Sunday, June 29, 2014

tentang bulan puasa

1 ramadhan 1435 

Assalamualaikum, beberapa minit lagi dah nak berbuka.

bersahur ala hipster
http://www.buzzfeed.com/emofly/foods-to-eat-at-suhoor-that-release-energy-throughout-the?bffbfood

jadual imsak dan berbuka 1435
http://sanoktah.blogspot.com/2014/06/jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa.html

selamat berbuka dan selamat beramal!

okay korang memang nak tanya buat kemende la letak link ni kan. saje je. nak tolong korang dan sebenarnya nak ingatkan diri sendiri. haha. 

notebook letak mana tah. kang  hilang lak. 

at least letak kat blog boleh share, boleh jugak cari lain kali kan.. 

ok. siap meja makan nasik ulam. 

Sunday, June 22, 2014

Razzi rahman

0825 ahad 22 Jun 2014

Assalamualaikum..

Dok layan razzirahman.com. actually terjumpa web ni semalam. Tulah dia. Fikiran dah diracuni.

Banyak tips mende tah pasal cintan cintun yg Han sendiri pun x pasti betul ke tidak. Tapi kt bahagian testimonial ada la wajah2 suci yang dah berjaya dengan penggunaan tulisan brother love nih..

Haha. Tapi banyak yang buat Han rethinking. Dan sebenarnya Han tak perlu overthink pun selama ni. Makanya.. :P  watlek watcool watpis.

Haha ape ke buat review blog juta2 readers ni. Kakaka.. saja nak share pengalaman je. :P hari ni nak p floria kekononnya. Mungkin boleh jumpa yanty, gk, Dan sebagainya. Mungkin. Strictly mungkin. Haha. Emm Rasa nak keje je. Keje keje keje Dan tak pikir lain.

Ayah semalam masuk OT untuk check ada apa dalam saluran kencing Dan bahagian2 berkenaan. Suspected keje terlampau kuaddd sampai kencing berdarah. Well dah tua2 masih rajin dan semua mende nak buat sendiri. Harap Xde pape.

Han Rasa cam nak brenti keje Dan balik ipoh je. For good. Yela.. mak ayah dah tua. Sapa nak tengok. Han pun x kawen2. So Rasa cam nak jadi Wan AB. Serving her family sampai sekarang. Jaga Tok E, Pah Nin, sampai diorang takde. Memang dia x kawen. Tapi pahala dia jaga mak ayah mesti banyak kan? K tetiba sebak. :P teringat Kat org2 yang baik Kat kita. Tapi dah takde.

Ramai pulak orang bermasalah saluran kencing, buah pinggang, keliling Han kebelakangan ni.. musim ke? Penyakit camni pun ade musim Ek? Through reading, Han jumpa banyak remedies Dan ikhtiar untuk sakit macam ni. Dari minum air rebusan daun sup, makan a lot of celery, detox dengan infused water dan minum air lebih banyak dari kebiasaannya. Ubat-ubatan perlu inscription by doctors. So I stick to natural remedies jelah. Tapi jangan keterlaluan, berlebihan takut jadi mudarat lak.

Baru ni teringat, mimpi arwah siti israha. Han pernah buat entry pasal dia sebelum ni. Tapi x ingat dah link yang mana. Ke dekat notes fb eh?? Kena cari balik ni.

Thursday, June 12, 2014

HTC butterfly kepecahan skrin

1356 hrs

Assalamualaikum.. 

nak update sikit je.. 

ok paham kan gambo ni?


dan semalam baru jumpe benda alah ni. kaler putih je ade..

terima jelah.. sementara tunggu masa tukar skrin baru. homai! 


gambar ni pun korang paham kan???

maka..


sekian. k bye

uhuk..

Saturday, June 7, 2014

Secret Laxing Legacy Secret 2


Assalamualaikum.. ni review untuk produk 

SECRET LAXING by LEGACY SECRET



Okay, masih ingatkan last few weeks han paparkan introduction tentang secret laxing?

kalau x, bacalah di sini : 

nak kurus ke x ni?

Maka setelah menggunakan selama 2 minggu.. 

Aha setelah menggunakan produk yang tersebut di atas ni.. apakah perubahan yang dirasai?

1)      Proses pembuangan air besar yang mudah tanpa perasaan bengang duduk dalam bilik termenung lama-lama.

Lain? Emmm.. malu nak habaq


2)      Okla admitted. Ukuran pinggang dari 33” dah jadi 32.5” (ala takda beza sangat pun kan?) tapi mungkin sebab kerap buang air kecil dan pelancaran pembuangan air besar.

Digestive system - sumber : 24manuals.com


3)Dari segi timbangan berat, tidak dapatlah dikongsikan di sini. sebab rasanya tiada perubahan. Maka untuk tidak berkongsi berat sebenar saya.. hahaha.. lain kali ok.. ada berita gembira saya share kat blog ni.. 

health scale - sumber: www.health.com


Berdasarkan pemerhatian di atas, kalau nak tahu, ni dalam masa dua minggu je tau. Haa… sebab stok yang ada dua botol tu tak cukup. Hehe.. satu minggu sebotol. Dua minggu dua botol. Nak try dua botol, ha.. dua minggu yg berterusan jela jawabnya.

Dalam masa dua minggu ni dok layan makan macam-macam, tapi memang lebihkan makan sayur mentah dan buah-buahan

fruits - sumber: stylonica.com

vegetables - sumber: foodsafety.asn.au


dan minum air bergelen-gelen <--penyedap ayat="" comment-----="">


infused water in glass jar - sumber : galleryhip.com
Idakla banyak bno, Cuma lebih dari biasa, bila dok kat opis, tak puasa, habih sebotol 500 ml, tambah lagi. Sudahnya sehari kumpul-kumpul mau juga dekat 3 ½  liter. Cumanya kena la rajin pergi toilet. Jangan dok simpan lak. Kan bagus buang toksin dalam badan tu..

Keputusan mungkin berbeza bagi setiap orang, maka entry ini tidak patut di jadikan suatu benchmark. 


So, kalau rasa-rasa nak try secret laxing ni, tak yah memalu, hubungi legacy secret di:

SECRET LAXING BY LEGACY

dan lain-lain produk yang harganya berpatutan, dengan testimonial yang membuat anda mahu mencubanya: