Tuesday, March 11, 2014

#jepun

Assalamualaikum, malam yang hangat. Sampai tempat tidur dah basah akibat peluh. Makanya dah terjaga...

8th March 2014 sepatutnya bermula kisah pengangguran han. Tapi ditunda ke 12th March 2014. 

Tarikh yang sama negara, dunia dikejutkan dengan misteri kehilangan pesawat #mh370 milik MAS, untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sudah hari keempat tanpa berita #mh370

Pelbagai spekulasi timbul. Pada han, semua ada potensi. Baik yang logik atau tak logik. Tak ada yang mustahil. Apa pun harap semua pihak istiqamah dengan perjuangan masing-masing. 

Kepada yang menyertai operasi pencarian, semoga Allah tunjukkan jalan yang benar. Kepada #twitterjaya harap timeline masih akan memperbaharui maklumat (benar) walaupun berapa hari pun kejadian dah berlaku. Dah nampak tweets aneh kembali ke waktu sebelum berlakunye peristiwa #mh370

Sedikit sebanyak peristiwa #mh370 ni buat han rasa seram. 17 march kami akan berangkat ke negara matahari terbit untuk suatu perjalanan yang sangat tak dirancang. Tapi mastermind di sini selepas kes "terbeli" tiket ialah Haidar yang sangat diligent menyusunatur trip yang fleksibel ini.

Tiket pergi balik hanya berharga RM 680 (basic tiada luggage ketika pergi) dibeli ketika AirAsia promo tiket ke Nagoya dengan harga RM 199. Alhamdulillah.. Thanks to Tipah and Haidar sebab ingat kat han. :) 

Last year memang auntie han ajak pergi. Tapi harga package POTO lebih kurang RM 7000. Jadi tak jadi la han ikut diorang. Dan diorang pun tak jadi pergi sebab perlu menumpukan perhatian pada "orang baru" - cucu ketiga. Tahniah Kak Dia! 

 

Firas

Tahniah juga buat Abubut dan CD atas kelahiran anak mereka Maisarah; dan Wiwis-Nanas atas kelahiran HQ - Hanis Qaisarah. Amboi kenduri sesama, anak pun lahir sesama. 

Wiwis dan HQ 

CD dan Maisarah 

Ok macam biasa tulisan han jadi tak ada arah. #jepun balik. Duit dah tukar. Separuh dari yang sepatutnya. Yang lain biar dalam bank. 

INGATKAN HAN ACTIVATE BANKCARD UNTUK KEGUNAAN LUAR NEGARA YA. 

Ya ampun, beg tak siap lagi. Rasa memang bebetul sehelai sepinggang. Mungkin patut bawak shawl je banyak-banyak. Haha.

Hari ni hari terakhir han di tempat kerja. Harap semua cool, tenang dan tak ada air mata darah walaupun memang tahu beberapa orang kat sana akan terasa kehilangan. Cewah. Han tak dapat nak balas rasa-rasa yang bercambah kat hati korang tu. Bukan tak nampak, tak rasa, tapi buat-buat selenga. Setakat friendship, boleh sajokk! Apa pun terima kasih atas segala tunjuk ajar, minat dan kasih sayang selama han berada di sisi korang. 

Salah satu taman kediaman persendirian yang han rasa paling sayang nak tinggalkan walaupun... #rahsia 

Jadi kesimpulannya, banyak perkara nak cerita, tapi semuanya dalam rantaian yang tak sempurna. Terlalu banyak updates yang dilangkau kerana tak tahu cara nak dikongsikan. Harap semuanya selamat dan doakan kami pergi dan balik dan dipanjangkan umur, luas rezeki, kita boleh jumpa lagi. 

Bagi pembaca kali ni, jangan malu-malu nak komen, kot2 han rasa berduit lebih, boleh la han belikan souvenirs sikit kat korang. 

Jangan lupa #doakanMH370 #prayforMH370

Moga doa tulus ikhlas kita diterima Allah dan dilorongkan-Nya akan penemuan #mh370 yang SELAMAT in one piece.

Alhamdulillah . Insyaallah . Aamiin 

4 comments:

  1. Semoga selamat pergi n pulang kak. Jangan pikir sgt pasal kejadian #mh370 tu. Yup,bla pikir blik memang takut punya nak naik flight. Well, ajal maut tu sume memang ada kat mana2. Dia bebetl ada je kat dpn kita cuma xtau kta xtau bgaimana n blanya akan berlaku.

    Haha. Maaflah,dah mcm emo plak cmt ni. Mud #mh370 lah katakan.

    Btw kak hani,nak sourveniour.kehkeh. Org doakan perjalanan pergi-blik akak dr malaysia-jepun-malaysia akan selamat. Insyaallah..

    P/s : terbangun n now dah tak boleh nak tido. Huaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u bebeh. Huhu.. eh kamu dgn Gk x leh tdo tgk post ai ke.. terharu bangat! Insya allah semua ok. Aamiin

      Delete
  2. Kami doakan semoga selamat Pergi.dan balik

    Sedih ar han nk pegi jepun nk Ktorg hntr x? Hihi jaga diri leklok

    Muah syg han

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoi.. jgn buat ai nangis k. Nak hantar datang la kul 6 pagi hari isnin

      Delete

Han suka kalau korang komen