Monday, August 24, 2015

ujian

Assalamualaikum 24082015 1652

Rasa tugas han selepas ni memang agak berat. Tapi rasanya bukan bebanan. Tapi lebih kepada ingatan. Yang tulus dan ikhlas. 

Haha ok.

Jom kita cerita benda lain. Sekejap tadi baru makan MAMEE chef tomyam. OK. Tomyam yang tomyam. Haha boleh?? Sebenarnya tiba-tiba rasa lapar time hujan lebat tadi. Jadi kita buat jela apa yang ada. nak minum, yang ada ALICAFE. Kang bergetar pulak minum caffeine, walaupun sedap jugak benda alah tu. Bila dah bancuh.. adoi.. harum je baunya. 

*bangun kejap jenguk balang kopi*

OK. nasib baik dah habis. Kira memang dah takdir han la tu.. lapar, mi segera yang ada dan kuih kacang yang kakhisma bawak hari tu. Haha. 

#nasibbekerjaseorangdiridikalarakansekerjaseronokbercuti

ha panjang kan hashtag? :P biarlah. 

Bila dah submit hal2 GST ni tenang sikit kehidupan. Buat-buat invoice segala dan update data. Takde la nak mengadap file invoice je. Pening ai.

Sikit lagi dah nak balik. Jam 1730. Cey balik nak tepat. Datang? Ha kau jawablah sendiri. "Datin" kata boss. Adoila. Tapi yang tu kadang-kadang boleh disesuaikan dengan bidang tugas kot. Ke tak? Ke sekadar sedapkan hati je? Tapi kalau dah dekat 3 tahun macam ni rasanya.. emm.. 

*Hehe k ada orang "tacing" han tak ajak makan mi segera itu*


A few days ago ada la melawat KLIA2 di waktu malam sepi. Lepas tengah malam. Menyinggah la kiranya. Selama ni pergi melepak hantar Tipah balik Kelantan dan trip2 lain lah. Seronok jugak. Ada pameran lukisan, boleh baring2 kt carpet, haha. Ada satu port (slang - bukan pelabuhan k, tapi kawasan) ni, seatings dia penuh orang baring. Tunggu flight la agaknya. Yela kalau flight dinihari, susah pulak nak bertolak dari rumah kan? Tah jauh ke.. Takde transport ke.. Takde org nak hantor ke.. ye dak? Makanya kat kerusi2 keras tula jadi tempat beradu..

Kat atas ade je launge la macam gaya hotel gtu. tapi sape ke nak duduk situ kalau berbayor lagi.. kot la ada package sekali inap-terbang ke ape ke seronok juga kan? takyah mahal2.. agak2 style hostel backpackers sudah. tapi wangi dan terjaga la kan. barulah org nak pergi. hehe. pandangan han je. tapi kalau macam KLIA2 tu kan, banyak je spot yang selesa. seriously. kena spend duit sikit la beli makanan kat cafe2 tu.. pastu duduk la sampai esok pagi pun. 

*K bunyi motosikal YAMAHA Ninja memang menarik perhatian*

*(jatuh cinta kejap)* 

*k dah*





  








No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen