836 08062016

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni dah hari ketiga kita berpuasa. Cepatnya! hehe

Hari pertama berbuka puasa di Bukit Jelutong.
Hari kedua di Bukit Rahman Putra.
Hari ketiga, di sini, Metro Prima Kepong. Bukan AEON MALL la tapinya. lokasi dirahsiakan.

Emm.. dah tida hari berturut-turut ke pasar ramadhan.

Hari pertama di Stadium, Seksyen 13 bersama si dia.
Hari kedua di Bukit Rahman Putra bersama mereka.
Hari ni di Kota Damansara, Seksyen bersama diri sendiri.

Bukannya selalu camni tau. haaaa.. :)

Ramadhan kali ni special lagi. Dari hari Selasa sebelum Ramadhan lagi dah specialnye.. hehe

Cuti raya tahun ni, company han akan bercuti pada hari raya pertama sampai hari sabtu. Raya tahun ni tengah-tengah minggu kan. makanya susah sikit la nak mencutikan diri. nanti cuti habih, takde lak cuti kawen. ehhhhh hahaha. Takpela sekali-sekala berangan kan. Huhu

Hari ni ada daging dendeng mak kirimkan kat cousin hari tu. oh tak sabar tunggu waktu berbuka puasa sat gi. ni dah 1852. homai homai..

Ada orang tu tengah jalan-jalan kat pasar ramadhan kat terengganu sana. haha.

Hari pertama dapat berbuka sekali. Ehem ada rasa berbunga-bunga lah..

Hari ni dengan sepupu-sepupu annoying yang tak boleh tarik diri. hehehe. Sambil-sambil tunggu diorang balik baik berblog. cewah..

Tadi beli kurma sekotak. RM10 oklah.. tak mahal tak murah. Kalau takde apa nak makan masa buka atau sahur senang kalau ada kurma. Kan Nabi SAW pun pernah bersabda bahawa rumah yang tiada kurma ibarat tiada makanan di dalamnya. Jadinya kan, adakah itu sebabnya kat rumah han mak simpan kurma lama-lama emm ada yang sampai makan tahun?? Bukan kot. tapi sebab makan sebijik sorang je masa berbuka dan sahur kan? Apa pun, memang elok makan kurma. Banyak khasiatnya. Hai sunnah nabi kot. Mestilah ada kebaikannya kan?

So nak tamatkan entry ni dengan cara tergantung ke berpenutup?








Wednesday, June 1, 2016

Online magazine

Assalamualaikum! 0848 01062016

let's baca majalah!

asyik mengadap gossip hiburan je.. cuba baca majalah pengembaraan ke apa ke.. kan?

ade jugak pekdahnye..



 http://issuu.com/spafaxmy/docs/gp_aug2015_binder?e=0/36115420



Thursday, May 26, 2016

rawatan lintah

Assalamualaikum 1545 26052016

Jalan-jalan kat google images cari "bekam muka" tetiba terserempak muka yang agak dikenali 

erkkk (sumber: google)

Kenai dak? 

Euw.. aaa geli pulak han tengok ada lintah ataih muka dia.. 

Ni entry 2011. 5 tahun lepas! Baru jumpa. 

Hee hai kakshida 

Kakak ni banyak resepi tau blog dia. tak padan dgn haluih!

P lawat sat k??



kedai manik

assalamualaikum 1026 26052016

teringin nak terjah tempat ini. rupanya dekat mydin usj one je.. emm satu hari nanti


dari sini :link



Thursday, May 12, 2016

Entah

Assalamualaikum 2024 may 12th, 2016

Entah. . Minggu ni macam ada urge untuk melompat lebih tinggi. Tapi.. manusia memang suka bertapi-tapi kan. Nak melompat pun kena ada daya usaha. Dan pemangkin-pemangkin lain demi menjayakan impian tu.

Friday, May 6, 2016

Mimpi

Assalamualaikum 1214 06052016

Kadang-kadang kita bermimpi. Kadang indah kadang ngeri. Bila ngeri mungkin tak basuh kaki. Bila indah rasa tak berpijak di bumi.

Hairan bila mimpi umpama mengikut kata hati. Andai mau kesudahan yang begini, ia jadi begini. Jika mau kesudahan yang begitu, ia pun jadilah begitu.

Mimpi juga kadang-kadang mempunyai kuasa untuk menetapkan diri dan menjadi lebih berani.

Tapi itu mimpi. Kesudahan yang paling luar biasa pun boleh berlaku,

Bagaimana dengan realiti?

Realiti sepatutnya susah untuk dijangka tetapi ada juga yang mampu membuat ramalan berdasarkan keadaan yang hampir sama pernah dialami sebelumnya. Ilmu ini kita panggil pengalaman,

Dengan pengalaman keadaan yang sukar dan kusut mungkin dapat ditangani dengan baik apabila kita tahu cara menyelesaikannya. Tambahan pula apabila seseorang itu sabar dan tak berputus asa menyelesaikan sesuatu perkara. Mungkin ianya tidak mudah tetapi kerana sabar, apa pun keputusannya, akan menjadi indah apabila hati redha.

