Friday, January 17, 2014

Birthday tacaistaca 17012014

Assalamualaikum,
Ceritanya, hari ni hari thaipusam.
Biasanya bila hari thaipusam ni memangla hari kebesaran adik perempuan han jugak, natata. Haha tak.. nama dia natassya. Blogger jugak suatu ketika dahulu. Pastu dia macam malas2 sikit bila blog dia kena hacked. Sekarang ade blog jugak tapi macam x update je. Ha sama pemalas cam han kut.
Hari ni patutnya kena kerja. Tapi ambik cuti je lah. Banyak cuti lagi. Cett.. bangun pagi buta dah masak Nasik goreng lah, cuci baju lah. Dan yang paling tak boleh belah, han lap lantai rumah hari ni.
Read: LAP.
Guna kain. Haha.. tah kenapa tak puas hati lak dgn mop tu. Ada satu la flat wiper. Tapi tah. Macam tak syok. Ok bukanlah kekonon nak fefeeling nihon-jin lak ek.


Dan bila dah pegang balik fon, nampak la notification berlambak2 kat whatsapp. Bila check, ok group blogger comel dah 400 lebih. Group family pun dah berpuluh2. Haih. Dalam birthday wishes kt sya pun nak selit gak idea2 bernas pasal han. Haih.. ni la terlebih kasih sayang namanya. 
Sumber: whatsapp diri sendiri

Thursday, January 9, 2014

Nak buat passport di hari minggu?

Memang hebatlah. Han dah tulis panjang2 lepas tu terlupa save. Mmg sangat hebat. Jadi terpaksa tulis balik dengan ingat2 lupa. Emosi pun dah tak sama. Aih.. petang semalam punya cerita..

9 january 2014

Assalamualaikum.

Hari ni pergi ke pejabat pasport di putrajaya dengan maria. Kononnya nak buat passport. Dah sampai, baru perasan yang requirement penting tak bawak. Agaknya tertinggal di scanner di rumah. Sudahnya jadi meneman maria buat passport. Sebab dia nak pergi ke singapore bulan 6 nanti.

Hati sedih, pilu sebab kerja. Rasa tak dihargai. Mungkin dia bagi pay yang bagus jugak, tapi hati sakit, dan selalu rasa tak dihargai. Duit bukan segalanya. Dan ada ketidakadilan antara pekerja. Ok. Yang tu tak nak komen lebih2. Tapi cuba bertahan at least sampai bulan February ni. Tengah kumpul duit untuk pergi ke jepun insyallah bulan 3 nanti. Insyaallah. Dengar2 ada increment nanti. Celah mana tak tau. 

Trip ni bukanlah dirancang sangat pun. Cuma kebetulan dapat tiket murah airasia. Nanti pergi sana dengan 2 orang kawan perempuan dan seorang lelaki. Siapakah? Jeng3. Excited.memang tak dinafikan. Jepun kut. Memang impianlah.. selain dari impian wajib jejak tanah haram.

Walau hati tak gembira, tapi my last weekend sangat menggembirakan. 3 January 2014, pisyek dah jadi seorang suami kepada salwa, member utp dia jugak. Ai adik comel han pun dah kawen. Camne ni.. akak is jealous laaaaa...

Seriously, kenduri diorang di penang sederhana je, tapi meriah. Especially dengan kehadiran geng blogger perak yang memang kurang segan di majlis orang. Haha.. best oh jumpa geng. Dari perak..takdelah asyik jumpa geng wilayah tengah je. :p  berkumpul ramai2 di homestay yang sangat menepati citarasa. Macam hotel k.. bersih, nyaman, full airconditioned. Harga pun ok. Next entry baru share ye?

Oh. Ok terlupa. Dah tulis dua kali pun lupa tujuan utama update blog.

Nak share ni: