Sunday, December 30, 2012

ada ke pengganti jackie chan?

last week pergi tengok movie dengan yeop, syasya and leha. CZ12.

action best, lain dari yang lain. new apparatus. tapi macam biasa style jackie chan, akan gunakan props dalam set sebagai senjata secara tak langsung semasa berlawan. cool kan?

filem ni menonjolkan sangat-sangat sisi stuntman si jackie chan ni.. dah tua kut.. risau je tgk aksi2 dia.. agaknya ada lagi ke org yang boleh buat aksi macam tu tanpa stuntman? a living legend!

cerita ni kalau orang tak biasa tengok cerita cina yang lawak, mesti kata merepek.. tapi serius han nak tengok lagi.. hehehe.. cerita ni agak laju la jugak kalau ikutkan.. tapi puas hati..

tak dilupakan pelakon air mata korea ada juga dalam filem ni .. :P nama dia kwon sang woo yang saya suka mata sepetnya. hihi..

terima kasih kepada pembelanja iaitu sepupu han, leha. orang yang sama han bawak masa tengok wayang bersama broframestone hari tu.. :D nanti kita g wayang lagi k..



  




Sunday, December 2, 2012

me day finally..


lagi beberapa minit, me day akakn berlalu pergi.. begitulah berlalunya my "me day" entah bila akan berlaku lagi..

seriously, hari ni having a good time with my parents and brother.

ayam penyet dekat uitm shah alam

Hari ni dia punya convocation di UiTM shah alam (bachelor islamic banking). my parents

ye akak pendek

naik bas 


should already be in Ipoh by now. Gahhhh.. miss them already padahal baru berapa jam je

berpisah.. OMG! T________T

makan, jalan2.. ayah pun ajak pergi warehouse sale.. bukan sepertinya hari ini dengan

hari2 lain..

metrojaya warehouse sale at stadium melawati

tapi adik han yang bongsu tak ikut.. kangeeeeeeeeeeeeeeeen adik besor tu..



tapi ada perkara yang menggeramkan berlaku. updating my xperia P just now but... but.. 

I'm not sure what happened to my gallery. i mean the pictures in the gallery all gone!

where should i find it? the icon for gallery also gone. now it turns to album and film

but... when i clicked the icons.. the display turned blank and went to  the main screen

again... ala... bengang sangat. but i do find the pictures in other applications like 

picsart and on my laptop. tapi bila tekan icon kat fon tak boleh pulak.. geramnya!

emm camane ek.. korang boleh tolong? 





Sunday, November 18, 2012

Friday, November 9, 2012

roti jem di waktu petang

dah jam 1422. terus terang han tak solat zuhur lagi. kejap tadi pergi seksyen 14, PJ. dekat dengan matriks UIA (seksyen 16).. teringat kisah dulu-dulu. biasala kan.. masa pergi tadi senang je ikut NKVE. balik ikut jalan lama dari PJ ke Shah Alam untuk ke Subang Airport. Traffic pun ok lagi.. belum start solat Jumaat.

Macam biasa.. kalau pasal matriks mesti ingat zaman "selebet" - deqna, fie, han, jeena, zem. Kaki shopping, kaki jalan, kaki ngumpat, kaki ape lagi??? korang ada simpan lagi tak beg selebet tu??  hehehhe.. ramai2 ni yang single tinggal I sorang je. uhuk2. ni bukan iklan k. kenyataan. semua dah kahwin kut. yang pasti dah kahwin; zem dengan deqna. Jeena entahlah, fie pulak on the way han rasa.. ehehe.. Happy untuk korang k. Sayang kome sesangat. Tapi atas batas waktu, kekangan tugas personal dan kerja, kita tak boleh selalu bersama kan.. Rindu korang k. (T____T)

mungkin ni bukan satu-satunya entry pasal rindu kat korang.. tapi saat ini memang han ingat sangat. tambah2 petang ni han kena pergi midvalley megamall (tempat lepak dulu2). duit 2 ringgit dah cukup pergi balik dari mid ke matriks.

han bukan tak ada kawan lain.. banyak jugak kawan-kawan baik dari sekolah rendah, menengah dan uia main camp. nak cerita semua. ha tak publish la kut entry ni.. itu saja.. nak makan roti jem lagi. bye



p/s: please don't mind all my grammatical and spelling errors okay?


mangsa kejadian


Monday, November 5, 2012

Let the sky fall, when it crumbles~ uuuuu SKYFALL

Hai selamat bertemu lagi dalam haniekunie meraban teben.
Kabare? Mesti waras kan? Wes mangan? Kalau belum sila korek peti ais masing-masing ok.
Entry kali ialah entry bayar hutang. Hahaha.. :P Hanya BROFRAMESTONE je yang paham
Korang mesti kenal kan bro? Kalau tak kenal, ni ada gambar buat rujukan.

Bro dan Han dan Leha (sepupu)

1 November 2012 han dapat tengok movie SKYFALL kat e@curve sebab .. emm .. Bro bagi tiket sepasang. hehe.. THANK YOU! 
Ni pulak entry tengok SKYFALL dgn kawan-kawan blogger bersama BROFRAMESTONE. Sayangnya han datang lambat so tak dapat la ambil gambar ramai-ramai dengan blogger yang lain.

Komen tentang filem ni pulak.. Emm..
James Bond dan girlfriend?
James Bond dan pistol

James Bond dan gayboy


Ni pun SKYFALL jugak

James Bond dan M buat kali terakhir



B E S T !
(pendapat han la..)

credits: Gambar-gambar semua dari google dan ihsan Bro sendiri. Thank You!!


Korang jangan nangis lak tengok filem ni.. Terutama bab teknologi. Control macho sikit k??

Wednesday, August 15, 2012

tahi

had been working since err mid may 2012. now i know what is headache. i acted differently and becoming more cengeng than ever. i thought i'm becoming stronger..

many problems.. yeah they are small.. but

Wednesday, May 16, 2012

overprotected

in a few days i'll be joining a landscape company in sg buloh as assistant landscape designer. the person in-charge is my studio mate in university. she said that my job scope is design simple landscape appearances for the water features they provided for the respective clients. other than that, i'll be doing some marketing tasks at the nursery or during exhibition. it' kind of exciting for me but it's still confusing in term of my family's understanding.

there's nothing so protective compare to their protection and guide towards me and other family members. not only in the nucleus family, the protection also received from our extended family. it's not that i'm not in favour of their concern and care but sometimes it's kind of stuffy when everything has to be properly stated and briefed before doing or trying something. i think it's time to let me have more percentage of say of what i should decide to do. i admit that i still can do whatever i like; they are giving support i need and i really appreciate that.

one more thing, suddenly i'm also applying for a government job in ipoh. the recruitment notice just came out and my friend YAN told me about it. again it's making me confused here as i'm setting my mind to work in sg buloh, while my mother; emm i think she prefers me to work here in ipoh. it's a delightful opportunity to be a government servant with good salary and many benefits to be indulged. i hope i can finish doing all necessary preparation for that application by this week for the dateline is on may 28th 2012.

talking about this week, i have plenty order to make and to be sent to someone in malacca before may 17th. and more flowers to be done for someone's wedding in august. august?? my friend anis ask me to be her maid of honour. homai. it's going to be my first experience of being one. haha. i don't know what's going to happen and my feelings are all come together. is it an excitement? i'm a bit nervous because i think that i have to put on effort to look good on the days of celebration as she is marrying our friend from the same school, izafazli. i don't know who'll be the best man. i hope he's someone i know so that i won't feel awkward. what colour should i wear ye?

i'm looking forward to keep sewing and do crafty things during my past time; no matter where i settle down later. it's my top passion after all.



Wednesday, May 9, 2012

still feel the chills, still very moving.



jade richards, she may be not a very good looking person, she may be not coming from a wealthy family. just by hearing her singing this piece originally from adele, makes me cry over and over again. and i never tired of watching this video. a very moving video, and always make me want to be stronger.

Monday, May 7, 2012

mat rempit pencen

hati teringat mat rempit pencen
suaranya merdu menjadi muazzin

bila mengaji lunak sekali
indahnya rasa kembangnya hati

dia pendiam kelakar sesekali
bila bertemu menjeling sesekali

bertentang mata tersenyum malu
bila berdepan lidah terkelu

badannya kurus keding sekali
tapi kutahu dia lelaki

kisah dahulu sering terlihat
masihkah dia seperti kuingat?


Friday, April 20, 2012

jarak cinta

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

P/S : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia....

shared from ANNUR SYUHADAH


hai.. kenapa rindu2 ni? macam mana tak rindu kalau dah berbelas tahun menunggu. lagi hebat dari CIK REENA TAN tau. hahaha.. tapi kalau kail panjang sejengkal, janganlah laut hendak diduga. maksudnya? emm tak dapat nak cerita lebih lanjut.. malu sangat! hahaha.. 

perasan

Monday, April 16, 2012

entry sampah

sampah perlu dibuang di tempat yang sepatutnya. sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. sampah yang ada di tangan jangan dicampak begitu sahaja; dari tingkap kenderaan ke jalan raya, dari sebalik pagar ke dalam longkang di sebelah rumah, atau daun kering yang disapu dibuang ke halaman rumah sebelah kerana perasaan hasad dengki terhadap beliau yang telah membeli HD tv 50++ inci. sampah yang dikumpul sebenarnya perlu dipastikan jenisnya supaya mudah dilupuskan mengikut kategori yang disediakan untuk dikitar semula. sesungguhnya pengasingan sampah di malaysia amatlah mudah jika dibandingkan dengan pengitaran semula sampah di jepun. jadi, bersyukurlah. kepada yang suka membuang sampah merata-rata, saya doakan anda akan mengalami mimpi ngeri tentang perangai buruk anda tersebut. mungkin hantu sampah menjelma dan masuk ke dalam mulut anda. hahahaha.. rasakanlah sampah itu. wekkk nak muntah. hal ini juga bersangkut-paut dengan sang perokok. jangan harap anda boleh terlepas. sesudah merokok di merata-rata tempat, sila pastikan anda buang rokok di tempat yang disediakan atau simpan dalam poket macam yang cikgu anda ajar masa sekolah dulu, "murid, kalau ada sampah, tapi tak jumpa tong sampah, sila simpan dulu di dalam poket atau beg sekolah masing-masing". kau tengoklah hujung tahun nanti, tengok-tengok dalam poket kecik kat beg penuh plastik berkulat. eyyewww.. tapi yang ada puntung rokok hanya mengalami keadaan baju berlubang atau beg berlubang kerana menghisap rokok jenama ****** garam. sampah yang hendak dibuang haruslah diikat dengan baik, agar tidak mengundang anjing-anjing liar yang tak sekolah dari mencarik plastik beg dan menyepahkan sampah busuk tersebut. bayangkan. pampers bayi bertahi bersepah di jalanan. atau lebih buruk, pampers wanita. atau pampers orang tua. erk. jadi kesimpulannya di sini sila memperhatikan sampah anda. agar tidak mengalami situasi yang menyesakkan pandangan dan pernafasan.

Friday, March 30, 2012

resipi cincai boncai


minyak untuk menggoreng
udang geragau
bawang besar
cili api
asam keping
gula perang

goreng hirisan bawang besar hingga kekuningan
masukkan udang geragau
masukkan hirisan cili api dan asam keping
goreng hingga garing. (mcm bawang goreng)
angkat dan toskan.

sila nikmati dengan bubur oat

bye!

Thursday, March 22, 2012

sesungguhnya blogging adalah hobi yang pelik

sesungguhnya blogging adalah hobi han yang paling tak aktif. :D hanya akan berblog bila rasa tak tahan, tak dapat nak luahkan perasaan pada orang lain. lawak.. patutnya boleh je kalau nak tulis kat diari kan.. hmm tak paham. entry kali ni pasal mimpi. mimpi orang kata mainan tidur. ada yang kata, kalau mimpi orang bercakap, tu mimpi dari syaitan. kalau mimpi orang tu duk tenung, senyum diam je.. dia rindu kat kita. mimpi kena patuk ular, ada yang nak datang merisik (sekadar menyatakan beberapa contoh dari banyak contoh lain). macam-macam lah kata orang kan. tah betul tah tidak.

kes han pulak, asyik mimpi specific persons berulang kali and the emotions are there, making the dreams felt real. the theme may be a little bit ridiculous and somehow intellectual, and very heart-warming. hehe. well, well, i guess i dreamed bout the persons just too much.

oh! today is my father's birthday. happy birthday yah! he's 57 now. dan masih belum bersara. sangat rajin pulak tu.

ok sambung pasal mimpi. hari ni mimpi pasal orang yang jual selendang tu. sekali lagi nama tidak didedahkan sebab ni blog public. nanti korang kenal, malulah i kan. okay, we were at this place yang macam dah sedikit rundown dan konon-kononnya kat melaka. i remembered the place is called "25 years shops". it's quite unique kan? it's actually a row of shoplots and they're closing for good. standing with me looking at the shopkeepers cleaning their shops was the selendang guy. lepas tu kitorang kena panjat batu. macam a pile of rocks in front of the shops to get away from there. sadly, it seems like the old shops will be torn down for a new development, but there were no signs of people coming and really utilize the existence of the shoplots.

and suddenly we're macam at a hospital together. i said, "sorry, actually i called my ex-bf AL like what i call you now." it's a bit confusing, even for myself, because actually the selendang guy's name has nothing to do with the word "AL". AL for ALIAA FARHANA la sekarang ni. and he actually sulked, adorably. haha

and then we went to a bus station to return to ipoh. he bought 3 tickets; for himself, kakak pink's(nazihah) and mine. pelik, again. i'm not that close to that kakak. but he bought them sharply on the time the bus departed. i ran to get hold of that bus. it's an old school bus used for this journey. all the pelik things actually happened in my dreams lately; err setiap kali? :D okay, so i ran fast enough and amazingly went through a small hill, and get to talk to the driver to pick up us at the station. haha. the bus driver was mouth fighting with another bus driver.

so we're on the bus, and i was sitting beside him. he'd eaten the bait. i put my recognizable red cushion at a two-sitter seat and he actually chose that seat over other empty seats. hehehehe.. daihappy!

Tuesday, March 13, 2012

siapa haniekunie? serba sedikit

haniekunie suka buat kraf tangan. menjahit, kraf kertas, kraf felt, miniature dan macam-macam lagi. haniekunie suka benda "jepun-jepun" <--- ada kawan cakap macam ni. lagu jepun pertama yang disukai adalah "first love - utada hikaru". walaupun mungkin sebelum tu dah suka lagu "doraemon" atau "honey-honey".

haniekunie suka membaca, dari kamus, sampailah majalah, haniekunie memang suka membaca. buku-buku yang dikumpul kebanyakannya novel, buku seni kraftangan, seni lukis, dan komik  tapi haniekunie pening baca suratkhabar, sebab banyak berita-berita ngeri dan menjengkelkan.

haniekunie dah belajar chatting sejak umur 14 tahun lagi (1999). masa tu kita guna mirc. haha macam-macam orang ada dalam tu. channel yang selalu haniekunie masuk ialah #kampung dan #ipoh. lawak betul bila terjumpa dengan senior sekolah. kantoi.nasib baik tak cerita bukan-bukan. hubungan kami baik sampai sekarang walaupun jarang jumpa. macam biasalah, mesra di internet, bila depan-depan segan. kawan yang bertanggungjawab mengajar haniekunie chatting ialah sharifah zhafarina atau dikenali dengan nama sheypott. sheypott pun dah berkahwin dengan sirap, atau nama sebenarnya adli reza. masa belajar tu masih menggunakan dial-up jaring. dan sheypott adalah kawan pertama yang haniekunie ada emailnya. tapi email single_14@hotmail.com tu dah tak berfungsi. sekarang email yang selalu digunakan ialah haniekunie@yahoo.com dan haniekunie@gmail.com. senang kan? tak payah pening-pening nak fikir.

dulu-dulu masa dah tahu guna internet, selalu pergi kafe siber. chatting, cetak lirik lagu jepun, tengok internet tv, cari laruku (l'arc~en~ciel) dan hello project. kebetulan masa tu drama jepun memang popular di stesen tv tempatan. jadi carilah pasal drama tu, dari situlah dah kenal takuya kimura, takeshi sorimachi, takeshi kaneshiro dan noriko sakai. minat terhadap jepun memang dah lama tapi masih belum "mampu" nak ke sana. mungkin akan ada "kelapangan" untuk tujuan itu nanti.

pada tahun 2012 ni haniekunie yang gila main game ni asyik main game di facebook. yang paling aktif, the sims social. kalau dulu, minat congkak, lompat tali getah, galah panjang, baling selipar, video game, pc game (tak ada lah hardcore sangat) ps, ps2. haniekunie minat para para paradise, dance dance revolution dan easy2dance. siap beli kut mat tu main di rumah (masa tu mak nak belanja). walaupun tak berapa pandai nak ikut style budak-budak cina di times square tu. sekarang ni bila di rumah, buka youtube.com, cari dance video, ikut-ikut. jadi adalah bergerak sikit (senaman). suka video-video dance central 2.

baru-baru ini dah cuba buat kek, tak sangka, rupanya boleh haniekunie buat kek. dulu-dulu haniekunie hias kek saja. kek yang haniekunie buat, kek pelangi. hehe. satu saja. yang lain belum cuba lagi.

ada soalan? silalah bertanya

Thursday, February 23, 2012

rindu merindu

agak ganjil bila rasa rindu itu datang.
secara tiba-tiba aja lidah pantas menyanyi lagu ni.
tapi lagu irama malaysia la pulak ye..
hehe..


entahlah kena atau tidak kesnya.. :)
yang penting, asyik ulang je lagu ni..

Tuesday, February 21, 2012

ayah sakit perut, constipation

salam..

hari ni ayah sakit perut. demam semalam. hari ni dah kebah. tapi masih cirit-birit dan muntah pagi tadi. lepas pergi klinik tadi, ayah dah makan ubat dan rest. so untuk tengahari ni han dah masak bubur nasik dgn carrot dan ayam. dikawankan dgn serunding ikan bilis kasar. yum2. hari ni serunding ni tak buat sampai kering sangat. tapi kering la jugak.

serunding ikan bilis

moi

haha. my favourite food .. BUBUR NASIK atau MOI atau KANJI.  ok tak? rasa cam makanan orang sakit tak? kali ni resipinya lain la dari yang entry sebelum ni. tapi dalam entry tu, ade byk resipi side dishes untuk moi ni.. :D  

today's moi :

- beras (dikisar)
- air
- carrot
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- kiub sup bunjut
- isi ayam
- lada hitam
- garam

cara masak: campur semua bahan didihkan sehingga nasik masak, sentiasa kacau supaya tak melekat pada periuk.

serunding ikan bilis:

- ikan bilis
- bawang besar
- bawang putih
- halia
- cili merah
- asam keping
- gula

cara masak: ikan bilis, bawangs, halia, cili merah dikisar. panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan tambahkan asam keping. bila dah agak kering, masukkan gula sedikit. kemudian angkat.

selamat mencuba. 

Thursday, February 9, 2012

hujankah?


titis hujan yang halus kian membesar
makin memberatkan payung di tangan
awan yang menyelaputi langit menghalang cahaya sang bulan
lama kutunggunya bersurai agar bulan dapat kulihat

.
.
.

angin bagai mengerti, dalam lebat hujan, membawa awan berarak perlahan 
ingin kutunggu lagi, agar bulan yang samar-samar kulihat penuh
tapi lenguh tanganku memegang payung tak tertahan lagi
hujan yang lebat, makin mendinginkan
kaki kain yang basah kubiar lenjun


.
.
.


kutunggu lagi dalam rebas malam jumaat ini
seusai awan tebal, makin jelas bulan dan bintang
kucing berlima keluar dari bawah kereta
hujan rebas dah reda


.
.
.


tapi datang lagi harum dingin itu













akankah tiba hujan lebat itu?

Sunday, January 29, 2012

kapas

diriku bagai kapas berterbangan tanpa arah yang pasti.
hanya ikut arah angin yang membawaku ke mana aku akan berhenti.
tiada daya upaya, tiada sayap untuk terbang sendiri.
andai hujan, basah kuyuplah aku jika tidak berteduh.
jika bernasib baik, sempatlah berlindung.
jika tidak, tabah saja menyerap basah hujan itu.


Thursday, January 19, 2012

wikipedia blacked out!!


ehh?? seriously? the wikipedia (free knowledge for everyone) will not be free anymore? there will be no more wikipedia the free encyclopedia? aiyaya

tambahan: oh dengarnya, hanya wikipedia versi bahasa inggeris je yang jadi begini

Wednesday, January 11, 2012

rice croquettes


are you tired of transforming leftover rice to fried rice? you can try this recipe. i don't know if there any other similar recipes out there, but this was simply cooked logically. hahaha..

ingredients:
(1)
rice
boiled potatoes (mashed)
onion (finely chopped)
garlic (finely chopped)
ginger (finely chopped)
salt
black pepper (coarse ground)
potato flour
egg

(2)
cornflakes
cream crackers
fried chicken flour

(3)
oil for frying

- mix everything in (1) nicely, you'll fine the gooey texture will start forming. you can use ladle or spoon to stir or even hand to mix all up.
- blend everything in  (2) to make breadcrumbs for covering the (1) mixture for frying. make sure the cornflakes and cream crackers are coarsely crushed or if you like, you can use food processor to finely crushed them. (note: the fried chicken flour usually has already added with salt)
- heat the oil, i used shallow oil for frying.
- spoon the (1) mixture into the breadcrumbs. coat it nicely, pick it up and make it firm by gently press the breadcrumbs into the mixture. make small or bigger sizes according to your liking.
- fry them with low heat until golden brown at both sides, drain the excess oil.
- voila! time to enjoy the croquettes!

*some may choose to fry in deep oil/ deep fryer for even golden colour. i want it to be healthier as the croquettes will suck up oil in.

the recipe is basically using rice and you can mix in almost anything into them; more spices, meat, or seafood, more vegetables, more potatoes, tomatoes for colour, just anything! just make sure the final batter is a little bit sticky and gooey before you coat with breadcrumbs.

 croquettes are nice because it's crunchy at the outside but amazingly soft in the inside. there are versions of croquettes including french croquettes and Japanese korokke. i especially made my croquettes into bite sizes to replace/ look like nuggets. well, you can opt for this for your children too, if they ever asked for nuggets!


Sunday, January 8, 2012

waktu dhuha itu

waktu dhuha itu tiba lagi. aku menunggu kehadirannya yang sering kulihat dalam warna yang lembut. dia berdiri di situ, mengalunkan azan, sementara yang lain duduk menanti imam. suaranya sering buat tubuhku bergetar, sering juga goosebumps. pernah aku sebak, terurai mutiara jernih di pipiku mendengarkan suaranya yang merdu. seusai azan, dia duduk di saf paling depan. yang lelaki kemas dalam baju melayu dan jubah, sedang yang perempuan, elok litup dalam telekung putih tekun berzikir, bermunajat beramai-ramai. tiba masanya, imam sedia, si muazzin tanpa lengah mengalunkan iqamah, setiap saf dirapatkan moga semakin rapat ukhwah saudara sesama islam. maka bermulalah solat dhuha.

di hari yang lain, si muazzin menjadi imam, acapkali aku berasa seakan-akan lapang hati bila dia menjadi imam. aku berdoa agar setiap waktu dhuhaku berimamkan dia. tapi tentu pula aku akan rindukan suaranya mengalunkan azan dan iqamah. atau sewaktu latihan tilawah dengan ustaz, tentu aku nantikan giliran dia. sungguh aku rindu waktu itu.

hakikatnya aku dan dia dekat, tetapi jauh. dalam belasan tahun ini, berkali-kali dia aku temui. tapi seperti biasa, masing-masing ibarat tidak kenal satu sama lain. kelu. out of topic. boleh pula bersembang di atas talian. setelah dia muncul di hari lahirku yang ke-24. tapi sering dia ada, semacam tiada. akhirnya aku berdiam sahaja.

kali ini aku masih di sini. setelah 15 tahun, sedarkah dia akan zarah wujud diri ini? pernahkah terlintas dalam lubuk hatinya akan diri yang hina ini?

Thursday, January 5, 2012

dance central 2

yeah yeah.. dance central 2 videos.. found those on youtube.. :P




 so happy! i can dance again!

 #peluh berjejeh