Friday, October 31, 2014

Fynn Jamal - Warkah Arjuna (Arjuna Beta)

assalamualaikum..1230 jumaat 31 0ktober 2014







pada mulanya han skeptikal pasal lagu ni.. pada pertama kali mendengar lagu ni dalam audio format yang tak berapa nak bagus, maka ada parts yang macam menyakitkan telinga sikit mendengarnya. yelah, orang share pun guna whatsapp kan.. dan perlahan-lahan han terima lagu ni. bahasa yang sedikit berbeza dari lagu-lagu lain di luar sana yang pada han terlalu direct. sekarang dah kurang orang guna bunga bahasa. malah han pun tak berapa nak reti guna bahasa yang berbunga-bunga tingkat langit ketujuh, kebanyakan lagu sekarang mengangkat bahasa melayu atau bahasa malaysia yang terus-terang ataupun penggunaan bahasa pasar dan jalanan.



pada pendapat han, tak salah.



tapi han rasa lagu ni seni kita. dahlah lagu klasik atau berirama rakyat atau tradisional dah tak ada peminat secara mainstream, pendengar pula disajikan dengan lagu irama baru atau lagu lama bernafas baru yang merosakkan jiwa lagu tu. tapi agak aneh. dalam kebangkitan muzik dari korea sekarang ni dan pelbagai lagu aneh dari dunia barat, kita kekurangan lagu yang menggunakan elemen orkestra. kurang bakat atau pendedahan agaknya komposer kita.



benarkah begitu? betulkan saya kalau anda rasa han salah.



berbalik kepada klip video di atas, lagunya bertajuk arjuna beta dan video pendek ini bertajuk warkah juna (mengikut pemahaman han). suatu klip yang senang-senang je buat air mata han mengalir. follow diorang jugak di instagram selepas mereka popular. ramai yang ambil berat kisah diorang ni. tapi kadang-kadang sampai han pun rasa rimas tengok komen-komen berjela. ada yang menyokong, ada yang "menyokong". komen banyak-banyak macam attention seeker. han pun tak tahu apa kisah sebenar diorang ni. tak pulak mengkaji secara mendalam.



apa pun, layan je video klip ni k?



yang patut ke masjid tu, bebawak la melangkah ke sana ye.. :) k bye



assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen