Tuesday, February 25, 2014

shila amzah gempak kat i am a singer

xiang ni de ye

sesungguhnya sungguh meremang bulu romaku.. bangga? emm.. tapi memang suka dia. apa lagu pun lah. dah suka dia sejak "kau yang teristimewaaaaaa a a". itulah shila amzah. nama komersial sekarang. hehe

tak pasal han kembali ke zaman layan lagu cina. JI DE, XIANG NI DE YE.. lu power beb. suara sedap. dah comey. aiyoh! ni semua sebab i am a singer. memang hebat. :) even orang kat china sana pun kata dia bawak lagu cina tipikal dalam international flavour. ha kau.  

hari ni dok layan dua lagu tu. masa asian wave, ZHENG FU, FOREVER LOVE jadi pilihan. ha...

ji de
lagu ni dengor first time dia nyanyi han nangih hoke?? sampai sangat feeling dia walaupun tak paham sangat. bila dah baca lirik... ha rabak mata oi! ualng berapa kali pun nangih sampai hari ni.


jemput layan la ye.. lepas tu like. ha.. kan best tu.. jangan lupa tengok next episode of i am a singer jumaat nanti. alah, tak dapat tengok siaran rakaman tu, takpe. tunggu jam 2359 hari jumaat tu, ade dah video dia kat youtube. tapi takde subtitle lagi la. sila bertabah cuba translate cakap mandarin ye.

kalau rasa internet laju sangat, boleh la cekidaut instagram dengan #shilaamzah mesti korang jumpa cara nak download app for android dan ios atau link ke website yang berkenaan. 

selamat melayan.

i like shila amzah

dah boleh cakap mandarin kot. 

wo ai ni xila! jia you! 



2155 #tweetwaktu


royanan ketika geram

Assalamualaikum..

jam 2035 han masih di office. ha.. break sekejap. kerja ada, tapi dah selo melo dah buat kerja. atas sebab dah nak menamatkan perkhidmatan di company ni 7 mac depan.

semua aja dan haidar punya pasal. huhu.. tetiba teringin nak try. tengok review orang tak suka sangat. tapi takpe. kita cuba. 

hari tu guna flipboard lepas tu hang app tu. buang je.  

rindu berblog. seriously. tak mau macam sekarang ni. update bila terpaksa. hu... that's why la update ni. walaupun tujuannya hanya nak meraban teben. betul kan? tak lari konsep kan?

ha azan isya'.

last weekend. very hectic. hehe.. dari pagi sampai ke malam, sampai ke pagi pulak. picnic, berjalan, ambik angin dengan teman2 baru dan lama.

makanya.. sedang han menaip ni. perut lapar.. ada sikit lagi sotong goreng tepung dan ayam selasih dari lunch tadi buat dinner. uhuk. tak sedih pun. sedap. :P

hee.. ada orang tu nama dia pksb dan makcu dan rahimboroi on the way ke putrajaya (di kala menaip ni) nak jumpa yanty katanya, ambil sijil apa tah. sijil nikah ke? eh? pepandai je han.

lagi. ah tengah meroyan seorang diri geram kat boss sebab sengaja bagi kerja tang orang nak berhenti ni. h m m m m m m . . . . 

dan sekian. terima kasih (unexpected betul ending camni)

#royanroyanroyan

#labelbanyaksukahatiaku :P







Friday, February 14, 2014

Dinner mudah

Tah nape rajin pulak buat dinner. Tapi versi maleh jugak.. haha.. malam ni maleh lagi dari malam sebelumnye..

Malam ni sardine sandwiches Ayam Brand. Brand favourite.

Bahannye punyalah relax:

Setin sardin, tak payah ambik sos tomatonya. Lenyekkan. Sardin ek bukan mackerel, atau tuna spread atau chili tuna.
Selabu bawang besar hiris.
Sebiji cili merah hiris.
Taburan lada hitam.
Dua sudu besar perahan lemon
Hirisan timun
Roti suke hati kome la berapa kepin pun.
Planta buat sapu ateh roti.

Ha ok da siap. Takkan tak tau nak buat sandwiches, Kemoooooonn...

Kedua resepi dua malam lepaih.

Grilled vege and chicken fillets.

Bahan 1:
1 Capsicum merah dan 1 hijau potong 1"x1"
3 labu Bawang besar belah 4
Sebiji Terung

Bahan 2:
Sebiji Tomato potong 6
6 ulas Bawang putih hiris
Halia hiris sebesar ibu jari
Chicken fillets  (tak tau ape bahasa melayunya) dipotong satu inci

Bahan Perasa: garam, lada hitam, kalau suka, bohle LP sauce (sila google).

Tak susah pun.. goreng sayur (bahan 1) dulu. Ala Korg mestilah tahu nak bubuh minyak zaitun sikit, Pastu bawang besar, sampai layu, Pastu terung, capsicums. Dah nampak garing, taburkan bawang putih hiris. Goreng sekejap, perisakan dengan garam, lada. LP sauce. Pastu angkat.

Ok, bahan 2 lak. Tumis bawang putih, halia, sampai naik bau. Pastu bohkan chicken fillets, ha goreng dgn api yang sesuai, sampai masak. Bohkan garam dan lada hitam. Kalau suka masukkan mixed herbs. Ala.. brand McCormick tu ade ha.. garingkan sikit. Masa ni dah boleh bubuh tomato. Saja nk lahirkan. Minyak tadi dua sudu je tau. Ni nak bagi healthy sikit. Dah tu angkatla ye.

Pastu gabungkan bahan 1 dan 2 dalam bekas hidangan. Taraaa!!! Ok. Dah cedok nasik Skang. Actually kalau makan dua org, tak yah nasik pun dah cukup kenyang.

Ok cubalah kalau nak cuba. Serius amat sesuai untuk org yg maleh.

Tuesday, February 11, 2014

Udang sekilo rm35.90

Ala masak cecincai je..



masakan pertama:

Udang yg siap disiang, gaulkan dgn kunyit, garam, tepung jagung dan tepung beras. goreng dlm minyak banyak dgn api besar sampai garing kekuningan. biar lapisan luar rangup, isi dia kekal lembut.

kemudian, tumiskan bawang putih cincang dan hirisan bawang besar, kemudian cencaluk sikit, bagi berperisa. masukkan sos cili bawang putih AYAMAS , dan sos tomato. kemudian masukkan setengah cawan air, asal berkuah sikit, biarkan mendidih.

masukkan udang goreng, kacau2 sikit. ratakan. kemudian masukkan potongan cili merah atau lada benggala. biar sekejap. matikan api. 

ok masakan pertama dah siap!

masakan kedua:

kacang pain kata tok han dedulu. potong serong. 

sama juga. tumiskan bawang putih dan bawang besar, sampai layu, masukkan cencaluk sikit. kali ni cili merah dimasukkan awal.. saja je. lepas tu masukkan kacang. kacau goreng, masukkan kicap masin dan air. biar kacang layu sedikit. dah agak2 berwap, (pada han tu dah nak masak la tu.) tapi kacang masih rangup2, boleh la tutup api, hidangkan dgn nasik panas. 

kalau ada sambal belacan ke.. sambal tempoyak pun sodap ni! hehe.. ok selamat mencoba ya!

han reti masak masakan cincai je.. takde la sampai tahap nak try buat pavlova cam mekonie ni..
mekonie (gambo hasil stalk kat google) 
cam makaronie lak

hehe.. nak tahu rahsia pavlova rapuh, rujuk la komen2 entry ni : pavlova power rangers pink