Tuesday, December 23, 2014

antara menaip dan membalut 3

Assalamualaikum 0040 23122014

Bulan disember hampir sampai ke akhirnya.. lagi dua hari krismas bakal menjelma. teringat han kat arwah tok. birthday dia kita sambut every year time cuti krismas tu. :) tapi tok dah takde.. hmm

bulan disember ade banyak celebrations of my loved ones.. birthdays, anniversaries.. :) ghindu la beronggok dgn family kite... kakdia pun sama kata homesick. kan? homesick la..

tapi bulan ni jugak han belajar banyak benda baru, dan tak sangka, han rupanya sangat bersabar dan workaholic (yg ni han baru sedar bahawa workaholic han tahap x boleh belah) especially bila han sedar, yang han suka kerja sekarang ni.. hahaha.. homai.. but it's nearly ended. 28th dec will be the final day of this casual work. sedih? sikit la..

ok hari ni birthday nya



aha.. kepada yg suka sembang hal masak-memasak, baking, memang elok sangat la gi terjah blog dia.. terlebih rajin menerai segala resepi.. haha masa mula2 kenal.. ingat dia umur 18 tahun.. hehee.. terlebih kiut.. dia kawan dengan adik pompuan han, macam tu la jugak.. hobi sama depa ni.. menerai resepi. haha.. blog adik han ada banyak.. nak expose ke ek? takyahla.. dah tak aktif dah pun dia.. kalau nak tau jugak.. tanya la kakakecik adish shida tu ye.. :D

hujan lak memalam buta ni

oh pasal membalut, esok han keje pagi sampai malam. yeah.. sampai 28.. kurisumasu... so sape2 nak jumpa.. datang sunway pyramid naaa.. call me. chewah. bertuahla kalau ada org nak datang.. :P

menaip? emm tulis blog kira menaip la kan? han ghindu gak keje menaip kat pejabat tu.. takpa sabo k. awal januari masuk balik.. harap boss tak meroyan. hahahaha.. padan muka dia.. sapa suruh han masuk balik.. kan terpaksa bagi cuti..

p/s: han ghindu mekonie siked. siked je. :P tah kenapa yang rapat dengan dia pun han tak tau.. bukanla rapat sangat. tapi bolehla buat kawan, ye dak onie pipah??

Friday, December 19, 2014

Antara menaip dan membalut 2

Assalamualaikum 19 dec 2014 1234

Hari ni hari kelahiran si encik garang ---- tekan ni ----- ok 

baru tahun ni kenal2 lebih siked.. dulu2 masa baru masuk bloggerperak tau je la nama retis ni tak pernah jumpa pun.

first time jumpa mungkin masa kenduri fadil ruzz kat ipoh. 

suara retis tu.. berduet lak dgn si aten.. memang thorbaek.


aten dan amal - retis of the day

ok. tu je.. eh.. bila tengok gambo ni.. han rasa takde pun buat blogpost pasal kenduri fadilruzz

ngee.. lain kali.. banyak mende nak update.. dan drafts yang tak habih tulis. 


happy birthday!

ok.. han kan dok kat customer service skang.. perkara yang perlu kita buat ialah senyum je walaupun sakit perut ke, sakit mata ke, sakit hati ke.. pastu sila fakekan diri anda.. tak suka pun kata suka. janganla marah customer. cuba kau jadi customer. ha camne? suka? haih.. tu lah pandangan han.. yelah selain kat shopping mall, han pernah jugak layan customer di syarikat landscape tu kan.. lagilah barang ribu2 ingat senang nak layan orang2 kaya ni?


Wednesday, December 17, 2014

Antara menaip dan membalut

Assalamualaikum 17 Dec 2014 0809

Sepuluh hari selepas hari kelahiran. Rasa dah lama sangat berlalu. Padahal baru seminggu lebih je. Tahun ni tiada surprise party di Bubba Gump dari geng workaholic :) itu yang terbaik buat kita kali ni. Kita ada misi kan? Hehe.. Tapi disambut awal di office bersama birthday seorang lagi colleague yang bertarikh 2 December. Thanks boss. Sesusah je belanja makan dan kek. Hadiah join your company balik ke? Haha.

Pasal join tu.. selepas 8 bulan Han berhenti baru terbukak hati nak masuk balik. Setiap masa suruh masuk balik tapi jenuh tolak. Akhirnya demi menolong kakak office yang terdesak sangat, taknak orang lain ambik jawatan dalam administration, Han terima jugak. Tolong kakak office. Tak susah sangat pun. :) seronok jugak. Tapi entahlah selepas GST dikuatkuasakan nanti mungkin kepala akan pecah.. siapa tahu..

Walaupun baru je join company lama, Han sekarang ni cuti sampai hujung tahun.

Sebab ada berita gembira ke? Haha..  jangan harap. Sebenarnya Han dah confirm satu kerja sementara di pusat membeli-belah dekat rumah ni sebelum masuk kerja di tempat lama. Makanya cuti ni dah jadi prasyarat kepada kerja admin tu. Yelah.. masa Han masuk 13 Nov tu, diorang call hari semalamnya, suruh masuk jugak. Yang kerja sementara ni macam mana? Takkan nak cancel je kan? Dan memang Han nak try pekerjaan lain. Bukan apa.. jemu kan buat kerja sama setiap hari..

Ok so kerjanya sekarang ialah membalut hadiah di customer service counter.. kalau ramai orang tanpa hentilah tangan Han membalut.. kecuali time rehat. Fuh.. penat juga ya.. tapi a great experience! Baru nak masuk hari kelima. Perasaan tak suka ditunggu amat sering menjelma.. hehe. Sebab Han ni membalut mesti nak kemas bukan cincai2 je  Yang customer pulak nak elok tapi taknak spend masa tunggu. Eloklah tu. Tapi disebabkan perasaan customer yang itu, Han suka wrap sendiri hadiah di rumah.

Macam2 kerenah boleh dilihat sepanjang masa berdiri di counter tu. (ye memang berdiri je tak sempat duduk) : yang nak tengok kita balut dekat2 berdiri depan kita. Yang duduk kat kerusi sambil tengok je kita buat apa.. (perasaan macam duduk kat kandang zoo atau elok sikit, kedai gula2 sticky) yang tak sanggup tunggu sebab cue panjang sangat, main tinggal je barang kat kaunter, dan macam2 lagi. Sebelum ni Han bekerja directly dengan customer jugak.. tapi pengalaman memang berbeza.

Hari krismas bakal menjelma, lagilah busy nanti. Hadoi.. seram lak. Bila tak ada yang tolong lagi serabut. Sensorang balut hadiah customer. Sekali datang bukan satu je. Bawak seplastik 5-6 barang. Dah buat persediaan, buat papar bags, pre-cut base paper. Tapi kadang2 tak cukup jugak sebab saiz tak boleh nak jangka sesuai ke tidak kan? Sabor jelah..

Tapi macam Han cakap tadi memang a great experience. Mungkin Han patut buat lagi macam ni. Haha. Every year. macam vacation. To free/refresh mind sekejap. Sejujurnya kerja ni tak yah fikir sangat. Datang on time, baju pun hari2 sama je. Uniform Han white shirt dengan black pants. Tudung kena masuk dalam baju. Yang tu Han tak berapa selesa. Hmm..

Friday, December 5, 2014

pengenalan kepada penyu

assalamualaikum.. 2223 jumaat 5 disember 2014


siang tadi hari pertama han kenal gst. ok memang memeningkan kepala nak kenal sistem, nak kenal terms accounting, nak kenal formula.. 

pening sangat pening

kat puchong tempat trainingnya..dekat je dengan sunway. alhamdulillah. penat. seronok tu ada. maklumlah nanti dapat sijil. boleh la tambah point kat resume. haha. harap2 boleh guna software dan paham gst dengan jayanya menjelang april 2015 nanti.

buat pengetahuan korang, company han guna autocount. dengarnya software yang berpatutan dan sesuai untuk guna kira gst kat malaysia ni. hanpun baru je belajar guna. memang nak buat opening balance pun han boleh menangis rasanya. almaklum, han tak ada basic sangat dalam bidang akaun ni..

bulan ni dah disember. hehe. tu je nak cakap. :P

eh lupe lak. 

actually nak suruh korang melawat blog ni je.. http://www.penyuagar.com/

sebab rasa cam osem. haha.. lama jugak kenal pemilik blognya. dah kahwin beranak seorang pun. tapi seorang kawan yang yang yang apa ek. suka kutuk dia. sebab sebab sebab apa ek? 

tak kisah sebab apa. tapi suka je kawan dengan dia. dia pun ahli bloggerperak jugak. seorang yang nakal, tapi kata-kata dia berupa nasihat dalam bentuk gurauan kasar. yang serius pun ada. sekarang kata-kata dia makin berisi. sejak2 dah jadi imam ruzz ezanie dan bapa muadz.

semoga persahabatan kita berkekalan. dengar kata lelaki dan perempuan tak boleh berkwan baik ye? hmmm

sekian. 



Friday, November 7, 2014

promosi penerbangan ke ipoh

assalamualaikum.. 2027 november 7 2014

dah lama tunggu.. teringin nak naik kapal terbang balik ke ipoh. haa.. hari ni ada seorang kawan balik dari kl, (subang airport) menaiki malindo air. harga tiket rm49 tak pasti all in atau tiket sahaja. tapi okla juga bagi orang yang berduit dan tinggal berdekatan dengan subang airport. yelah kalau drive balik ipoh pun lebih kurang tu jugak. minyak kereta viva rm30-40 cukuplah sampai ipoh, tol rm35. ha lebih pun dari naik flight. amboi macam naik bas/ keretapi tapi dalam masa setengah jam sahaja. kalau yang tinggal area gunung rapat memang akan pilih naik flight la kot. stesen bas dan keretapi pun lebih jauh dari airport tu.. 

kesimpulannya, syukur... 

ha tekan link kat bawah ni p beli tiket k? enjoy!








Friday, October 31, 2014

heartbreak cake

assalamualaikum, 1613 friday 31 october 2014 


last two weeks i found a simple microwave lemon pudding recipe. when i read it, i'm sure that it is actually a normal lemon sponge cake mix with lemon curd for topping.

i don't have a microwave oven here in ss 19, so i just used our conventional oven to bake at 200 degree celcius for 20 minutes. (it may differ depending on your ovens)

and voila! heartbreak cakes! hahaha.. because it's tangy lemony flavour. the swirls on top of the cakes are baked meringues, each one of them looks happy despite of having a bad name. 

I've made jumbo size cupcakes and little ones. i think with the level of sweetness and presentation wise, the little ones look more appropriate and cuter.  


and i'm happy baking these for my lovely friends.


these little ones ordered by my cousin

till then! 



Fynn Jamal - Warkah Arjuna (Arjuna Beta)

assalamualaikum..1230 jumaat 31 0ktober 2014







pada mulanya han skeptikal pasal lagu ni.. pada pertama kali mendengar lagu ni dalam audio format yang tak berapa nak bagus, maka ada parts yang macam menyakitkan telinga sikit mendengarnya. yelah, orang share pun guna whatsapp kan.. dan perlahan-lahan han terima lagu ni. bahasa yang sedikit berbeza dari lagu-lagu lain di luar sana yang pada han terlalu direct. sekarang dah kurang orang guna bunga bahasa. malah han pun tak berapa nak reti guna bahasa yang berbunga-bunga tingkat langit ketujuh, kebanyakan lagu sekarang mengangkat bahasa melayu atau bahasa malaysia yang terus-terang ataupun penggunaan bahasa pasar dan jalanan.



pada pendapat han, tak salah.



tapi han rasa lagu ni seni kita. dahlah lagu klasik atau berirama rakyat atau tradisional dah tak ada peminat secara mainstream, pendengar pula disajikan dengan lagu irama baru atau lagu lama bernafas baru yang merosakkan jiwa lagu tu. tapi agak aneh. dalam kebangkitan muzik dari korea sekarang ni dan pelbagai lagu aneh dari dunia barat, kita kekurangan lagu yang menggunakan elemen orkestra. kurang bakat atau pendedahan agaknya komposer kita.



benarkah begitu? betulkan saya kalau anda rasa han salah.



berbalik kepada klip video di atas, lagunya bertajuk arjuna beta dan video pendek ini bertajuk warkah juna (mengikut pemahaman han). suatu klip yang senang-senang je buat air mata han mengalir. follow diorang jugak di instagram selepas mereka popular. ramai yang ambil berat kisah diorang ni. tapi kadang-kadang sampai han pun rasa rimas tengok komen-komen berjela. ada yang menyokong, ada yang "menyokong". komen banyak-banyak macam attention seeker. han pun tak tahu apa kisah sebenar diorang ni. tak pulak mengkaji secara mendalam.



apa pun, layan je video klip ni k?



yang patut ke masjid tu, bebawak la melangkah ke sana ye.. :) k bye



assalamualaikum.








Thursday, October 30, 2014

just me

assalamualaikum.. 2245 30th october 2014
recently a friend of mine said that my blog posts are almost tweets or long tweets. i do think the same (since forever, actually). i am not good with words and i don't know how to express them beautifully. and somehow i found myself stopped being passionate about anything at times.
there are many times that i thought i wrote long enough; usually blabbering about recent happenings in my life and they are very interesting (for me) but they'll be accidentally erased because my smartphone became stupid or getting hang for a while and i will feel like smashing the phone to the wall which i won't in reality.
nowadays, i just stay at home; whichever house i have my stuff kept. doing house chores, decorating cakes and some sewing. i kind of like it. no more hectic life like the last two years. still living, still breathing. with less penny in my pockets. much lesser. spending more time with my loved ones; family, friends, books, hobbies. and i have more time to laze around and blogging. yes. i did write for money. and i'm thankful for that. thanks to my bloggerpemes friends who sometimes slotting me in to events and promotions; doing coverage of the happenings.
my lecturer messaged me via facebook messenger and makes me lost in a deep thought. she said that she's happy tengok hani maju. oh my madam...
 what i really want? am i faking it? the happiness or comfort i am in now? it is just so depressing. i have jotted down a few pros and cons being me now. the problems i am facing. what i picture myself to be in coming years. the yearnings. everything are in a big mess now. a really big mess.
and i remembered my mom scolded me for answering, "i want to be happy" when she asked me what i want to be.. a couple of years ago
am i suffering? don't i have any regrets?
Tak ada. Belum cukup berat lagi. :) alhamdulillah..



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

i'm happy the way i am..
there are thorns here and there..
but hey! you're in the middle of the flower garden..
with beauty.. comes along pain.. 
more love, more ache you'll gain





nothing is free in this world or in the hereafter 




edited 16.5.17

Wednesday, October 29, 2014

Butter cream + shortening

Percubaan pertama kali kek besar guna krim mentega dan lemak sayuran.

Tak bernapas dibuatnya!

Practice makes perfect. Aja2! Fighting!

Tuesday, October 28, 2014

Kasih sayang terhadap shiseido aqualabel

Selasa, 28 Oktober 2014

Assalamualaikum..
Ni lah barang penjagaan muka yang Han guna. Shiseido aqualabel. Ai susah sikit nak jumpa. Setakat ni ada di Watson's the curve dan sunway pyramid. Harganya murah di yodobashi.com Kat jepun. Ok. Jepun. Hmm.. nak pergi lagi.

Kat kedai online yang banyak dijual aqualabel untuk whitening je, berbotol biru.. yang merah ni untuk moisture. Hehe. Nampak tak? Han target lembabkan muka je bukan whitening. Ehem.


Kbye

Saturday, October 25, 2014

jakel jualan mengosongkan kedai

Oct 25 2014 0001

Assalamualaikum..

Haa.. tajuk memang dah buat orang tertanya2 sikit kan? Kah
Ok. Ni pengalaman han ni. Tadi pi beli kain kat jakel Kat masjid jamek nun. Ada jualan mengosongkan kedai. Tak pastila murah ke tidak. Tapi kalau mak han macam asyik beli je tapi tak nak belah dari situ, maka han Rasa memang berbaloi2 la kot tawarannya.. so jangan lupa pergi sana cari kain kegemaran korang k?



French lace, cotton silk, baju raya, baju kenduri semua dah beli. Tinggal nak tempah je. Hehe.. kalau berjalan bawak bank memang best. Hahaha.. Ok.



Kesimpulannya, hari ni happy. Han happy. Taca happy. My mam must be happy too.. walaupun.. fulus terbang. Kah3..



Err mam, ni hadiah birthday ke? Awal sangat kot. Ade lain kan? Haha.. Ok.. selamat bergembira.. tawaran sampai akhir bulan k? Tak lama lagi tu.. serbu lekaih!

Monday, October 20, 2014

Cupcakes ideas

For doorgift, birthday treats, wedding cake and any daily event.

Based in SS19, Subang Jaya

Ring us : 0122991840

F-Secure : Your business trusted protection

F-Secure has been a leading global online security provider since 1988; providing services like anti-virus, cloud content and computer security products.. The corporation is based in Helsinki, Finland and currently available in 40 other countries including Malaysia. The brand has been trusted for more than 25 years and has won awards throughout the decades.

F-Secure Internet Security 2013 received AV-TEST Best Protection 2012 Award
(source: www.younited.com)
On 16 October 2014, the company had organized a media launch event of its Protection Service for Business (PSB) at the Royal Selangor Golf Club, Kuala Lumpur. The event was launched by Christian Fredrikson, the President and Chief Executive Officer of F-Secure Corporation. In his speech, he highlighted that "The new PSB solution by F-Secure allows businesses, especially SMEs, to focus more on their business and leave security to the experts." He also added, "The cloud-based solution protects computers (PCs, laptops, Macs), file servers (Windows )and Linux), email servers (Microsoft Exchange) and mobile devices (phones and tablets) ensuring up-to-date protection at all times."

Paul Palmer (left) Vice-President, F-Secure APAC with Christian Fredrikson 
'Protecting the Irreplaceable' is a simple yet strong concept which encapsulates the essence behind what F-Secure has to offer. According to F-Secure Asia Pacific Security Adviser; Goh Su Kim, the all-in-one product will maximize the business revenue whereby the customers can focus on growing the business and leaving the system security to their expertise. By signing up for F-Secure protection package, the business system can be protected at all customers devices with only one subscription which makes the whole idea of cost-efficiency.

The cost-efficiency of the F-Secure PSB in a diagram.
The PSB Solution includes Workstation Security, Server Security, E-mail and Server Security and Mobile Security. The product also comes with a new feature - Software Updater, that ensures operating systems and third-party applications used in the organisation are up-to-date and provides visibility of the latest real-time security status and lowers risks associated with unpatched software.

Goh Su Kim presenting the role of F-Secure in protecting business
There are questions raised by the audience regarding the capacity and after sales service provided by F-Secure. Worry not, according to Paul Palmer, even the ever busy website like Facebook can be managed successfully while the 24/7 customer service can be contacted for any inquiry.

Thank you for having us at the media launch and letting us to be part of the F-Secure community.



Log on to F-secure website, Facebook and Twitter for more information

Download the latest version of F-Secure security  --- HERE


Saturday, October 18, 2014

Cik Onie pipah

Assalamualaikum, selamat jam 1111
Eh eh dia ni seronok nampak? Tak kerja ke? Galak dia like page Han lottentwentythree
Pertama Kali Han kenal mekonie masa nak pergi kenduri puan gksb tahun lepas rasanya. Ke tahun ni? Oh x ingat dah.. tolong comment kepada yang ingat k?
Seorang yang blur2 ...haha.. disebabkan sebuah insiden lampau yang agak sadis.
Apa pun dia seorang retis yang down to earth tapi jangan kacau dia time dia marah. Haha.. nampak macam tak marah.. sila perhati bebetul. Sangat taat kepada ummi abah, penjaga adik2.
Nak follow dia kat Twitter, check it out @mekonie Kat sana
Account official instagram dia pulak penuh dengan aksi selfie luar alam berdinding pink titik polka. Tengok sendiri Kat @mekonie dan jangan lupa singgah virtual boutique dia @dfashionig untuk accessories yang tak berapa berat hati anda nak beli.
So tak yah tunggu lama lah nak berkenalan dengan dia ni k?
Satu je yang tak nak highlight Kat sini. Facebook dia. Kalau nak tahu, p visit blog dia k?
:P
#entrinitakberbayar
K bye

Wednesday, September 24, 2014

Sushi king bonanza

Sapa teringin makan sushi meh terjah sushi king! Ada sushi bonanza kkkkkkk... Piring kaler2 pink, red and purple yg korang jarang ambik tu ade tau? Yg lain xde la pulak.

Tp apa yg bagusnya?

Sushi berharga rm4, rm5, rm6 semuanya discharge rm3. Rm 3 sajokkk kkkk? Dan setiap seorang ada masa 45 minit je untuk makan. Tiktoktiktok..

Skang ni yg tarik perhatian ni sebab Han suka unagi. Makanya promosi ni menawarkan unlimited unagi.. hahahaha!!

Ok. Tak nak ambik gambar.

Bye!

Oh lupa.. promosi ni untuk sushi king card members je. Jangan tinggal card korg pulak k? Diskaun 10% tetap ado

.

.

.

.

.

Ade gak gambar.. hehe. Tgk tarikh kat area selangor tu sampai 25 September 2014. Okeh esok last. 

G cepat!

---n---

Maaf jika aku tak sempurna

Dah sampai tahap ni ke kt drama tu? Emm oh abg fahrin! *peluk bantal peluk* so comel ok. Abg fahrin bila nak kawen? Jangan lupa jemput tau?

jom menambah pandai

http://time.com/3032117/get-smarter-every-day/

Tuesday, September 23, 2014

myNEED

http://my.crazyartzone.com/?p=257

Sunday, September 14, 2014

Tadi

Ke kenduri Amir Dan hasbullah. Sebelum itu ke kenduri liah. Masa bersalam dengan isteri hasbullah, aimi. Tetibe macam sebak Gila. Boleh pulak cakap Kat dia, "peluk sikit, manala tau kot2 ni last jumpa". Hai... Ape kene dah cik hani ni? Ttbe Rasa cam x hidup lama lagi. Eh.. Allah.

Selamat pengantin baru korang. Semua doa yang baik2 je untuk korang. Yang baru kawen ke, dah lama kawen ke. Yang x kawen lagi cam Han, harap sabar ye, insya Allah ada tu. Sat g Allah pos.

Kepada yang merindu tu, rindule.. doakan untuknya yang elok2, sihat, cukup makan pakai, tercapai apa hajat di hati. Doakan bio sangkut dgn kome pun takpe. Yela doa je pe korang nak Kat Allah tu. Insya Allah. Dapat kalau yakin, cepat atau lambat, memang ikut keperluan korang.

Selalu je Allah selamatkan Han dalam segala Hal. Apa yang jadi sebelum2 ni Sumpah walillah Han tak pernah menyesal. Yang berdosa tu menyesal la kan. Takkan x menyesal. Cubalah x ulang lagi. Ish3.

Haha Tetibe nak membebel. Lama dah tak bebel Kat orang. Takde sapa nak dengar dah.

Ghindu kengkawan, ghindu geng2, ghindu cuddles from kesayangans.

Tapi semua ada hidup sendiri. Kalau teroverlaps tu alhamdulillah. Thank you for being there, thank you for letting me in.

:) sayang semua. Bye.

Friday, September 5, 2014

Rasa nak try sekali.

http://www.mybestdaysever.com/sugar-cookies/

Friday, August 29, 2014

Di rumah leha

Klikklak..

Masa terus berlalu.

