Saturday, May 23, 2015

Beetalk

23 mei 2015 07:26

Assalamualaikum. Perut saya lapar. :p

Baru2 Han installed beetalk kt henpon ni. Ok la. Lebih kurang je macam app bersembang yang lain. Tapi yang seangkatan dgn wechat dan tinder. Means that you can look around for potential new friends. Boleh detect pengguna yang berada sekeliling kau la maksudnya.

Asalnya Maria, my colleague yang introduce. Pastu suruh Han download. So out of curiosity, terdownload la. Poyo. :p

Rupa-rupanya app ni macam gabungan tinder, telegram, snapchat, line, whatsapp, wechat dan tah apa-apa lagi. Han paling suka fungsi doodle. Lebih laju dari snapchat. Dari segi fungsi add friends pulak, sesiapa pun boleh add kita. Kalau nak approve, kau terima je. Kalau kau tengok profile dia aneh, tak kena dengan selera kau dan berbahaya, kau tekan je pangkah. Dia tak tahu pun kalau kau pangkah dia. Haha agak x jujur kan?

App ni tak save gambo, atau apa2 yang korang tengok kat club korang tu. Oh club ialah groupchat cam whatsapp tu. Tapi whatsapp dia autosave kan? Pastu semak gallery korang kan? Beetalk tak camtu unless kau tekan save to phone/gallery. Ah tak ingat. So sedikit sama dengan app telegram.

Kau boleh tentukan jantina dan range umur kawan yang kau nak add tu. biasalah kalau lelaki nak add kawan perempuan begitu juga vice versa. Yang lelaki cari lelaki dan perempuan cari perempuan pun ada 'mutual interest' katanya.

Lepas tu ada banyak forum untuk disertai. Forum hati sepi la.. kaki panjat gunung la.. macam-macam ada. Boleh jugak add friend dari sana. Tak semestinya look around. Kawan-kawan yang kau dah kenal, kau boleh synchronize dari contact list henpon kau tu. (tapi Han tak tekan lagi)

Ada juga fungsi 'buzz' untuk kau luahkan perasaan: voice note ke, doodle ke, gambo ke, kata2 hikmah ke.. ha terpulanglah kat hang.

K lapar..

Eh. Hehe. Tapi bahaya sikit app ni dia terus detect dan broadcast the nearest place kau duduk kat mana masa kau gunaa app ni. Of course lah kan, kalau tak camne kau ada di subang jaya, dia detect orang Kat subang jaya jugak? (Han ada friend yang duduk di lorong depan rumah ni je). So kalau korang post anything, selain alamat tu keluar dari mulut, atau tulisan korang, korang kena make sure korang off tanda location tu ok? Kang kau Buzz kata sepi lah ape lah kat rumah diam2 ada orang datang teman lak. Scary spooky!

Ok. Jujurnya. Ramai yang add application ni sebab nak cari kawan baru atau cari jodoh kononnya. Ada yang happy sangat jumpa orang yang Hensem, cantik, comel, rajin melayan, ajak dating and so on. Tapi please please please be very careful. Jangan cepat sangat percaya orang. Mana tahu kau niat baik, dia pulak bertopeng acah baik. Kalau nak juga keluar, beritahu family, atau ada counter measure korang sendiri la kan. Ajak ke  tempat ramai orang ke.. dengan kawan-kawan lain ke. Yelah kalau dia betul ikhlas takde agenda lain, mesti ok je kalau kau ajak nenek kau pergi sama kan?

Oh korang tak faham kenapa dia macam apps lain yang Han sebut Kat atas tu, korang boleh download semua dan buat perbandingan sendiri. Atau sekurang-kurangnya Baca app description kat app store/ Google play tu.

Yeah memang Han banyak install app sembang ni. Ada yang selesa pakai different app.

* warisan wanita terakhir - teacher's pet @suriafmmalaysia *

Alright, ni pengalaman Han setelah seminggu install beetalk. Pernah juga meet up dengan seorang doctor sjmc ni. Tapi tak ada apa-apa ok? Saja je keluar makan. Lepas tu masing-masing senyap seribu bahasa. Terima kasih kepada rahim kaki pancing dan yeop freelancer sebab take care dari jauh haha. Manalah nak tau kan. Malang tak berbau. 

So korang try la app ni. Kalau korang tere, ha carilah Han kat sana.

Tu je nak share. Sat g nak p office. :D

Bangun! Jangan tido lepas subuh lah! Tengahari nanti boleh.

5 comments:

  1. banyak plak apps nak kena install..maleh plak..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih, install ikut keperluan. Once dah tak guna sebulan.. tereban je..

      Delete
    2. Kalo kita install bee talk ni contacts kita yg ada beetalk jgk akn tau x? Mcm telegram kan once kita install die akn mesej ke semua contacts yg kita pki telegram. Beetalk mcmni jgk ke?

      Delete
    3. thank you for dropping by, encik anonymous..

      dia tak send notification kat org lain tu.. unless awak tekan tanda add friend kat button "contacts" dia akan kua options:
      - find by beetalk id
      - look around
      - radar
      - QR code
      - mobile contacts (yg ni la yg kwn2 tu)
      - facebook contacts (ini lebih ngeri)
      - public account

      so kalau pilih mobile dgn facebook tu mmg dia akan sync dgn apa yg ada kt henpon tu lah..

      if not it will stay macam awak mula2 start di beetalk tu

      harap jawapan ni membantu. :)

      Delete
  2. Kalo kita install bee talk ni contacts kita yg ada beetalk jgk akn tau x? Mcm telegram kan once kita install die akn mesej ke semua contacts yg kita pki telegram. Beetalk mcmni jgk ke?

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen