Friday, March 30, 2012

resipi cincai boncai


minyak untuk menggoreng
udang geragau
bawang besar
cili api
asam keping
gula perang

goreng hirisan bawang besar hingga kekuningan
masukkan udang geragau
masukkan hirisan cili api dan asam keping
goreng hingga garing. (mcm bawang goreng)
angkat dan toskan.

sila nikmati dengan bubur oat

bye!

Thursday, March 22, 2012

sesungguhnya blogging adalah hobi yang pelik

sesungguhnya blogging adalah hobi han yang paling tak aktif. :D hanya akan berblog bila rasa tak tahan, tak dapat nak luahkan perasaan pada orang lain. lawak.. patutnya boleh je kalau nak tulis kat diari kan.. hmm tak paham. entry kali ni pasal mimpi. mimpi orang kata mainan tidur. ada yang kata, kalau mimpi orang bercakap, tu mimpi dari syaitan. kalau mimpi orang tu duk tenung, senyum diam je.. dia rindu kat kita. mimpi kena patuk ular, ada yang nak datang merisik (sekadar menyatakan beberapa contoh dari banyak contoh lain). macam-macam lah kata orang kan. tah betul tah tidak.

kes han pulak, asyik mimpi specific persons berulang kali and the emotions are there, making the dreams felt real. the theme may be a little bit ridiculous and somehow intellectual, and very heart-warming. hehe. well, well, i guess i dreamed bout the persons just too much.

oh! today is my father's birthday. happy birthday yah! he's 57 now. dan masih belum bersara. sangat rajin pulak tu.

ok sambung pasal mimpi. hari ni mimpi pasal orang yang jual selendang tu. sekali lagi nama tidak didedahkan sebab ni blog public. nanti korang kenal, malulah i kan. okay, we were at this place yang macam dah sedikit rundown dan konon-kononnya kat melaka. i remembered the place is called "25 years shops". it's quite unique kan? it's actually a row of shoplots and they're closing for good. standing with me looking at the shopkeepers cleaning their shops was the selendang guy. lepas tu kitorang kena panjat batu. macam a pile of rocks in front of the shops to get away from there. sadly, it seems like the old shops will be torn down for a new development, but there were no signs of people coming and really utilize the existence of the shoplots.

and suddenly we're macam at a hospital together. i said, "sorry, actually i called my ex-bf AL like what i call you now." it's a bit confusing, even for myself, because actually the selendang guy's name has nothing to do with the word "AL". AL for ALIAA FARHANA la sekarang ni. and he actually sulked, adorably. haha

and then we went to a bus station to return to ipoh. he bought 3 tickets; for himself, kakak pink's(nazihah) and mine. pelik, again. i'm not that close to that kakak. but he bought them sharply on the time the bus departed. i ran to get hold of that bus. it's an old school bus used for this journey. all the pelik things actually happened in my dreams lately; err setiap kali? :D okay, so i ran fast enough and amazingly went through a small hill, and get to talk to the driver to pick up us at the station. haha. the bus driver was mouth fighting with another bus driver.

so we're on the bus, and i was sitting beside him. he'd eaten the bait. i put my recognizable red cushion at a two-sitter seat and he actually chose that seat over other empty seats. hehehehe.. daihappy!

Tuesday, March 13, 2012

siapa haniekunie? serba sedikit

haniekunie suka buat kraf tangan. menjahit, kraf kertas, kraf felt, miniature dan macam-macam lagi. haniekunie suka benda "jepun-jepun" <--- ada kawan cakap macam ni. lagu jepun pertama yang disukai adalah "first love - utada hikaru". walaupun mungkin sebelum tu dah suka lagu "doraemon" atau "honey-honey".

haniekunie suka membaca, dari kamus, sampailah majalah, haniekunie memang suka membaca. buku-buku yang dikumpul kebanyakannya novel, buku seni kraftangan, seni lukis, dan komik  tapi haniekunie pening baca suratkhabar, sebab banyak berita-berita ngeri dan menjengkelkan.

haniekunie dah belajar chatting sejak umur 14 tahun lagi (1999). masa tu kita guna mirc. haha macam-macam orang ada dalam tu. channel yang selalu haniekunie masuk ialah #kampung dan #ipoh. lawak betul bila terjumpa dengan senior sekolah. kantoi.nasib baik tak cerita bukan-bukan. hubungan kami baik sampai sekarang walaupun jarang jumpa. macam biasalah, mesra di internet, bila depan-depan segan. kawan yang bertanggungjawab mengajar haniekunie chatting ialah sharifah zhafarina atau dikenali dengan nama sheypott. sheypott pun dah berkahwin dengan sirap, atau nama sebenarnya adli reza. masa belajar tu masih menggunakan dial-up jaring. dan sheypott adalah kawan pertama yang haniekunie ada emailnya. tapi email single_14@hotmail.com tu dah tak berfungsi. sekarang email yang selalu digunakan ialah haniekunie@yahoo.com dan haniekunie@gmail.com. senang kan? tak payah pening-pening nak fikir.

dulu-dulu masa dah tahu guna internet, selalu pergi kafe siber. chatting, cetak lirik lagu jepun, tengok internet tv, cari laruku (l'arc~en~ciel) dan hello project. kebetulan masa tu drama jepun memang popular di stesen tv tempatan. jadi carilah pasal drama tu, dari situlah dah kenal takuya kimura, takeshi sorimachi, takeshi kaneshiro dan noriko sakai. minat terhadap jepun memang dah lama tapi masih belum "mampu" nak ke sana. mungkin akan ada "kelapangan" untuk tujuan itu nanti.

pada tahun 2012 ni haniekunie yang gila main game ni asyik main game di facebook. yang paling aktif, the sims social. kalau dulu, minat congkak, lompat tali getah, galah panjang, baling selipar, video game, pc game (tak ada lah hardcore sangat) ps, ps2. haniekunie minat para para paradise, dance dance revolution dan easy2dance. siap beli kut mat tu main di rumah (masa tu mak nak belanja). walaupun tak berapa pandai nak ikut style budak-budak cina di times square tu. sekarang ni bila di rumah, buka youtube.com, cari dance video, ikut-ikut. jadi adalah bergerak sikit (senaman). suka video-video dance central 2.

baru-baru ini dah cuba buat kek, tak sangka, rupanya boleh haniekunie buat kek. dulu-dulu haniekunie hias kek saja. kek yang haniekunie buat, kek pelangi. hehe. satu saja. yang lain belum cuba lagi.

ada soalan? silalah bertanya