Saturday, August 3, 2013

The conjuring

Semalam dapat offer tengok filem seram omputih kat The Curve, Mutiara Damansara daripada broframestone. Mungkin dia busy sangat tak dapat nak attend. Filem ni baru nak keluar 1 Ogos 2013 nanti.

Lepas je parking kereta terus menghala ke e@curve tu. Special screening katenye. Ramai orang kat situ. Booths pun ada macam-macam. Kitorang kena ambil 2 pas ni kat booth cinemaonline. Disebabkan ada banyak lagi pas, Kitorang boleh tengok satu-satu pas tu cari seat yang best. :p Kitorang tu ialah Han dan kak Maria, my housemate.

Dah lama tak tengok cerita hantu/seram sebab rasa cam takut-takut sikit. Haha. Dan seriously, filem ni memang menakutkan; bagi kitorang yang comel ni la.. Dan mungkin jugak penonton lain dalam panggung pun comel jugak sebab jerit-jerit tengok filem ni.

Filem ni katenye berdasarkan sebuah kisah benar yang terjadi dalam zaman retro Kat Rhode Islands dulu. Sebuah rumah di tepi tasik yang menyimpan misteri kejadian-kejadian aneh yang mengganggu penghuni baru rumah tersebut. 

Filem ni memang best walaupun takut sampai tahap tutup muka dengan handbag dan dahi pun tutup dengan tangan. Do you what  I mean? Seluruh panggung pun terjerit dan tergelak pulak lepas tu sebab memalu jerit tengok filem seram sampai hilang kemachoan. 

Filem ni akan mula ditayangkan pada 1 Ogos 2013. 

Eh??!! camana Han dapat tiket special screening ni?? Ha.. jawapannya subscribe la fb Broframestone. Ada banyak info kat situ dan manalah tau dia ada tawaran-tawaran menarik yang korang boleh nikmati kat tempat berdekatan korang. 

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen