Friday, September 6, 2013

Van sekolah

Assalamualaikum... Ni cerita 2 minggu lepas...

Hari ni pergi Setia Eco Park. Time lunch pergi cari nasik bungkus untuk pekerja2 ni. 

Sampai ke Setia Indah, ternampak Restoran Bendang kat belakang Shell.

Tapi park je dulu, pergi Shell sebab beli Red Bull. Huih Rm 3.10 setin. Mahal. Murah kat kedai mamak seksyen 7 Kota Damansara - RM 2.50 kut. Tapi mahal la kiranya. Sama dengan 711/7E.

Berbalik kepada Restoran Bendang tadi, secara kenyataannya, memang takde bendanglah kat situ kan. Makanannya ok, banyak lauk. Seronok masuk situ. Seating pun sedap. Hehehe.. takdela kematu backside kita ni kalau lepak lama-lama kat situ...

Harga emm okla jugak. Tapi dua kali ganda dari harga Kat medan selera seksyen 7 Kota Damansara. Nasik bungkus standard - nasik, ayam goreng, sayur campur, sambal belacan, teh o ais untuk 6 orang RM58.20.

Masa kat Shell selepas beli Red Bull tu, nampaklah seorang mamat India masuk ke kedai Select@Shell tu. Dia kata "beli untuk adik-adik kecik jugak". Dekat dia ada dua orang budak lelaki sekolah menengah tengah ambil aiskrim dalam freezer aiskrim. Comel pulak. Rupanya mamat ni kerjanya pandu van sekolah. Jenguk kat luar kedai ada budak-budak comot dalam van. Hahaha.. jangan marah dek.. Abang van (kalau tua pabggil pakcik van) belanja aiskrim tetengah rembang. So sweet kkkk.

Teringat zaman sekolah rendah naik van pakcik Hadi dan van ustaz Yusof (arwahnya)

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen