Tuesday, December 23, 2014

antara menaip dan membalut 3

Assalamualaikum 0040 23122014

Bulan disember hampir sampai ke akhirnya.. lagi dua hari krismas bakal menjelma. teringat han kat arwah tok. birthday dia kita sambut every year time cuti krismas tu. :) tapi tok dah takde.. hmm

bulan disember ade banyak celebrations of my loved ones.. birthdays, anniversaries.. :) ghindu la beronggok dgn family kite... kakdia pun sama kata homesick. kan? homesick la..

tapi bulan ni jugak han belajar banyak benda baru, dan tak sangka, han rupanya sangat bersabar dan workaholic (yg ni han baru sedar bahawa workaholic han tahap x boleh belah) especially bila han sedar, yang han suka kerja sekarang ni.. hahaha.. homai.. but it's nearly ended. 28th dec will be the final day of this casual work. sedih? sikit la..

ok hari ni birthday nya



aha.. kepada yg suka sembang hal masak-memasak, baking, memang elok sangat la gi terjah blog dia.. terlebih rajin menerai segala resepi.. haha masa mula2 kenal.. ingat dia umur 18 tahun.. hehee.. terlebih kiut.. dia kawan dengan adik pompuan han, macam tu la jugak.. hobi sama depa ni.. menerai resepi. haha.. blog adik han ada banyak.. nak expose ke ek? takyahla.. dah tak aktif dah pun dia.. kalau nak tau jugak.. tanya la kakakecik adish shida tu ye.. :D

hujan lak memalam buta ni

oh pasal membalut, esok han keje pagi sampai malam. yeah.. sampai 28.. kurisumasu... so sape2 nak jumpa.. datang sunway pyramid naaa.. call me. chewah. bertuahla kalau ada org nak datang.. :P

menaip? emm tulis blog kira menaip la kan? han ghindu gak keje menaip kat pejabat tu.. takpa sabo k. awal januari masuk balik.. harap boss tak meroyan. hahahaha.. padan muka dia.. sapa suruh han masuk balik.. kan terpaksa bagi cuti..

p/s: han ghindu mekonie siked. siked je. :P tah kenapa yang rapat dengan dia pun han tak tau.. bukanla rapat sangat. tapi bolehla buat kawan, ye dak onie pipah??

Friday, December 19, 2014

Antara menaip dan membalut 2

Assalamualaikum 19 dec 2014 1234

Hari ni hari kelahiran si encik garang ---- tekan ni ----- ok 

baru tahun ni kenal2 lebih siked.. dulu2 masa baru masuk bloggerperak tau je la nama retis ni tak pernah jumpa pun.

first time jumpa mungkin masa kenduri fadil ruzz kat ipoh. 

suara retis tu.. berduet lak dgn si aten.. memang thorbaek.


aten dan amal - retis of the day

ok. tu je.. eh.. bila tengok gambo ni.. han rasa takde pun buat blogpost pasal kenduri fadilruzz

ngee.. lain kali.. banyak mende nak update.. dan drafts yang tak habih tulis. 


happy birthday!

ok.. han kan dok kat customer service skang.. perkara yang perlu kita buat ialah senyum je walaupun sakit perut ke, sakit mata ke, sakit hati ke.. pastu sila fakekan diri anda.. tak suka pun kata suka. janganla marah customer. cuba kau jadi customer. ha camne? suka? haih.. tu lah pandangan han.. yelah selain kat shopping mall, han pernah jugak layan customer di syarikat landscape tu kan.. lagilah barang ribu2 ingat senang nak layan orang2 kaya ni?


Wednesday, December 17, 2014

Antara menaip dan membalut

Assalamualaikum 17 Dec 2014 0809

Sepuluh hari selepas hari kelahiran. Rasa dah lama sangat berlalu. Padahal baru seminggu lebih je. Tahun ni tiada surprise party di Bubba Gump dari geng workaholic :) itu yang terbaik buat kita kali ni. Kita ada misi kan? Hehe.. Tapi disambut awal di office bersama birthday seorang lagi colleague yang bertarikh 2 December. Thanks boss. Sesusah je belanja makan dan kek. Hadiah join your company balik ke? Haha.

Pasal join tu.. selepas 8 bulan Han berhenti baru terbukak hati nak masuk balik. Setiap masa suruh masuk balik tapi jenuh tolak. Akhirnya demi menolong kakak office yang terdesak sangat, taknak orang lain ambik jawatan dalam administration, Han terima jugak. Tolong kakak office. Tak susah sangat pun. :) seronok jugak. Tapi entahlah selepas GST dikuatkuasakan nanti mungkin kepala akan pecah.. siapa tahu..

Walaupun baru je join company lama, Han sekarang ni cuti sampai hujung tahun.

Sebab ada berita gembira ke? Haha..  jangan harap. Sebenarnya Han dah confirm satu kerja sementara di pusat membeli-belah dekat rumah ni sebelum masuk kerja di tempat lama. Makanya cuti ni dah jadi prasyarat kepada kerja admin tu. Yelah.. masa Han masuk 13 Nov tu, diorang call hari semalamnya, suruh masuk jugak. Yang kerja sementara ni macam mana? Takkan nak cancel je kan? Dan memang Han nak try pekerjaan lain. Bukan apa.. jemu kan buat kerja sama setiap hari..

Ok so kerjanya sekarang ialah membalut hadiah di customer service counter.. kalau ramai orang tanpa hentilah tangan Han membalut.. kecuali time rehat. Fuh.. penat juga ya.. tapi a great experience! Baru nak masuk hari kelima. Perasaan tak suka ditunggu amat sering menjelma.. hehe. Sebab Han ni membalut mesti nak kemas bukan cincai2 je  Yang customer pulak nak elok tapi taknak spend masa tunggu. Eloklah tu. Tapi disebabkan perasaan customer yang itu, Han suka wrap sendiri hadiah di rumah.

Macam2 kerenah boleh dilihat sepanjang masa berdiri di counter tu. (ye memang berdiri je tak sempat duduk) : yang nak tengok kita balut dekat2 berdiri depan kita. Yang duduk kat kerusi sambil tengok je kita buat apa.. (perasaan macam duduk kat kandang zoo atau elok sikit, kedai gula2 sticky) yang tak sanggup tunggu sebab cue panjang sangat, main tinggal je barang kat kaunter, dan macam2 lagi. Sebelum ni Han bekerja directly dengan customer jugak.. tapi pengalaman memang berbeza.

Hari krismas bakal menjelma, lagilah busy nanti. Hadoi.. seram lak. Bila tak ada yang tolong lagi serabut. Sensorang balut hadiah customer. Sekali datang bukan satu je. Bawak seplastik 5-6 barang. Dah buat persediaan, buat papar bags, pre-cut base paper. Tapi kadang2 tak cukup jugak sebab saiz tak boleh nak jangka sesuai ke tidak kan? Sabor jelah..

Tapi macam Han cakap tadi memang a great experience. Mungkin Han patut buat lagi macam ni. Haha. Every year. macam vacation. To free/refresh mind sekejap. Sejujurnya kerja ni tak yah fikir sangat. Datang on time, baju pun hari2 sama je. Uniform Han white shirt dengan black pants. Tudung kena masuk dalam baju. Yang tu Han tak berapa selesa. Hmm..

Friday, December 5, 2014

pengenalan kepada penyu

assalamualaikum.. 2223 jumaat 5 disember 2014


siang tadi hari pertama han kenal gst. ok memang memeningkan kepala nak kenal sistem, nak kenal terms accounting, nak kenal formula.. 

pening sangat pening

kat puchong tempat trainingnya..dekat je dengan sunway. alhamdulillah. penat. seronok tu ada. maklumlah nanti dapat sijil. boleh la tambah point kat resume. haha. harap2 boleh guna software dan paham gst dengan jayanya menjelang april 2015 nanti.

buat pengetahuan korang, company han guna autocount. dengarnya software yang berpatutan dan sesuai untuk guna kira gst kat malaysia ni. hanpun baru je belajar guna. memang nak buat opening balance pun han boleh menangis rasanya. almaklum, han tak ada basic sangat dalam bidang akaun ni..

bulan ni dah disember. hehe. tu je nak cakap. :P

eh lupe lak. 

actually nak suruh korang melawat blog ni je.. http://www.penyuagar.com/

sebab rasa cam osem. haha.. lama jugak kenal pemilik blognya. dah kahwin beranak seorang pun. tapi seorang kawan yang yang yang apa ek. suka kutuk dia. sebab sebab sebab apa ek? 

tak kisah sebab apa. tapi suka je kawan dengan dia. dia pun ahli bloggerperak jugak. seorang yang nakal, tapi kata-kata dia berupa nasihat dalam bentuk gurauan kasar. yang serius pun ada. sekarang kata-kata dia makin berisi. sejak2 dah jadi imam ruzz ezanie dan bapa muadz.

semoga persahabatan kita berkekalan. dengar kata lelaki dan perempuan tak boleh berkwan baik ye? hmmm

sekian.