Tuesday, March 13, 2012

siapa haniekunie? serba sedikit

haniekunie suka buat kraf tangan. menjahit, kraf kertas, kraf felt, miniature dan macam-macam lagi. haniekunie suka benda "jepun-jepun" <--- ada kawan cakap macam ni. lagu jepun pertama yang disukai adalah "first love - utada hikaru". walaupun mungkin sebelum tu dah suka lagu "doraemon" atau "honey-honey".

haniekunie suka membaca, dari kamus, sampailah majalah, haniekunie memang suka membaca. buku-buku yang dikumpul kebanyakannya novel, buku seni kraftangan, seni lukis, dan komik  tapi haniekunie pening baca suratkhabar, sebab banyak berita-berita ngeri dan menjengkelkan.

haniekunie dah belajar chatting sejak umur 14 tahun lagi (1999). masa tu kita guna mirc. haha macam-macam orang ada dalam tu. channel yang selalu haniekunie masuk ialah #kampung dan #ipoh. lawak betul bila terjumpa dengan senior sekolah. kantoi.nasib baik tak cerita bukan-bukan. hubungan kami baik sampai sekarang walaupun jarang jumpa. macam biasalah, mesra di internet, bila depan-depan segan. kawan yang bertanggungjawab mengajar haniekunie chatting ialah sharifah zhafarina atau dikenali dengan nama sheypott. sheypott pun dah berkahwin dengan sirap, atau nama sebenarnya adli reza. masa belajar tu masih menggunakan dial-up jaring. dan sheypott adalah kawan pertama yang haniekunie ada emailnya. tapi email single_14@hotmail.com tu dah tak berfungsi. sekarang email yang selalu digunakan ialah haniekunie@yahoo.com dan haniekunie@gmail.com. senang kan? tak payah pening-pening nak fikir.

dulu-dulu masa dah tahu guna internet, selalu pergi kafe siber. chatting, cetak lirik lagu jepun, tengok internet tv, cari laruku (l'arc~en~ciel) dan hello project. kebetulan masa tu drama jepun memang popular di stesen tv tempatan. jadi carilah pasal drama tu, dari situlah dah kenal takuya kimura, takeshi sorimachi, takeshi kaneshiro dan noriko sakai. minat terhadap jepun memang dah lama tapi masih belum "mampu" nak ke sana. mungkin akan ada "kelapangan" untuk tujuan itu nanti.

pada tahun 2012 ni haniekunie yang gila main game ni asyik main game di facebook. yang paling aktif, the sims social. kalau dulu, minat congkak, lompat tali getah, galah panjang, baling selipar, video game, pc game (tak ada lah hardcore sangat) ps, ps2. haniekunie minat para para paradise, dance dance revolution dan easy2dance. siap beli kut mat tu main di rumah (masa tu mak nak belanja). walaupun tak berapa pandai nak ikut style budak-budak cina di times square tu. sekarang ni bila di rumah, buka youtube.com, cari dance video, ikut-ikut. jadi adalah bergerak sikit (senaman). suka video-video dance central 2.

baru-baru ini dah cuba buat kek, tak sangka, rupanya boleh haniekunie buat kek. dulu-dulu haniekunie hias kek saja. kek yang haniekunie buat, kek pelangi. hehe. satu saja. yang lain belum cuba lagi.

ada soalan? silalah bertanya

2 comments:

  1. soalan?
    Bila nak kahwin?....hehe~

    ReplyDelete
  2. homai.. soalan akak ni memang takde jawapan lagi kak.. :)

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen