Tuesday, December 20, 2011

OMBAK BP

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah, han tak perlu tengok MLM untuk tersenyum, tergelak atau tersipusiput. Cuma perlu log in Facebook, lepas tu p kat group Bloggerperak, tengok diorang bersembang dan join sekali perbincangan diorang. Sweet sangat-sangat oh!

salah satu perbincangan manisssss - sumber:  pemilik blog ternama

Baru-baru ni han join gathering Bloggerperak kat Pulau Pangkor. Rasa-rasanya mungkin han seorang saja yang belum tulis apa2 tentang gathering tersebut. Apakah ini masanya?

Perkumpulan ini diadakan di dalam hutan simpan milik Jabatan Perhutanan di mana cik Ruuuhhhzz kita bekerja. siapa cik Ruuuhhhzz? aa jap.. cari gambo..
.....
....
...
.

ni lah ruhhhzzzz
Kitorang menginap di chalets yang dinamakan Warisan Alam Resort. Agak terpencil, jauh dari orang ramai. Salah satu sebab kenapa han happy gila bila kat sini.. Tak suka la sesak-sesak. Pantai ok, tak kotor.  Cuma ada banyak botol-botol kosong terlekat kat akar pokok tebing tu, kemungkinan besar dibawa oleh arus air pasang dari tempat lain (husnuzhon gila tak mau tuduh orang buang sampah rata-rata kat sini).

Jom tengok gambar-gambar yang takde orang ni.. 




Yang ikut trip ni termasuklah orang-orang kuat BP dan kuncu-kuncunya iaitu:

Reezluv Reez
Ruzz Ezanie
Cik Reena Tan
Broframestone
Iera Kan
Muhd Fadil
Syamsid Dhuha
Adired Adib
Nur Aliaa Farhana
Cik Niaa
Aten Azhar
Ieda Amran
Safwan Seth
Pisyek Kumar
Adish Shida
Incik Angah
Rahim WanGhazali <---- selalu terlupa pasal orang ini

I think, the most hilarious moments were when we playing NNS3 <---as Dhuha named it.. hehe.. Nenek-nenek si bongkok tiga sebelum bersiap balik. Sampai budak-budak kat resort tu pun main jugak. Kalau ikutkan manalah budak-budak sekarang tahu permainan tradisional macam tu. taunye PSP, smartphones, fruitslice, angrybird, mafia wars (Just naming a few games/gadget on-the-go). Serius lawak gila. Main tepi pantai pulak tu, punya la penat berlari kat atas pasir, sampai kak shida nak semput; terpaksa duduk tepi je. Cara mengenali mangsa pulak.. Dahla kena guna kayu.. (Aip takkan nak pegang-pegang pulak :P) Sampai ada la yang terkena kawasan-kawasan terlarang atas badan diorang tu. huhu.. Tak boleh cakap sini. Yang tak terlarang pulak, senang benor nak kenalnya.. (Korang tau siapa kan? Tulis kat ruangan komen)

Dah malam semalam macam biasa budak-budak Bloggerperak (BP) bersembang lagi pasal nak jumpa lagi. Sentiasa rindu-rinduan diorang ni. Kali ni ada yang mencadangkan Cameron Highlands. Cuti sekolah ni wey! Hish tak brape siyor le teman.. :P Bukan apa, ramai orang kat situ nanti.. Tapi walaupun takde aktiviti sangat kat situ, seronok kalau dapat tgk kebun sayur, teh, strawberries.. tangkap gambar. Kalau cousin han Syafiq dapat pergi, dok sibuk dgn nak buat gambo HDR jela..

Pada pendapat han, yang baru beberapa kali je pergi ke Cameron Highlands, kawasan agrotourism MARDI paling lengkap untuk dilawati. ada kebun sayur, buah-buahan, teh, rumah penginapan, dan research center; untuk yang suka membaca dan mengetahui benda-benda baru tentang bidang pertanian. Ai.. Tetiba nak teringat cerita Jamal dgn Raja Ema dulu-dulu yang buat Cameron iaitu Kekasih Awal dan Akhir. Siap masuk kampung orang asli.. hehe..






tak abih lagi post ni.. penat. rehat jap e

11 comments:

  1. wa tgk muke wa tu mcm comel lak. kahkahkah ^.^

    ReplyDelete
  2. takde part two.. terus je continue kat sini.. :D

    ReplyDelete
  3. ALAMAKKK! gosip sampai ke sini. hahahaha!

    #ombak BP wehhh. :p

    ReplyDelete
  4. :P biasala tu.. tp tak habih lagi ni reena.. cume writer's block sekejap

    ReplyDelete
  5. ombak BP tergendala sementara waktu sbb pasangannya berhijrah mencari ombak langkawi plak. hahaha

    ReplyDelete
  6. kenapa selalu terlupa pasal wa..haha sedih hati wa

    ReplyDelete
  7. hehe tak tau la.. dah takdir.. :P

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen