Tuesday, February 11, 2014

Udang sekilo rm35.90

Ala masak cecincai je..



masakan pertama:

Udang yg siap disiang, gaulkan dgn kunyit, garam, tepung jagung dan tepung beras. goreng dlm minyak banyak dgn api besar sampai garing kekuningan. biar lapisan luar rangup, isi dia kekal lembut.

kemudian, tumiskan bawang putih cincang dan hirisan bawang besar, kemudian cencaluk sikit, bagi berperisa. masukkan sos cili bawang putih AYAMAS , dan sos tomato. kemudian masukkan setengah cawan air, asal berkuah sikit, biarkan mendidih.

masukkan udang goreng, kacau2 sikit. ratakan. kemudian masukkan potongan cili merah atau lada benggala. biar sekejap. matikan api. 

ok masakan pertama dah siap!

masakan kedua:

kacang pain kata tok han dedulu. potong serong. 

sama juga. tumiskan bawang putih dan bawang besar, sampai layu, masukkan cencaluk sikit. kali ni cili merah dimasukkan awal.. saja je. lepas tu masukkan kacang. kacau goreng, masukkan kicap masin dan air. biar kacang layu sedikit. dah agak2 berwap, (pada han tu dah nak masak la tu.) tapi kacang masih rangup2, boleh la tutup api, hidangkan dgn nasik panas. 

kalau ada sambal belacan ke.. sambal tempoyak pun sodap ni! hehe.. ok selamat mencoba ya!

han reti masak masakan cincai je.. takde la sampai tahap nak try buat pavlova cam mekonie ni..
mekonie (gambo hasil stalk kat google) 
cam makaronie lak

hehe.. nak tahu rahsia pavlova rapuh, rujuk la komen2 entry ni : pavlova power rangers pink



1 comment:

Han suka kalau korang komen