Friday, July 12, 2013

sambungan kisah kemalangan

Biasala.. Kalau dah break lelama takde maknanya emosi nak sambung menulis lagi.. 
Tapi kenyataannya, han tak repair lagi pun kereta tu.. Report dah ambik, tapi satu benda pun tak buat lagi.. Kira semua salinan dah ada. Tinggal salinan IC mak je lagi. Nantilah suruh mak emailkan. 

Ha.. Nanti lagi! PROCRASTINATION! 

Bukan sesaja tau.. Tapi sebab memang terpaksa guna kereta setiap hari.. Bukannya kerja duduk je dalam opis tadah muka kat air-cond. Tapi banyak keluar pergi site dan kerja-kerja lain termasuk melagho. Huk..

Dan kenyataan yang terpaksa jugak diterima ialah saman. Emm sarjan sikin kata kena juga bayar saman. Tapi boleh appeal for rebate la.. huu.. Kamon la.. Tunggu lepas raya la pergi tengok. So rayaku mungkin bersama kereta yang sopak dan berparut. 

Orang yang naik motor tu pun takda call ke apa.. Mungkin dia ok, redha dengan ujian Allah ni. hehe..

Ye, han pun redha gak. Siapa kata tak? ha? ha?

Ye takda sapa pun kata. 

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen