Sunday, March 8, 2015

Breakfast tak bergaram

Sabtu 7 Mac 2015 0900
2 biji telur
1 labu bawang putih diketuk
Sebiji kentang diparut kasar
5 biji cili api
Minyak untuk menggoreng
2 keping roti dibakar

1- goreng telur dlm 2 sudu besar minyak panas sehingga telur putih memejal tapi masih lembut. Kacau sedikit telur kuning supaya pecah dan bercampur. Angkat dan sebelahkan.
2- Bakar roti jika suka.
3- Goreng bawang putih dalam 4 sudu besar minyak sehingga kekuningan. Masukkan ubi kentang dan cili api. Kacau-kacaukan supaya ubi tidak melekat. Jika suka, boleh masukkan ubi setelah dikepal-kepalkan seperti bergedil. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.
4- K dah boleh makan. Boleh dimakan bersama sos cili mama jika perlu perisa tambahan.




Nota: kerana bawang putih mempunyai rasa yang kuat, anda tak perlukan garam untuk memperisakan makanan. Cubalah menambah bawang putih goreng atau tumis lebih bawang putih untuk menambah perisa jika kehabisan garam. Ok kantoi di situ. Bye!

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen