Friday, September 2, 2011

hari raya ketiga

pulang ke teluk intan, perak untuk beraya bersama keluarga sebelah ayah.. alahaiii.. ramai betul.. kereta semua besar2 bikin aku jealous aja. yang dah lama tak jumpa tu memang ada lah.. yang tak balik2 sebab sibuk kerana bertugas sebagai doktor di kota kinabalu. abang dia yang lama tak balik tu pun ada.. kakak2nya pun semua ada.. yang sombong tak mau balik

ada anak saudara baru lagi.. apa namanya.. irham, ilham?

rupanya abang long dah beli kereta baru, honda crossroad. tak bawak balik pulak. bawak lexus je. aman dengan bmw 5 seriesnye, abang deli dengan xtrail, jang seperti biasa dgn mercnye.. ijam bawak wish ke?

aku tengok depan rumah tu dah macam kedai jual kereta mewah second hand dah. time aku bila nak sampai ni.. aduhh

dalam rumah dah ada mini indoor playground.. abg man beli untuk anak2 dia.. habis kena belasah. playhouse pun khemah dah kena roboh.. hai anak2 saudara.. kenapalah ganas dan ngelejat sangat?

makan usah kira la.. makan berkali2 pun tak kenyang2.. nasik jagung, ayam masak mamak, ikan rebus sambal, sup ayam, sayur campur, ikan keli sambal cili padi, agar2 telur dgn sirap ros, air oren lagi, kuih, kerepek.

tahun ni aku masih dapat duit raya.. apeda.. sudah tua.. uhuk

sebelum pulang, kami singgah rumah mak teh dan wan chik. hmm mkn lagi, mee goreng, mee hailam.. tapi kat rumah wan chik, minum kopi je.. dah tak larat dah nak makan.. dah pukul 10 malam! si ain dah berhenti pulak jadi wartawan kat majalah remaja.. tak tahan nak kejar dateline katanya..

hmm semalam aku terkena percikan minyak panas kat tangan aku ni.. hai.. sabar jela.. dah tak menggelembung, aku dok tenyeh dengan aloe vera biar elok cepat sikit.. karang, jatuh saham pulak.

hayya alalfalahhh!

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen