Sunday, September 22, 2013

21 September 2013

Kisah semalam.

Hari ni dah 22 September 2013.

Dimulai dengan pergi kerja. Kerja dibahagikan dan kemudian pergi ke Setiawangsa berjumpa seorang client yang bekerja di sebuah bank terkemuka.

Kemudian waze jalan ke rumah nabila, sepupuku untuk ambil Kek Barbie untuk birthday party Audrey yang ngam2 kena hari semalam. Susah jugak cari rumah dia. Kat jalan gombak. Kena masuk Kampung cina tu.. kt sg mulia. Lunch pun di sana. Suaminya, Zhaf belikan lauk. Hehe. Anak kedua dia, Amsyar sangat bulat hoke.. pipi dia ha.. kental.

Dah Sudah ambil kek, balik Kota. Check aircond pejabat kut tak tutup lagi. Balik rumah salin baju nak party! Dan baju untuk acara malam pula.

Drive ke pinggiran putra gala putrajaya sana. Risau betul Kek Duduk lama-lama dalam kereta. Panas. Takut krimnya cair. Buttercream kan. Akhirnya sampai juga. Hehe.. Masa Han sampai orang lain tak ada lagi. Ambil peluang main dengan Aidan, adik lelaki Audrey. Sangat comel. Lembut je. Rasa cam nak gigit. :D

Lepas tu kak Nadia sampai dengan si Oren, suaminya Fainur. Lepas tu, sepupu kak Yuni dan anak perempuannya, Kasih dan family Kuman - kak Linda, Qistina dan Qamilia yang bermood baik.

Dah nyanyi, makan, minum, bukak hadiah, #eh la.. Han lupa bagi hadiah Audrey!!! Nantilah. Harap tak lupa. Lagi lepak, gelak koka-koka, siap nak pergi PJ, Taman Jaya pula.

Ke studio 12, kononnya nak tengok performance "Azhan Zulkifli" dengan Ijang. Sekali dia first performer daa.. Jam 8 pm dah mula acara anjuran Ukulele Malaya ni. Han pula sampai dalam 9 lebih. Memang kirim salam lah. Tapi lepas bayar tiket masuk yang ada kupon makanan tu, ambil minuman, duduk tepi red palm sambil layan performances lain yang memang dae-bak! <--- sila rujuk kamus korea.

Salah seorang performer adalah kenalan masa universiti dulu. #raja. Seorang pelajar Senibina Sejati. Kini lebih dikenali sebagai seorang Jurugambar kut. Teringat.. huhu. Senegeri juga. Dari Simpang Pulai. Sebelah pekan je ha.. awak orang Gunung Rapat oi!

Seronok pergi acara sebegini. Masa belajar dulu selalu join. Sekarang dah kurang. Masa ada. Tapi. Entah. Kawan-kawan enjoy dah kurang kut. Hehe. Bukan cerita atau lagu sedih ok.

Kenyataan.

Dah selesai semua, ambillah gambar apa-ap yang patut. Dan berjalan balik ke tempat parking. Jauh kut parkir di Stesen LRT Taman Jaya depan Amcorp Mall tu. Menapak sampai ke Studio 12 yang sebenarnya Kat belakang bangunan TNB Jalan Utara ke Barat tu. Nasib baik balik Aan dengan Ijang hantar sampai kereta sana.

Oh. Semalam drive lalu depan entrance Amcorp Mall . Gebu betul lampu liplapnya. Tapi tak sempat ambil gambar.

P/s: dah dengar ukulele ukulele teringin dengar Mocca dan Zee Avi balik. Hmm


No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen