Friday, February 14, 2014

Dinner mudah

Tah nape rajin pulak buat dinner. Tapi versi maleh jugak.. haha.. malam ni maleh lagi dari malam sebelumnye..

Malam ni sardine sandwiches Ayam Brand. Brand favourite.

Bahannye punyalah relax:

Setin sardin, tak payah ambik sos tomatonya. Lenyekkan. Sardin ek bukan mackerel, atau tuna spread atau chili tuna.
Selabu bawang besar hiris.
Sebiji cili merah hiris.
Taburan lada hitam.
Dua sudu besar perahan lemon
Hirisan timun
Roti suke hati kome la berapa kepin pun.
Planta buat sapu ateh roti.

Ha ok da siap. Takkan tak tau nak buat sandwiches, Kemoooooonn...

Kedua resepi dua malam lepaih.

Grilled vege and chicken fillets.

Bahan 1:
1 Capsicum merah dan 1 hijau potong 1"x1"
3 labu Bawang besar belah 4
Sebiji Terung

Bahan 2:
Sebiji Tomato potong 6
6 ulas Bawang putih hiris
Halia hiris sebesar ibu jari
Chicken fillets  (tak tau ape bahasa melayunya) dipotong satu inci

Bahan Perasa: garam, lada hitam, kalau suka, bohle LP sauce (sila google).

Tak susah pun.. goreng sayur (bahan 1) dulu. Ala Korg mestilah tahu nak bubuh minyak zaitun sikit, Pastu bawang besar, sampai layu, Pastu terung, capsicums. Dah nampak garing, taburkan bawang putih hiris. Goreng sekejap, perisakan dengan garam, lada. LP sauce. Pastu angkat.

Ok, bahan 2 lak. Tumis bawang putih, halia, sampai naik bau. Pastu bohkan chicken fillets, ha goreng dgn api yang sesuai, sampai masak. Bohkan garam dan lada hitam. Kalau suka masukkan mixed herbs. Ala.. brand McCormick tu ade ha.. garingkan sikit. Masa ni dah boleh bubuh tomato. Saja nk lahirkan. Minyak tadi dua sudu je tau. Ni nak bagi healthy sikit. Dah tu angkatla ye.

Pastu gabungkan bahan 1 dan 2 dalam bekas hidangan. Taraaa!!! Ok. Dah cedok nasik Skang. Actually kalau makan dua org, tak yah nasik pun dah cukup kenyang.

Ok cubalah kalau nak cuba. Serius amat sesuai untuk org yg maleh.

2 comments:

Han suka kalau korang komen