Tuesday, August 26, 2014

Selamat Hari Kebangsaan

PETRONAS Merdeka and Malaysia Day 2014: #AWalkThr…: http://youtu.be/H6PvAJF2PFA

Monday, July 21, 2014

Iftar with friends Ramadhan 2014

love

intan, bella, maria, ayu, han - bandar sri damansara

hyde - publika

han, tip, hyde - publika

tip, han - publika


aim, yana, han, leha, picek, salwa, wawa, gk - wangsa maju

han n leha - wangsa maju

aim n yana - wangsa maju

wawa n gk - wangsa maju

picek n salwa - wangsa maju

faiz, aan n kila - shah alam

 aan, faiz, kila, han - shah alam

intan, al, yana, aim, aan , amal n adi - equine park

adi, han, aim, aan, amal, yanty, tantan, intan, al, yana - equine park



Friday, July 11, 2014

Contoh nak bagi ak menyelap

Han nak tengok la satu post kt satu site ni. Dok bagi tajuk baik punya pasal courts mammoth. Sekali dah click keluar dialogue box. Suruh like. "Sila like sekarang untuk membaca''. Ha takpelah. Good bye. "Share or wait 999 seconds''.
Sekian. Takleh marah-marah. Bulan puasa ni.

Saturday, July 5, 2014

Ramadhan 7th

Assalamualaikum.

ときどき han teringin jugak jalan2 kat bazaar ramadhan , jalan TAR, shopping mopping. Haiyoh. Tapi.. cam tak sempat ke malas ke.. ke apa? cam xde mood pun ada.

Orang kata takpa macam tu.. takdela nampak over-excited kan. Tapi.. 私の母 kan xde kat sini. Actually best oh shopping dengan dia. Walaupun bukan dia belanja.

Sunday, June 29, 2014

tentang bulan puasa

1 ramadhan 1435 

Assalamualaikum, beberapa minit lagi dah nak berbuka.

bersahur ala hipster
http://www.buzzfeed.com/emofly/foods-to-eat-at-suhoor-that-release-energy-throughout-the?bffbfood

jadual imsak dan berbuka 1435
http://sanoktah.blogspot.com/2014/06/jadual-waktu-imsak-dan-berbuka-puasa.html

selamat berbuka dan selamat beramal!

okay korang memang nak tanya buat kemende la letak link ni kan. saje je. nak tolong korang dan sebenarnya nak ingatkan diri sendiri. haha. 

notebook letak mana tah. kang  hilang lak. 

at least letak kat blog boleh share, boleh jugak cari lain kali kan.. 

ok. siap meja makan nasik ulam. 

Sunday, June 22, 2014

Razzi rahman

0825 ahad 22 Jun 2014

Assalamualaikum..

Dok layan razzirahman.com. actually terjumpa web ni semalam. Tulah dia. Fikiran dah diracuni.

Banyak tips mende tah pasal cintan cintun yg Han sendiri pun x pasti betul ke tidak. Tapi kt bahagian testimonial ada la wajah2 suci yang dah berjaya dengan penggunaan tulisan brother love nih..

Haha. Tapi banyak yang buat Han rethinking. Dan sebenarnya Han tak perlu overthink pun selama ni. Makanya.. :P  watlek watcool watpis.

Haha ape ke buat review blog juta2 readers ni. Kakaka.. saja nak share pengalaman je. :P hari ni nak p floria kekononnya. Mungkin boleh jumpa yanty, gk, Dan sebagainya. Mungkin. Strictly mungkin. Haha. Emm Rasa nak keje je. Keje keje keje Dan tak pikir lain.

Ayah semalam masuk OT untuk check ada apa dalam saluran kencing Dan bahagian2 berkenaan. Suspected keje terlampau kuaddd sampai kencing berdarah. Well dah tua2 masih rajin dan semua mende nak buat sendiri. Harap Xde pape.

Han Rasa cam nak brenti keje Dan balik ipoh je. For good. Yela.. mak ayah dah tua. Sapa nak tengok. Han pun x kawen2. So Rasa cam nak jadi Wan AB. Serving her family sampai sekarang. Jaga Tok E, Pah Nin, sampai diorang takde. Memang dia x kawen. Tapi pahala dia jaga mak ayah mesti banyak kan? K tetiba sebak. :P teringat Kat org2 yang baik Kat kita. Tapi dah takde.

Ramai pulak orang bermasalah saluran kencing, buah pinggang, keliling Han kebelakangan ni.. musim ke? Penyakit camni pun ade musim Ek? Through reading, Han jumpa banyak remedies Dan ikhtiar untuk sakit macam ni. Dari minum air rebusan daun sup, makan a lot of celery, detox dengan infused water dan minum air lebih banyak dari kebiasaannya. Ubat-ubatan perlu inscription by doctors. So I stick to natural remedies jelah. Tapi jangan keterlaluan, berlebihan takut jadi mudarat lak.

Baru ni teringat, mimpi arwah siti israha. Han pernah buat entry pasal dia sebelum ni. Tapi x ingat dah link yang mana. Ke dekat notes fb eh?? Kena cari balik ni.

Thursday, June 12, 2014

HTC butterfly kepecahan skrin

1356 hrs

Assalamualaikum.. 

nak update sikit je.. 

ok paham kan gambo ni?


dan semalam baru jumpe benda alah ni. kaler putih je ade..

terima jelah.. sementara tunggu masa tukar skrin baru. homai! 


gambar ni pun korang paham kan???

maka..


sekian. k bye

uhuk..

Saturday, June 7, 2014

Secret Laxing Legacy Secret 2


Assalamualaikum.. ni review untuk produk 

SECRET LAXING by LEGACY SECRET



Okay, masih ingatkan last few weeks han paparkan introduction tentang secret laxing?

kalau x, bacalah di sini : 

nak kurus ke x ni?

Maka setelah menggunakan selama 2 minggu.. 

Aha setelah menggunakan produk yang tersebut di atas ni.. apakah perubahan yang dirasai?

1)      Proses pembuangan air besar yang mudah tanpa perasaan bengang duduk dalam bilik termenung lama-lama.

Lain? Emmm.. malu nak habaq


2)      Okla admitted. Ukuran pinggang dari 33” dah jadi 32.5” (ala takda beza sangat pun kan?) tapi mungkin sebab kerap buang air kecil dan pelancaran pembuangan air besar.

Digestive system - sumber : 24manuals.com


3)Dari segi timbangan berat, tidak dapatlah dikongsikan di sini. sebab rasanya tiada perubahan. Maka untuk tidak berkongsi berat sebenar saya.. hahaha.. lain kali ok.. ada berita gembira saya share kat blog ni.. 

health scale - sumber: www.health.com


Berdasarkan pemerhatian di atas, kalau nak tahu, ni dalam masa dua minggu je tau. Haa… sebab stok yang ada dua botol tu tak cukup. Hehe.. satu minggu sebotol. Dua minggu dua botol. Nak try dua botol, ha.. dua minggu yg berterusan jela jawabnya.

Dalam masa dua minggu ni dok layan makan macam-macam, tapi memang lebihkan makan sayur mentah dan buah-buahan

fruits - sumber: stylonica.com

vegetables - sumber: foodsafety.asn.au


dan minum air bergelen-gelen <--penyedap ayat="" comment-----="">


infused water in glass jar - sumber : galleryhip.com
Idakla banyak bno, Cuma lebih dari biasa, bila dok kat opis, tak puasa, habih sebotol 500 ml, tambah lagi. Sudahnya sehari kumpul-kumpul mau juga dekat 3 ½  liter. Cumanya kena la rajin pergi toilet. Jangan dok simpan lak. Kan bagus buang toksin dalam badan tu..

Keputusan mungkin berbeza bagi setiap orang, maka entry ini tidak patut di jadikan suatu benchmark. 


So, kalau rasa-rasa nak try secret laxing ni, tak yah memalu, hubungi legacy secret di:

SECRET LAXING BY LEGACY

dan lain-lain produk yang harganya berpatutan, dengan testimonial yang membuat anda mahu mencubanya: