Thursday, May 15, 2014

nak kurus ke tak ni?

Assalamualaikum, 

Dah dua minggu tak balik ipoh. Dah dua minggu jugakla x dengar ayah kata han gemuk. Apekah? Aahaha. Yela2. Tah cemana. Korang rasa han banyak makan ke? Sesiapa yang keluar sama, ce komen, banyak ke han makan weh? Haha. Ok, kalau p buffet memanglah suka bangat. Tapi kita jarang kan makan buffet?

Em ape pun. Selama ni memang han tak pernah try produk apa pun. Minuman pelangsing ke, losyen halia Nora Danish ke.. Apa ke.. takde memang takde. Tapi rasa syok sebab turun 3-4 kg masa p Jepun. Mungkin sebab berjalan banyak kot. Makanya, sepatutnya, kena bergerak2, workout la kan? Haha. Err mungkin han malas. Walaupun han memang aktif shopping dan berjalan di shopping malls.

Tapi tetiba ada rezeki Allah nak bagi, dapat peluang mencuba produk dari Legacy Secret ni. Namanya seperti yang tertera di botol tu, Secret Laxing. So pada fikiran han, produk berfungsi as laxative la kot. Kan? Tapi macam tak. Ce baca ni:


Burn Your Excess Body Fat & Get The Shape You Deserve


Secret Laxing merupakan produk pelangsing yang menggabungkan berbagai aspek pengurangan lemak tubuh dalam satu botol secara mudah, sihat dan efektif.

OOO.. Banyak khasiatnya dek non! 

Antaranya: 

1. Membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh yang ideal.

2. Membantu meningkatkan pembakaran kalori & lemak tubuh (thermogenic) agar terjadi penurunan massa lemak dan peningkatan massa otot

3. Mengandungi teh hijau untuk membantu menormalkan kolesterol dan kadar gula dalam darah.

4. Sebagai anti-oksidan dan menyahtoksin pada kadar optima.

5. Membantu meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi tenaga.

6. Mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh.(ok, laxative :P)

7. Membantu menjaga kesihatan mata dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda.


Tapi, ada tapinya, wanita hamil dan menyusui serta yang memiliki sakit gastrik, tekanan darah tinggi, dan gangguan jantung dilarang meminum supplement ini. kang ada kesan sampingan lak kan. Yelah. Produk untuk kurus apa pun mana boleh bagi ibu mengandung makan! nak diet pun biorle lepas pantang kak. 

Apa yang ada dalam cecair likat ni?

Formulasi:

Bil.
Bahan
1.
Honey
2.
Prune
3.
Delima
4.
Goji Berry
5.
Sireh
6.
Beet root
7.
L-carnitine
8.
Senna Leaf
9.
Garcinia Cambogia
10
Green Tea
11
Acai Berry
12
Dandelion
13
White Kidney Bean
14
Grape Extract
15

Rose water


oo patutla sedap, apa pun, han nak tau juga ada tak perubahan lepas ambik mende ni. so ada la entry susulan pastinya. 

T u n g g u  y e...



ape ke rope botoinye ye dak?
inile ropenye.. sebotoi RM 33 (W.M.) 
RM 39 (E.M.) 

untuk harga terkini boleh rujuk link yang akan disertakan di penghujung entri ni

ha katanya banyakkan minum air dan makan buah-buahan. secara umumnya memang dua benda ni patut dititikberatkan untuk nyahtoksin badan

ada rasa cam thinspired tak? ter-inspired nk try mende ni? hehe


disebabkan nak tepat, maka han pun guna la measuring cup ubat batuk ni. sekali penuh 10ml, so every dose tuang dua kali nak bagi cukup 20 ml




So untuk keterangan lebih lanjut, click je link ni ha:

ada juga info tentang produk lain yang mungkin sesuai untuk korang kat sini:

4 comments:

  1. pasti sy rindu saat itu.... *tetiba

    ReplyDelete
  2. saya nk kurus so jom try product nie ;p

    ReplyDelete
  3. maaf mengganggu, awak ditag dalam liebster award,
    http://wawaabdulhadi.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-cik-tylia-part-1.html

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen