Sunday, February 24, 2013

Han takut

Salam. Sekarang han cam takut2 sikit. Bukan apa la.. Tapi emm.. Ada la seorang mamat ni..  Kawan. Dah kenal dalam 8-9 tahun. Tetiba macam rajin pulak dia nak contact han via whatsapp. adakah kerana application ni free? Hm tapi orang lain takde pun aktif contact macam ni. Haha. Ok perasan. Haha

Tapi yelah. Orang yang kita elak jadi rapat. Kang tak layan, kata sombong. Member katakan. Hehe. Ok. Hipokrit. Han tak nafikan.

Kawan2 yang selalu menemani sekarang ni secara fizikal atau maya adalah budak2 BP dan beberapa orang kawan sksr/smgr/uia dulu. Taklah sunyi sangat. Housemates pun boleh tahan sekepala. Alhamdulillah.

Kerap balik ipoh. Tak taulah kenapa tapi memang rindu gila zaman tak kerja, happy2 dengan family kat rumah. Secara jujur, sangatlah cemburu dengan adik-adik yang sekarang kerja dan belajar kat ipoh. Diorang duduk kat rumah. Kira kalau han duduk ipoh jugak, means, we're all sticking together again; tak kisahlah mak suka membebel ke, ayah bising pasal suruh diet ke..

Tapi..

Duduk rumah jugak bermaksud han tak boleh nak jimba2 sesuka hati sangat. Well, job pay kat sini tak semewah kl. But then again, kat sini tak perlu belanja semewah tinggal di kl. Dan kita ada 'ramai' orang nak kena jawab; "pergi mana?", "dengan siapa?", "nak balik pukul berapa?"

Dan perasaan ni kata, "takmau balik kotaaaaaaaa!!!!"

:'(

Tajuk ni sebenarnya bermaksud,

Oh cinta yang murni,
Sebagai ikatan,
Yang tulus di hati,
Demi masa depan,
Jangan dihancurkan,
Hidup yang indah ini,
Akibatnya.. Merana..

Monday, February 18, 2013

Thursday, February 7, 2013

Teluk senangin part one

Salam..
Hati tergerak nak type entry pasal gathering kat Teluk Senangin. Tapi maafla.. Han tak pandai bercerita macam abang korang si Aim (I, I, I) tu..
malam yang nak pergi tu, tetiba cam risau gila sebab hari sabtu biasanya kerja, tapi sebab nak pergi gath ni sanggup cuti. So siapkan kerja yang patut supaya colleague yang kerja tak susah.. tapi nak menyiapkan kerja tu terpaksa la sampai pukul 12 malam baru selesai, baru balik rumah untuk sambung siap barang sementara menunggu di Aim sampai ke Kota Damansara dari rumah Adib di Kg Melayu Subang.
Sorry sangat2 kepada semua yang datang ambil Han malam tu sebab lewat sangat baru han boleh ikut korang. masa tu lapar gila.. teringat ada ayam panggang dengan sup sayur. mintak la tolong housemate panaskan. tapi tak sempat makan, jadi tapau je la ayam tu bawak sampai ke puncak alam, makan kat mcd lepas amik si kanipan. ai bukan patut boikot ke?? tapi dah lapar sangat, kedai pun tak ada yang bukak lagi lewat camtu. even cash machine kat mcd tu pun depa dah offlinekan, guna manual, tulis kat order sheet aje.
lepas makan, pergi la isi minyak. tang ni korang kena baca kat bloggerperak.com sebab ada details. ak dah tak sanggup nak cerita.. sebab tak pandai nak cerita. benda kelakar jadi sedih lak karang. lepas tu kami pun gerak la ke teluk senangin.
lapo lapo
tak sabo nak g teluk senangin tp tgh stress kat opis sampai kul 12 malam

Sunday, February 3, 2013

Budak bp kat icity

Malam semalam kitorang p i city. Disertakan gambar yang berkaitan. Ni pertama kali han ke icity. Had some basic ideas la.. Ada jugak tempat-tempat makan. Kitorang amik gambar perasan comel pastu flood kat whatsapp bp. Pastu semua senyap je.. Mogok eh?? Sorry tau. Takleh brenti post gambar. Saja share dengan korang.

Yang join han,picek, adib, rahim, qusya, aan, qikila, naqiah, zira. Miss alphalipid ; naqiah ada seminar dr azizan osman kat shah alam. Kira cam trip kita kali ni saja nak meneman dia la.. Datang jauh-jauh dari aloq staq. Tabah gila dia drive dari sana lepas balik kerja, ke shah alam sampai kul 3 pagi kut! (hari jumaat) Patutnya wawa nak ikut tapi dia kena balik kampung pastu join makcik dia program apa tah. Balik dari icity, tumpang tidur rumah family adib kat kg melayu subang. Rumah baru beb! Sangat membuatkan han teringat rumah kat ipoh. :,(

Pagi ni melepak di rumah adib, menikmati unifi dia sementara boleh. Hahaha. Lepas ni nak datang lepak luar rumah dia la.. Hahaha. Jangan tukar password tau? Time ni kita belum breakfast lagi. Tak sabar nak makan nasik goreng mama adib masak tadi. Hehe. Picek!!! Wake up!!

Patut tengahari ni ada kenduri kat kuala langat. Tapi dah melepak tempat yang homey ni rasa cam tak nak balik lak.

Miss my home and family walaupun baru je balik last week. Chinese new year ni kita jumpa tau! *ttbe beraksi manja*

Happy sunday!