Sunday, December 8, 2013

28th birthday

Assalamualaikum, ni sebenarnya entry yg lupa disiapkan dan baru nak publish hari ni (9 january 2014) . Entry bulan lepas tuuu.. 

Maka telah berlalu satu hari di hari lahirku. Macam-macam peristiwa berlaku dari 6th dec hingga kini, 8th dec.

Dimulai dengan penculikan diriku oleh tipah dan haidar ke bubbagump di curve, mutiara damansara, zumba session bersama amira di celebrity fitness, sunway pyramid, acara penerimaan kad kawen pertama oleh cik gksb dan wawa, dan diakhiri  dengan late dinner bersama yb rahim dan wawa dan cik gksb sekali lagi di d'putra tomyam di wangsa maju.

Kini baru berada di rumah, meneliti moments tercipta dan terakam sepanjang waktu ini, dan menghayati kejutan yang tak disangka-sangka. Sekali lagi han rasa dunia ni kecil. :D Rupa-rupanya ada kawan yang dikenali di facebook dalam group blogger perak adalah adik teman lama di asrama pusat Anderson Ipoh. Ha.. tu dia. Ijang rupanya adik Farhana! 

Saturday, November 16, 2013

Interview lagi

Salam,
Hari selasa ni akan ditemuduga sebagai calon jawatan Q41. Perasaan libang-libu. Segala benda buat rasa sakit perut. Hmm tapi sempat juga pergi makan di Oiso dengan Lely semalam. Haha.

oiso yummy2! ni campur squid dan octopus yang pedas!

power cap. ala.. kalau citer korea biasa ada scene makan ice confection dalam botol, kat tmn permainan kan? 
Kerja di office macam biasa serabut lagi menyerabutkan. Ada customer yang han dah tertangguhkan hantar plan. Saya minta maaf. Tak pasal lady boss kena marah. Samela.. han minta maaf juga.


Dalam cuaca hujan ni.. tak boleh nak rasa selesa sebab terlalu nervous kena buat presentation. Dan hari rabu ni bersedialah untuk dimaki. Masya allah. Rasa nak hantar surat berhenti.
Rasa macam dah tak kompeten. Tak tahu apa dalam hati. Tak dapat bertenang, control diri. Mungkinkah lepas interview ni akan pulih? Atau sebenarnya ni jalan menuju ke arah yang lebih doomed?

Sunday, October 27, 2013

Barang yang mak saya beli dahulu kala

Assalamualaikum.. ni gambar ni semua adalah barang-barangvyang mak saya suka beli masa kecil dahulu. Ada juga yang masih dibeli hingga kini.

Monday, October 14, 2013

Longkai

Hari isnin lepas berpeluang menyertai pratonton filem #longkai di e@curve mutiara damansara.

Kali ni dgn deqnoor! Menggantikan broframestone yang menjadi abah long hari tu. Tahniah batu! Bertambah lagi family member han. Eh?? Ha kalau nak tahu adik broframestone bernikah dengan dua pupu han. Dari kengkawan dah masuk dalam family pulak. :D  Berpeluang jumpa blogger2 fofuler lain. Ehem. Nanti han letak link eh.

Tengah awal pagi ni hangat. Sehangat longkai. Hujan tapi hangat. Hi tak dapat tidur maka mengepos tulisan ini.

Apa itu longkai? Longkai ni panggilan untuk orang yang kerja bawa tow truck tu. Kan bila ada accident, laju je tow truck datang kan? Tak call pun tapi 2, 3 ketui datang sekali. Prihatin kan diorang ni? Tapi tulah cara diorang cari rezeki cara jujur atau tak jujur.

Filem ni pada pendapat,han memang filem melayu yang best. Salah satu sebabnya ialah ade faizal Hussein. Ha ha ha. My all-time favourite hero. Lepas tu jalan cerita dia pun best. Action pun best. Pergh dorang pukul bebetul tu   ngeri gak a. Tolong jgn bawak budak,underage  tengok. Haha. Tapi bawak la kawan-kawan, family, bos cina anda tengok filem ni  memang lain dari yang lain.

Dalam pada tu, terserempak lak dengan bobo "sayang apa khabar denganmu" *endless hairflips headbang* dia datang dengan kawan2 dia. Siap ambil video "blogger perak best" versi gwiyomi jari keenam.

Tahun ni memang tahun migfilm pimpinan david teo. Memang banyak filem yang best keluaran mig kali ni; termasuk longkai dan lain-lain. Memang mahsyukk.

Sebelum screening, kitorang sempat ambil gambar dan berkenalan dengan bloggers yang ada. majlis dimulakan dgn sesi bacaan doa dan ucapan dari org penting mig agar mig terus makmur dan gemilang. Lepas tu sesi bergambar org penting dan pelakon untuk media rasmi. Memang ramai wakil media elektronik, media cetak, bloggers (yay!) Yang datang menyokong pratonton ni. Memang tak hambar.

Lepas jenuh gelak dan berdebar dan menangis tengok filem ni, kitorang pun balik dengan berat hati dan berat mata. Dah lepas jam 11!

Tapi tak berpeluang ambil gambar dengan hero han tu... Sebab yelah hot sangat.. ramai org beratur dan sibuk interview dia walaupun ramai je pelakon lain masa tu. Tapi hari tu pun dah jumpa mikael Andre masa tengok filem meatballs dengan broframestone jugak. Eh entry mana ya?? Nanti update.

Okay memandangkan sekarang pun dah pukul 3 pagi, rasanya cukuplah setakat ni je ye. Ngantuk pulak.

Nanti jangan lupa tengok filem ni. Gerenti tak menyesal. Unik! Dan tak sabar nak tunggu filem lain keluaran mig. Ada satu pasal highland towers yang runtuh zaman 90an dulu. Aaa takutnyaaaa!!!

Sekian. Huarghhhh.

Wednesday, October 2, 2013

Super spontan 2013

Assalamualaikum

Minggu lepas Han dapat 4 free pass ke Super Spontan 2013 minggu kelima.
Rancangan ni dah tak perlu diperkenalkan lagi kot, kan? Korang mesti dah biasa dah tengok.

"ey cemana dapat????"

     "tah, kak Linda yang bagi.. siap kek Boboi free lagi.. hehehe.."

Ni first time dapat pergi tengok live. Rancangan ni bermula jam 10 di saluran .... yang disiarkan di rangkaian astro (sorry tak tahu saluran apa sebab tak ada astro di rumah.. ada sesiapa boleh beritahu?) Tapi penonton di studio kena datang at least an hour earlier untuk cop tempat duduk. Tak menjadi hal.. lagipun De Showroom, Bandar Sri Damansara ni dekat je dari rumah Han di Kota Damansara.

Sementara tunggu penonton loading, kami makan la kek chocolate moist yang dijual dengan harga RM 6.90 tu. Sedap. Tak tipu.

Yang teman Han kali ni Kak Maria jugak sebab orang lain tak available dan mungkin susah nak RUSH as tiket ni pun Han dapat petang. Kak Linda tu my cousin's wife. Dia crew Super Spontan gak. Takde gambar comel dia masa working. Tak jumpa.

Sementara tunggu show sebenar, pentas tu dah dikuasai dan digamatkanoleh Ray dan Hanif #Johara dan err pengarah/ producer ke?? Korang kenal kan DJ pepagi buta buat korang sakit kepala gelak banyak sangat tu? Ni la diorang. Actually dah follow diorang sejak diorang kat Xfresh.fm lagi. Memang best.

"Ada facebook takkkk??" Tagline Ray.

Masa show bermula, penonton tak dibenarkan menggunakan smartphone. Cellphone biasa pun tak boleh. Mungkin akan mengganggu penonton lain dan rekod haram pulak rancangan ni memang a no-no.

Nah.. memang kelakar gila. Yang bestnya dapat tengok scenes yang mungkin aja dipotong kala siaran ulangan walaupun terlepas keluar di siaran langsung di SMART TV anda. Cecey.. Dhuha yang nak beli TV ni ke dah beli dah pun?

Ada part game "freeze/beku" yang buat studio riuh-rendah. Jep Sepah guna idea kontroversi video Mat Yo dan bininya "Aku Tak Bodoh". Rasa-rasa Han la memang bini Mat Yo tu minat filem tu. Dok ingat sampai apply kat kehidupan seharian. Ha ha.

Tapi nak tegur seluar Nabil. Nampak aurat kritikal weh.. walaupun berseluar panjang. Guys, please understand what I mean. Sila jangan pakai macam ni. Sakit mata okay. Kalau nak tahu apakah rupanya, tontonlah Super Spontan 2013 minggu kelima di tv atau YouTube. Pandai- pandailah korang tekan cari ya.

Afdlin dengan Johan pula dok promote seluar pelikat diorang yang memang Han suka stylenya. Nampak selesa sangat. Si Johan dah macam main capoeira di atas pentas tu. Nak beli tapi macam mahal lak.. RM 79 je tapi kalau beli lebih 3 pasang dapatlah harga RM 70. Kali RM 210 dah. Baik beli handbag baru ye dak?

#teamgunabarangtakbranded #eh

Dah letih gelak, habis show kami pun balik rumah.

Kepada yang tertanya-tanya tiket nak dapat kat mana, kena google la kut. Han pun takde usaha nak cari. Mungkinkah minggu ni dapat lagi? Entahlah.. kalau ada rezeki ye. Kalau dapat Han cuba war-warkan di Twitter. Siapa nampak, dia dapak. Jadahhh???

Haha okaylah. Nak solat subuh.

Assalamualaikum.






Friday, September 27, 2013

R U S H

Assalamualaikum,

It's already 27th September 2013. Today is my Uncle, Pakjang's birthday. Happy birthday Pakjang!

Okay. Last night Mijah and I went to One Utama to watch a film entitled "RUSH" which based on a true story of 70's Formula One racers.

I hope one of my large family members will bring my uncle to watch this film. He must be very happy to watch it as he is a biography books collector, an F1 lover and utmostly, 70s must be the time of his life; where he built his passions of everything he love today.

A d r e n a l i n e R U S H

The movie is a tribute to the late James Hunt (sort of) .. told by his rival; an Austrian racer, Niki Lauda but I believe he may be the best friend who actually understands Hunt the most.

Hunt won the 1976 Formula One which ended in Japan which was the only championship he won the first prize.

I highly recommend this film to all though the scenes might only be appropriate for those aged 18 and above; of its value and rush that it shown.

As usual, fortunately get to watch films earlier than its actual screening date. Those tickets were sponsored by Cinemaonline and I got it from Broframestone again. Thank you batu! 

To bloggers out there, if you want to get this opportunity/ties make sure to subscribe to Broframestone fb or twitter to receive interesting highlights and news and PM him whenever he asks to do so. It's so easy! 

Sunday, September 22, 2013

21 September 2013

Kisah semalam.

Hari ni dah 22 September 2013.

Dimulai dengan pergi kerja. Kerja dibahagikan dan kemudian pergi ke Setiawangsa berjumpa seorang client yang bekerja di sebuah bank terkemuka.

Kemudian waze jalan ke rumah nabila, sepupuku untuk ambil Kek Barbie untuk birthday party Audrey yang ngam2 kena hari semalam. Susah jugak cari rumah dia. Kat jalan gombak. Kena masuk Kampung cina tu.. kt sg mulia. Lunch pun di sana. Suaminya, Zhaf belikan lauk. Hehe. Anak kedua dia, Amsyar sangat bulat hoke.. pipi dia ha.. kental.

Dah Sudah ambil kek, balik Kota. Check aircond pejabat kut tak tutup lagi. Balik rumah salin baju nak party! Dan baju untuk acara malam pula.

Drive ke pinggiran putra gala putrajaya sana. Risau betul Kek Duduk lama-lama dalam kereta. Panas. Takut krimnya cair. Buttercream kan. Akhirnya sampai juga. Hehe.. Masa Han sampai orang lain tak ada lagi. Ambil peluang main dengan Aidan, adik lelaki Audrey. Sangat comel. Lembut je. Rasa cam nak gigit. :D

Lepas tu kak Nadia sampai dengan si Oren, suaminya Fainur. Lepas tu, sepupu kak Yuni dan anak perempuannya, Kasih dan family Kuman - kak Linda, Qistina dan Qamilia yang bermood baik.

Dah nyanyi, makan, minum, bukak hadiah, #eh la.. Han lupa bagi hadiah Audrey!!! Nantilah. Harap tak lupa. Lagi lepak, gelak koka-koka, siap nak pergi PJ, Taman Jaya pula.

Ke studio 12, kononnya nak tengok performance "Azhan Zulkifli" dengan Ijang. Sekali dia first performer daa.. Jam 8 pm dah mula acara anjuran Ukulele Malaya ni. Han pula sampai dalam 9 lebih. Memang kirim salam lah. Tapi lepas bayar tiket masuk yang ada kupon makanan tu, ambil minuman, duduk tepi red palm sambil layan performances lain yang memang dae-bak! <--- sila rujuk kamus korea.

Salah seorang performer adalah kenalan masa universiti dulu. #raja. Seorang pelajar Senibina Sejati. Kini lebih dikenali sebagai seorang Jurugambar kut. Teringat.. huhu. Senegeri juga. Dari Simpang Pulai. Sebelah pekan je ha.. awak orang Gunung Rapat oi!

Seronok pergi acara sebegini. Masa belajar dulu selalu join. Sekarang dah kurang. Masa ada. Tapi. Entah. Kawan-kawan enjoy dah kurang kut. Hehe. Bukan cerita atau lagu sedih ok.

Kenyataan.

Dah selesai semua, ambillah gambar apa-ap yang patut. Dan berjalan balik ke tempat parking. Jauh kut parkir di Stesen LRT Taman Jaya depan Amcorp Mall tu. Menapak sampai ke Studio 12 yang sebenarnya Kat belakang bangunan TNB Jalan Utara ke Barat tu. Nasib baik balik Aan dengan Ijang hantar sampai kereta sana.

Oh. Semalam drive lalu depan entrance Amcorp Mall . Gebu betul lampu liplapnya. Tapi tak sempat ambil gambar.

P/s: dah dengar ukulele ukulele teringin dengar Mocca dan Zee Avi balik. Hmm


Coq udang

Sarapan hari ni coq udang bercendawan, bercarrot, bercili, berbawang, bergaram, bertepung gandum, jagung dan beras, berais, berlada hitam, bertelur dan Sudah tentu berminyak. :p

Housemates dan Han makan satu demi satu akhirnya tinggal 8 ketoi je. Sosnya dah tentu SOS cili mama. Imported dari ipoh. Kalau nak beli boleh pi facebook ni ----> SOS cili mama

Friday, September 20, 2013

Prisoners

Assalamualaikum, 18 September yang lepas dapat lagi tiket wayang dari broframestone. Hehe.. rase Macam encik batu ni dah jadi tokey panggung wayang pulak. haha. TQ!

Kali ni ditemani kakmaria my housemate yang pejabatnya di Ara Damansara, berdekatan dengan venue; Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Filem kali ni bertajuk Prisoners, dibintangi oleh abang wolverine kita, Hugh Jackman  dan Jake Gyllenhaal. "Dastan????" Ye dastan. Tepat sekali.  

Actually memang tak boleh bayangkan langsung cerita ni pasal apa. Memang tak nak baca review. Tapi x sangka boleh tengok kedua2 abang ni dalam watak yg sangat berbeza dari kebiasaan.

Keseluruhan cerita Han boleh kata okay. Tu je. Kalau sesiapa suka tengok drama Indonesia elok sangatlah tengok cerita ni. Letih oooo..

Seriously lebih rela tengok abang Jackman jadi wolverine my love. Antara we're the Millers, internship dan prisoners, mungkin prisoners last sekali Han pilih untuk tengok. Tapi tu perasaan Han sahaja. 

Wednesday, September 11, 2013

Sabor itu separuh Dr iman

memang ak terpaksa bersabor jele. especially bila ak tak boleh nk luahkan perasaan ak. habih2 air Mata je Jd peneman. air Mata ak Macam ade beribu juta perkataan yang tak terungkap. nak cakap akan menyesal, kalau tak cakap, mungkin menyesal jugak. tp ..emm takpelah. hiduplah dgn nikmat Allah yang ada ni .. insya Allah dia tolong. hanya perlu yakin dan terus berdoa dan beramal moga2 dia nampak kesungguhan tu. Sesungguhnya dia lah yang mengetahui segala sesuatu malah apa yg ada dalam ak pun dia jauh lebih memahami, lebih dari ak sendiri.

Friday, September 6, 2013

Van sekolah

Assalamualaikum... Ni cerita 2 minggu lepas...

Hari ni pergi Setia Eco Park. Time lunch pergi cari nasik bungkus untuk pekerja2 ni. 

Sampai ke Setia Indah, ternampak Restoran Bendang kat belakang Shell.

Tapi park je dulu, pergi Shell sebab beli Red Bull. Huih Rm 3.10 setin. Mahal. Murah kat kedai mamak seksyen 7 Kota Damansara - RM 2.50 kut. Tapi mahal la kiranya. Sama dengan 711/7E.

Berbalik kepada Restoran Bendang tadi, secara kenyataannya, memang takde bendanglah kat situ kan. Makanannya ok, banyak lauk. Seronok masuk situ. Seating pun sedap. Hehehe.. takdela kematu backside kita ni kalau lepak lama-lama kat situ...

Harga emm okla jugak. Tapi dua kali ganda dari harga Kat medan selera seksyen 7 Kota Damansara. Nasik bungkus standard - nasik, ayam goreng, sayur campur, sambal belacan, teh o ais untuk 6 orang RM58.20.

Masa kat Shell selepas beli Red Bull tu, nampaklah seorang mamat India masuk ke kedai Select@Shell tu. Dia kata "beli untuk adik-adik kecik jugak". Dekat dia ada dua orang budak lelaki sekolah menengah tengah ambil aiskrim dalam freezer aiskrim. Comel pulak. Rupanya mamat ni kerjanya pandu van sekolah. Jenguk kat luar kedai ada budak-budak comot dalam van. Hahaha.. jangan marah dek.. Abang van (kalau tua pabggil pakcik van) belanja aiskrim tetengah rembang. So sweet kkkk.

Teringat zaman sekolah rendah naik van pakcik Hadi dan van ustaz Yusof (arwahnya)

Thursday, August 29, 2013

We're the Millers.

Assalamualaikum,


Hari ni hari Jumaat. Waktu tengahari ni mesti orang-orang lelaki tengah cari makan sebelum pergi masjid untuk solat Jumaat. Tu pun kalau tak puasa la.. Tadi han dah makan pagi dengan Mekda, Mekju dan Mekdy. hehehe kat Padang Kota Corner kat Cova Suite. Ni ha muka diorang. Kenal tak? Mekdy sangat aktif di twitter . Kalau perasan comel follow la.. KARMA <--- b="" ni..="" tekan="">


mekju mekda
mekdy mekju
.
.
.
.
.
.
Tapi ni takde kaitan dengan the Millers walaupun mungkin diorang terasa nak tengok cerite tu lepas ni.
.
.
.
.
.
.
Hari Selasa lepas dapat lagi tiket free dari Broframestone yang comel dan baik hati. :D Kalau sebelum ni dia bagi tiket cerite hantu yang Han rasa menakutkan sesangat sampai tutup muka dengan beg dan tangan,  kali ni dia bagi cerite dewasa lak. "We're the Millers" tajuknya. Venue: Paradigm Mall. So han ajakla orang dekat, Adired Adib. Dia pun setuju aje lah kan.. hehe..

gambo tiket songlap dari instagram sendiri.
OK (style seorang photog)


tengok henpon, balas wasap, amik gambo blogger yg join tengok cerite ni.. sebelum start cerite. 

Blogger lain yang join preview screening ni ada seorang yang dikenali dengan nama Ruby. ni ha namecardnye. 




seorang blogger sepenuh masa sama macam Broframestone


Dan.. memang dewasa jugak cerite ni.. haha.. Pelakon yang Han kenal pun Jennifer Aniston je. Yang lain tah siapa. Dia jadi stripper dalam cerite ni. The Millers sebenarnya keluarga olok-olok yang diciptakan just to cover a weeds smuggling process. Gila kau. Punya banyak weeds sampai penuh storage dalam caravan besor diorang. Eh takleh cite bebanyak. Seriously prepare la otak korang untuk mendengar kata-kata tak berapa sihat dan menonton adegan-adegan mengejutkan bila pergi tengok cerite ni ye. 

Saturday, August 17, 2013

Balik Kampung hari raya ke-3

Assalamualaikum,

Han and family balik Kampung di Air Hitam, near Teluk Intan pada hari raya ketiga. Kampung ni Kampung keluarga sebelah ayah. Macam biasa, meriah sebab masing-masing family Macam pasukan bola terlebih pemain especially bila cousins pun dah kahwin Dan beranak-pinak. Jom tengok gambar raya yang tak berapa banyak ni.