Tuesday, February 21, 2012

ayah sakit perut, constipation

salam..

hari ni ayah sakit perut. demam semalam. hari ni dah kebah. tapi masih cirit-birit dan muntah pagi tadi. lepas pergi klinik tadi, ayah dah makan ubat dan rest. so untuk tengahari ni han dah masak bubur nasik dgn carrot dan ayam. dikawankan dgn serunding ikan bilis kasar. yum2. hari ni serunding ni tak buat sampai kering sangat. tapi kering la jugak.

serunding ikan bilis

moi

haha. my favourite food .. BUBUR NASIK atau MOI atau KANJI.  ok tak? rasa cam makanan orang sakit tak? kali ni resipinya lain la dari yang entry sebelum ni. tapi dalam entry tu, ade byk resipi side dishes untuk moi ni.. :D  

today's moi :

- beras (dikisar)
- air
- carrot
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- kiub sup bunjut
- isi ayam
- lada hitam
- garam

cara masak: campur semua bahan didihkan sehingga nasik masak, sentiasa kacau supaya tak melekat pada periuk.

serunding ikan bilis:

- ikan bilis
- bawang besar
- bawang putih
- halia
- cili merah
- asam keping
- gula

cara masak: ikan bilis, bawangs, halia, cili merah dikisar. panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan tambahkan asam keping. bila dah agak kering, masukkan gula sedikit. kemudian angkat.

selamat mencuba. 

2 comments:

  1. wau mmg nampak mcm makanan orng sakit heheheehe sedap la...

    mcm nak makan gak..

    ReplyDelete
  2. ha nak makan sile try masak k.. :D

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen