Sunday, February 24, 2013

Han takut

Salam. Sekarang han cam takut2 sikit. Bukan apa la.. Tapi emm.. Ada la seorang mamat ni..  Kawan. Dah kenal dalam 8-9 tahun. Tetiba macam rajin pulak dia nak contact han via whatsapp. adakah kerana application ni free? Hm tapi orang lain takde pun aktif contact macam ni. Haha. Ok perasan. Haha

Tapi yelah. Orang yang kita elak jadi rapat. Kang tak layan, kata sombong. Member katakan. Hehe. Ok. Hipokrit. Han tak nafikan.

Kawan2 yang selalu menemani sekarang ni secara fizikal atau maya adalah budak2 BP dan beberapa orang kawan sksr/smgr/uia dulu. Taklah sunyi sangat. Housemates pun boleh tahan sekepala. Alhamdulillah.

Kerap balik ipoh. Tak taulah kenapa tapi memang rindu gila zaman tak kerja, happy2 dengan family kat rumah. Secara jujur, sangatlah cemburu dengan adik-adik yang sekarang kerja dan belajar kat ipoh. Diorang duduk kat rumah. Kira kalau han duduk ipoh jugak, means, we're all sticking together again; tak kisahlah mak suka membebel ke, ayah bising pasal suruh diet ke..

Tapi..

Duduk rumah jugak bermaksud han tak boleh nak jimba2 sesuka hati sangat. Well, job pay kat sini tak semewah kl. But then again, kat sini tak perlu belanja semewah tinggal di kl. Dan kita ada 'ramai' orang nak kena jawab; "pergi mana?", "dengan siapa?", "nak balik pukul berapa?"

Dan perasaan ni kata, "takmau balik kotaaaaaaaa!!!!"

:'(

Tajuk ni sebenarnya bermaksud,

Oh cinta yang murni,
Sebagai ikatan,
Yang tulus di hati,
Demi masa depan,
Jangan dihancurkan,
Hidup yang indah ini,
Akibatnya.. Merana..

2 comments:

Han suka kalau korang komen