Wednesday, October 2, 2013

Super spontan 2013

Assalamualaikum

Minggu lepas Han dapat 4 free pass ke Super Spontan 2013 minggu kelima.
Rancangan ni dah tak perlu diperkenalkan lagi kot, kan? Korang mesti dah biasa dah tengok.

"ey cemana dapat????"

     "tah, kak Linda yang bagi.. siap kek Boboi free lagi.. hehehe.."

Ni first time dapat pergi tengok live. Rancangan ni bermula jam 10 di saluran .... yang disiarkan di rangkaian astro (sorry tak tahu saluran apa sebab tak ada astro di rumah.. ada sesiapa boleh beritahu?) Tapi penonton di studio kena datang at least an hour earlier untuk cop tempat duduk. Tak menjadi hal.. lagipun De Showroom, Bandar Sri Damansara ni dekat je dari rumah Han di Kota Damansara.

Sementara tunggu penonton loading, kami makan la kek chocolate moist yang dijual dengan harga RM 6.90 tu. Sedap. Tak tipu.

Yang teman Han kali ni Kak Maria jugak sebab orang lain tak available dan mungkin susah nak RUSH as tiket ni pun Han dapat petang. Kak Linda tu my cousin's wife. Dia crew Super Spontan gak. Takde gambar comel dia masa working. Tak jumpa.

Sementara tunggu show sebenar, pentas tu dah dikuasai dan digamatkanoleh Ray dan Hanif #Johara dan err pengarah/ producer ke?? Korang kenal kan DJ pepagi buta buat korang sakit kepala gelak banyak sangat tu? Ni la diorang. Actually dah follow diorang sejak diorang kat Xfresh.fm lagi. Memang best.

"Ada facebook takkkk??" Tagline Ray.

Masa show bermula, penonton tak dibenarkan menggunakan smartphone. Cellphone biasa pun tak boleh. Mungkin akan mengganggu penonton lain dan rekod haram pulak rancangan ni memang a no-no.

Nah.. memang kelakar gila. Yang bestnya dapat tengok scenes yang mungkin aja dipotong kala siaran ulangan walaupun terlepas keluar di siaran langsung di SMART TV anda. Cecey.. Dhuha yang nak beli TV ni ke dah beli dah pun?

Ada part game "freeze/beku" yang buat studio riuh-rendah. Jep Sepah guna idea kontroversi video Mat Yo dan bininya "Aku Tak Bodoh". Rasa-rasa Han la memang bini Mat Yo tu minat filem tu. Dok ingat sampai apply kat kehidupan seharian. Ha ha.

Tapi nak tegur seluar Nabil. Nampak aurat kritikal weh.. walaupun berseluar panjang. Guys, please understand what I mean. Sila jangan pakai macam ni. Sakit mata okay. Kalau nak tahu apakah rupanya, tontonlah Super Spontan 2013 minggu kelima di tv atau YouTube. Pandai- pandailah korang tekan cari ya.

Afdlin dengan Johan pula dok promote seluar pelikat diorang yang memang Han suka stylenya. Nampak selesa sangat. Si Johan dah macam main capoeira di atas pentas tu. Nak beli tapi macam mahal lak.. RM 79 je tapi kalau beli lebih 3 pasang dapatlah harga RM 70. Kali RM 210 dah. Baik beli handbag baru ye dak?

#teamgunabarangtakbranded #eh

Dah letih gelak, habis show kami pun balik rumah.

Kepada yang tertanya-tanya tiket nak dapat kat mana, kena google la kut. Han pun takde usaha nak cari. Mungkinkah minggu ni dapat lagi? Entahlah.. kalau ada rezeki ye. Kalau dapat Han cuba war-warkan di Twitter. Siapa nampak, dia dapak. Jadahhh???

Haha okaylah. Nak solat subuh.

Assalamualaikum.






1 comment:

  1. Salam. Studio de showroom ni kat mana eh? Ape landmark situ? Tq ;)

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen