Tuesday, March 17, 2015

Subang jaya 26℃

Selasa 17 Mac 2015 0448

Macam biasa terjaga pada jam 0400. Ada plan baru bpian nak ke Pulau Redang pada cuti hari Malaysia kalau x silap. Ye suka. Haha.

Tapi kan. Belum pasti lagi tarikh nikah adik Han, Safi tu. Dah nak masuk bulan 4 pun Han x pasti lagi. Teruk ke tak? Tapi serius cam takde ape sangat je. Dia pun sibuk cari duit. Em maybe sebab kitorang majlis belah laki kot. Maka takdela nampak beria sangat ye dak? Dan ade sikit2 problem dalaman keluarga; biasalah. Tapi ok sajok. Insya Allah.

Semalam petang jumpa ayah di restoran jejantas Sg. Buloh. Haha ghindu. Mak ada. Sya ada. Peluk2 la kite. Haha. Lama peluk ayah. Jalan 3 minit peluk pinggang. Wakaka.

#anaksulungterlebihmanja

Mula2 nak menyelap jugak ingat dorang nk balik terus. Nasib baik tunggu. Huhu. Ayah kata Han kena buang temper. Seriously Han reti temper time dengan family je. Dengan orang lain reti senyum je. Haha. B o d o h. 

Wakaka mak tak beragak tanya soalan cepugangsa. Camna nak jawab tak tau. Huhu.

No. Hahahaha. Tentang seseorang tu. Terus jelah percaya pada Allah. :) tak berani nak komen apa. Han teruskan je ikut flow yang ada.

22 Mac nanti birthday ayah. Nak balik ipoh. Tapi 21 Maria ajak pergi Johor. Sian lak. Sapa nak teman dia?

Kerja ok. Kadang2 boring. Kelakar bila pilih kerja ni sebab nak ada cuti weekend. Gaji cukup makan. Tapi bila weekend, tepu pulak takde apa nak buat. Han bukan spesis rajin. Spesis enjoy. Haha. Bila dok rumah xde ke mana mulalah terfikir nak g keje. Aneh. Especially bila dah tak macam dulu. Dulu weekend ade je aktiviti. Sekarang dah lain sikit.

Sekarang housemate (cousin) tak ada. Seronokla dia balik kampung di sabah. Lepas tu balik ipoh. Khamis baru balik sini. Seminggu cuti. Pandai orang2 ambik cuti. Han cuma pandai ikut cuti yang dah ready je. Orang kata sampai bila pun kerja takkan habis. Tapi serius. Han tak reti ambik cuti. Nantilah cuba.

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen