Sunday, December 8, 2013

28th birthday

Assalamualaikum, ni sebenarnya entry yg lupa disiapkan dan baru nak publish hari ni (9 january 2014) . Entry bulan lepas tuuu.. 

Maka telah berlalu satu hari di hari lahirku. Macam-macam peristiwa berlaku dari 6th dec hingga kini, 8th dec.

Dimulai dengan penculikan diriku oleh tipah dan haidar ke bubbagump di curve, mutiara damansara, zumba session bersama amira di celebrity fitness, sunway pyramid, acara penerimaan kad kawen pertama oleh cik gksb dan wawa, dan diakhiri  dengan late dinner bersama yb rahim dan wawa dan cik gksb sekali lagi di d'putra tomyam di wangsa maju.

Kini baru berada di rumah, meneliti moments tercipta dan terakam sepanjang waktu ini, dan menghayati kejutan yang tak disangka-sangka. Sekali lagi han rasa dunia ni kecil. :D Rupa-rupanya ada kawan yang dikenali di facebook dalam group blogger perak adalah adik teman lama di asrama pusat Anderson Ipoh. Ha.. tu dia. Ijang rupanya adik Farhana!