Monday, October 14, 2013

Longkai

Hari isnin lepas berpeluang menyertai pratonton filem #longkai di e@curve mutiara damansara.

Kali ni dgn deqnoor! Menggantikan broframestone yang menjadi abah long hari tu. Tahniah batu! Bertambah lagi family member han. Eh?? Ha kalau nak tahu adik broframestone bernikah dengan dua pupu han. Dari kengkawan dah masuk dalam family pulak. :D  Berpeluang jumpa blogger2 fofuler lain. Ehem. Nanti han letak link eh.

Tengah awal pagi ni hangat. Sehangat longkai. Hujan tapi hangat. Hi tak dapat tidur maka mengepos tulisan ini.

Apa itu longkai? Longkai ni panggilan untuk orang yang kerja bawa tow truck tu. Kan bila ada accident, laju je tow truck datang kan? Tak call pun tapi 2, 3 ketui datang sekali. Prihatin kan diorang ni? Tapi tulah cara diorang cari rezeki cara jujur atau tak jujur.

Filem ni pada pendapat,han memang filem melayu yang best. Salah satu sebabnya ialah ade faizal Hussein. Ha ha ha. My all-time favourite hero. Lepas tu jalan cerita dia pun best. Action pun best. Pergh dorang pukul bebetul tu   ngeri gak a. Tolong jgn bawak budak,underage  tengok. Haha. Tapi bawak la kawan-kawan, family, bos cina anda tengok filem ni  memang lain dari yang lain.

Dalam pada tu, terserempak lak dengan bobo "sayang apa khabar denganmu" *endless hairflips headbang* dia datang dengan kawan2 dia. Siap ambil video "blogger perak best" versi gwiyomi jari keenam.

Tahun ni memang tahun migfilm pimpinan david teo. Memang banyak filem yang best keluaran mig kali ni; termasuk longkai dan lain-lain. Memang mahsyukk.

Sebelum screening, kitorang sempat ambil gambar dan berkenalan dengan bloggers yang ada. majlis dimulakan dgn sesi bacaan doa dan ucapan dari org penting mig agar mig terus makmur dan gemilang. Lepas tu sesi bergambar org penting dan pelakon untuk media rasmi. Memang ramai wakil media elektronik, media cetak, bloggers (yay!) Yang datang menyokong pratonton ni. Memang tak hambar.

Lepas jenuh gelak dan berdebar dan menangis tengok filem ni, kitorang pun balik dengan berat hati dan berat mata. Dah lepas jam 11!

Tapi tak berpeluang ambil gambar dengan hero han tu... Sebab yelah hot sangat.. ramai org beratur dan sibuk interview dia walaupun ramai je pelakon lain masa tu. Tapi hari tu pun dah jumpa mikael Andre masa tengok filem meatballs dengan broframestone jugak. Eh entry mana ya?? Nanti update.

Okay memandangkan sekarang pun dah pukul 3 pagi, rasanya cukuplah setakat ni je ye. Ngantuk pulak.

Nanti jangan lupa tengok filem ni. Gerenti tak menyesal. Unik! Dan tak sabar nak tunggu filem lain keluaran mig. Ada satu pasal highland towers yang runtuh zaman 90an dulu. Aaa takutnyaaaa!!!

Sekian. Huarghhhh.

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen