Thursday, May 14, 2015

Pilot cafe

13 Mei 2015 Rabu 23:09

Maka, tadi malam han pergi la tengok Abang Fahrin Ahmad :P kat Sunway Pyramid. Ehem. Tengok filem Pilot Cafe la. 

Aaa ye han tau dah terlambat. Haha. Anyways han tulis review ni bukannya untuk promote filem tu. Tapi saja2 je. Han rasa ni mungkin hari terakhir filem ditayangkan di panggung TGV, Sunway Pyramid. Hm.. dapat jugak tengok. Sedih toi filem Melayu kat Malaysia ni selalu tak mendapat tempat di hati penonton. 


So han kongsikan di sini part paling menarik siri pertama Pilot Cafe ni,

"Walaupun saya tak mampu memiliki awak, cukuplah dengan rasa cinta yang saya ada"


K tu je. hahaha


Lepas tu wajah Izarra Aisyah. WAJAH ye. kelas! kulit murni kau! Fahrin model garnier for men pun tak selicin tu. Haha ada maaf la. Kulit lelaki kan.. Maksud han takde la nak licin terlampau cam pompuan kan. tapi kehenseman beliau memang tak terjejas lah. Ai hensem. 

Barisan penonton kat depan, menggeletis pula kutengok. Ye la sebaris semua anak dara yang minat Abang Fahrin. Ehem, han pun. Tapi takde la shrieking kan. :P 

Lakonan pelakon semua bolehlah tahan. Plot paling berkesan ialah semasa ayah Maya (Izarra) menyatakan kekecewaannya setelah Maya melarikan diri dari rumah. Itu je.

Tarikan filem ni ialah Lawfar. haha Neelofa. ya dia cantik. Secantik uniform FA dalam filem pilot cafe tu. 

nak kasi bintang ke filem ni? tak nak bagi bintang. Plot putus2.

Kemon filem melayu.. Tolonglah lebih cantik dan smooth lagi kesinambungannya. 

Dan untuk Abang Fahrin tolonglah bagi dia watak yang mencabar sikit. Asyik bercinta je. Rugi badannya sasa begitu asyik main perasaan je.


P/S: Tahniah atas perkahwinan anda Abang Fahrin. haha. Wish kali ketiga.








No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen