Wednesday, December 17, 2014

Antara menaip dan membalut

Assalamualaikum 17 Dec 2014 0809

Sepuluh hari selepas hari kelahiran. Rasa dah lama sangat berlalu. Padahal baru seminggu lebih je. Tahun ni tiada surprise party di Bubba Gump dari geng workaholic :) itu yang terbaik buat kita kali ni. Kita ada misi kan? Hehe.. Tapi disambut awal di office bersama birthday seorang lagi colleague yang bertarikh 2 December. Thanks boss. Sesusah je belanja makan dan kek. Hadiah join your company balik ke? Haha.

Pasal join tu.. selepas 8 bulan Han berhenti baru terbukak hati nak masuk balik. Setiap masa suruh masuk balik tapi jenuh tolak. Akhirnya demi menolong kakak office yang terdesak sangat, taknak orang lain ambik jawatan dalam administration, Han terima jugak. Tolong kakak office. Tak susah sangat pun. :) seronok jugak. Tapi entahlah selepas GST dikuatkuasakan nanti mungkin kepala akan pecah.. siapa tahu..

Walaupun baru je join company lama, Han sekarang ni cuti sampai hujung tahun.

Sebab ada berita gembira ke? Haha..  jangan harap. Sebenarnya Han dah confirm satu kerja sementara di pusat membeli-belah dekat rumah ni sebelum masuk kerja di tempat lama. Makanya cuti ni dah jadi prasyarat kepada kerja admin tu. Yelah.. masa Han masuk 13 Nov tu, diorang call hari semalamnya, suruh masuk jugak. Yang kerja sementara ni macam mana? Takkan nak cancel je kan? Dan memang Han nak try pekerjaan lain. Bukan apa.. jemu kan buat kerja sama setiap hari..

Ok so kerjanya sekarang ialah membalut hadiah di customer service counter.. kalau ramai orang tanpa hentilah tangan Han membalut.. kecuali time rehat. Fuh.. penat juga ya.. tapi a great experience! Baru nak masuk hari kelima. Perasaan tak suka ditunggu amat sering menjelma.. hehe. Sebab Han ni membalut mesti nak kemas bukan cincai2 je  Yang customer pulak nak elok tapi taknak spend masa tunggu. Eloklah tu. Tapi disebabkan perasaan customer yang itu, Han suka wrap sendiri hadiah di rumah.

Macam2 kerenah boleh dilihat sepanjang masa berdiri di counter tu. (ye memang berdiri je tak sempat duduk) : yang nak tengok kita balut dekat2 berdiri depan kita. Yang duduk kat kerusi sambil tengok je kita buat apa.. (perasaan macam duduk kat kandang zoo atau elok sikit, kedai gula2 sticky) yang tak sanggup tunggu sebab cue panjang sangat, main tinggal je barang kat kaunter, dan macam2 lagi. Sebelum ni Han bekerja directly dengan customer jugak.. tapi pengalaman memang berbeza.

Hari krismas bakal menjelma, lagilah busy nanti. Hadoi.. seram lak. Bila tak ada yang tolong lagi serabut. Sensorang balut hadiah customer. Sekali datang bukan satu je. Bawak seplastik 5-6 barang. Dah buat persediaan, buat papar bags, pre-cut base paper. Tapi kadang2 tak cukup jugak sebab saiz tak boleh nak jangka sesuai ke tidak kan? Sabor jelah..

Tapi macam Han cakap tadi memang a great experience. Mungkin Han patut buat lagi macam ni. Haha. Every year. macam vacation. To free/refresh mind sekejap. Sejujurnya kerja ni tak yah fikir sangat. Datang on time, baju pun hari2 sama je. Uniform Han white shirt dengan black pants. Tudung kena masuk dalam baju. Yang tu Han tak berapa selesa. Hmm..

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen