Monday, April 16, 2012

entry sampah

sampah perlu dibuang di tempat yang sepatutnya. sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. sampah yang ada di tangan jangan dicampak begitu sahaja; dari tingkap kenderaan ke jalan raya, dari sebalik pagar ke dalam longkang di sebelah rumah, atau daun kering yang disapu dibuang ke halaman rumah sebelah kerana perasaan hasad dengki terhadap beliau yang telah membeli HD tv 50++ inci. sampah yang dikumpul sebenarnya perlu dipastikan jenisnya supaya mudah dilupuskan mengikut kategori yang disediakan untuk dikitar semula. sesungguhnya pengasingan sampah di malaysia amatlah mudah jika dibandingkan dengan pengitaran semula sampah di jepun. jadi, bersyukurlah. kepada yang suka membuang sampah merata-rata, saya doakan anda akan mengalami mimpi ngeri tentang perangai buruk anda tersebut. mungkin hantu sampah menjelma dan masuk ke dalam mulut anda. hahahaha.. rasakanlah sampah itu. wekkk nak muntah. hal ini juga bersangkut-paut dengan sang perokok. jangan harap anda boleh terlepas. sesudah merokok di merata-rata tempat, sila pastikan anda buang rokok di tempat yang disediakan atau simpan dalam poket macam yang cikgu anda ajar masa sekolah dulu, "murid, kalau ada sampah, tapi tak jumpa tong sampah, sila simpan dulu di dalam poket atau beg sekolah masing-masing". kau tengoklah hujung tahun nanti, tengok-tengok dalam poket kecik kat beg penuh plastik berkulat. eyyewww.. tapi yang ada puntung rokok hanya mengalami keadaan baju berlubang atau beg berlubang kerana menghisap rokok jenama ****** garam. sampah yang hendak dibuang haruslah diikat dengan baik, agar tidak mengundang anjing-anjing liar yang tak sekolah dari mencarik plastik beg dan menyepahkan sampah busuk tersebut. bayangkan. pampers bayi bertahi bersepah di jalanan. atau lebih buruk, pampers wanita. atau pampers orang tua. erk. jadi kesimpulannya di sini sila memperhatikan sampah anda. agar tidak mengalami situasi yang menyesakkan pandangan dan pernafasan.

2 comments:

Han suka kalau korang komen