Sunday, January 8, 2012

waktu dhuha itu

waktu dhuha itu tiba lagi. aku menunggu kehadirannya yang sering kulihat dalam warna yang lembut. dia berdiri di situ, mengalunkan azan, sementara yang lain duduk menanti imam. suaranya sering buat tubuhku bergetar, sering juga goosebumps. pernah aku sebak, terurai mutiara jernih di pipiku mendengarkan suaranya yang merdu. seusai azan, dia duduk di saf paling depan. yang lelaki kemas dalam baju melayu dan jubah, sedang yang perempuan, elok litup dalam telekung putih tekun berzikir, bermunajat beramai-ramai. tiba masanya, imam sedia, si muazzin tanpa lengah mengalunkan iqamah, setiap saf dirapatkan moga semakin rapat ukhwah saudara sesama islam. maka bermulalah solat dhuha.

di hari yang lain, si muazzin menjadi imam, acapkali aku berasa seakan-akan lapang hati bila dia menjadi imam. aku berdoa agar setiap waktu dhuhaku berimamkan dia. tapi tentu pula aku akan rindukan suaranya mengalunkan azan dan iqamah. atau sewaktu latihan tilawah dengan ustaz, tentu aku nantikan giliran dia. sungguh aku rindu waktu itu.

hakikatnya aku dan dia dekat, tetapi jauh. dalam belasan tahun ini, berkali-kali dia aku temui. tapi seperti biasa, masing-masing ibarat tidak kenal satu sama lain. kelu. out of topic. boleh pula bersembang di atas talian. setelah dia muncul di hari lahirku yang ke-24. tapi sering dia ada, semacam tiada. akhirnya aku berdiam sahaja.

kali ini aku masih di sini. setelah 15 tahun, sedarkah dia akan zarah wujud diri ini? pernahkah terlintas dalam lubuk hatinya akan diri yang hina ini?

6 comments:

Han suka kalau korang komen