Insya Allah


Wednesday, May 4, 2016

Sila ambil perhatian

Assalamualaikum 1037 4 May 2016


OK.. pertama sekali nak beritahu yang han suka lagu ni. selama hidup ni asyik ingat lagu ni lagu Air Supply rupanya Bryan Adams je. Haha.. nampak tak han tak peduli sangat pasal retis? hehehe.. Yang penting lagu tu sedap dan ada maksud tersendiri. So lagu ni emm enjoy jelah ye.. 


Look into my eyes – you will see
What you mean to me.
Search your heart, search your soul
And when you find me there you'll search no more.

Don't tell me it's not worth tryin' for.
You can't tell me it's not worth dyin' for.
You know it's true:
Everything I do, I do it for you.

Look into your heart – you will find
There's nothin' there to hide.
Take me as I am, take my life.
I would give it all, I would sacrifice.

Don't tell me it's not worth fightin' for
I can't help it, there's nothin' I want more
You know it's true:
Everything I do, I do it for you, oh, yeah.

There's no love like your love
And no other could give more love.
There's nowhere unless you're there
All the time, all the way, yeah.

Look into your heart, baby...

Oh, you can't tell me it's not worth tryin' for.
I can't help it, there's nothin' I want more.

Yeah, I would fight for you, I'd lie for you,
Walk the wire for you, yeah, I'd die for you.

You know it's true:
Everything I do, oh, I do it for you.

Everything I do, darling.
You will see it's true.
You will see it's true.
Yeah!
Search your heart and your soul
You can't tell it's not worth dying for
I'll be there
I'd walk the fire for you
I'd die for you
Oh, yeah.
I'm going all the time, all the way.


Bryan adams

source: http://www.azlyrics.com/

Friday, April 29, 2016

Wednesday, April 27, 2016

Pernah tak goreng sotong?

Assalamualaikum 270416 1631

So nye.. Bulan April ni ada la dua kali buat sotong goreng tepung. hehe.. sebab senang je.. Ada orang baik hati belanja beli barang basah kat pasar stadium Shah Alam yang menyesatkan itu. Huh! Siap tak ngaku tinggalkan kita merata-rata. #tddmka

K k.. so di 19 Rejab 1437 ni marilah kita tengok resepi sotong goreng tepung kelolaan cik haniekunie. Ala bese2 je.. Bukan susah pun..

Bahan-bahan:

Sotong 
Garam
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Tepung jagung
Tepung beras
Lada sulah/lada hitam 
Garam tandoori
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1) Cuci dan potong sotong ikut suka.

2) Drain the excess water (eh speaking lak) ketepikan dalam bekas, masukkan garam, serbuk kunyit dan serbuk lada dan gaul sebati

3) Dalam bekas lain masukkan tepung-tepung tersebut dalam ratio 3:1:1 (gandum:jagung:beras).
 Kalau tak ada tepung sangat tepung jagung je dah cukup tapi pandai-pandailah adjust kuantiti ye. Campurkan sikit serbuk lada dan garam tandoori nak bagi perasa. Gaul-gaulkan biar sebati.

4) Panaskan minyak dengan api sederhana. Deep fry tau. So minyak dia bior banyak sikit. Jangan sampai berasap ye.. agak-agak sesuai untuk menggoreng je. Sotong nyet-nyet berkunyit tu tekap-tekapkan kat campuran tepung terus digoreng. Jangan risau tak letak telur pun tak apa. boleh lekat jugak tepung tu kat sotong tu. Provided sotong tu macam basah-basah sikit :D

5) So biar kejap dalam 3 minit. pastu boleh balik-balikkan dia. Jangan lama sangat, liat pula nanti. Kalau meletup-letup korang jangan lupakan perisai tutup periuk korang tu. Amat berguna ok..?? Tapi biasanya bukan meletup sangat pun. Bukan goreng ais.

6) Nampak dah garing keemasan dah boleh angkat. Toskan minyaknya, hidangkan dengan sambal belacan pedas angat-angat sampai berayor mata lepas tu terbersin-bersin sebab resdung (bukan han). Kalau nak cicah dengan sos ala Johnny's pun boleh. Boleh check entry sebelum ni (Sila cari di tag resepi) 

Sotong!! 



Pendek kata kalau rajin apa pun boleh jadi. Kalau malas boleh jadi jugak. makan kat luar ke.. Suruh orang masakkan ke.. haaa

#kbye

**Bahan-bahan memang tak reti bagi sukatan.. main agak-agak je. Natural talent kot hahaha. K selamat mencuba