Wednesday, August 10, 2011

kebelakangan ini

kebelakangan ini, aku sering terlebih jiwa-jiwa.
ramai yang menegur, tapi aku masih buat bodoh.
mungkin kerana aku menghadam novel sebanyak 4 naskhah seminggu ini.
aku terlalu banyak masa? tak juga.
tapi aku memang gemar membaca novel di waktu senggang atau ketika hati aku rasa sakit.
aku selesa menangis kerana novel atau video-video yang menyayat hati.
fiksyen atau kisah benar.
aku bukan seorang yang muram, aku selalu kelihatan ceria.
aku juga mengamalkan sikap, "senyum dan segala akan ok".
kamu akan kata, "alah, budget ikut drama taiwan la tu".
tapi ini kenyataan.
aku cuba sedaya upaya sembunyikan apa yang hati aku keluhkan.
supaya aku takkan menyusahkan orang lain.
aku selfish, tapi bukan untuk menjengkelkan orang lain.
tetapi aku selfish kerana kedekut untuk berkongsi rasa hati.
yang benar-benar aku selesa sahaja aku luahkan.
itupun dengan rasa ragu-ragu, "mungkinkah aku mengganggu mereka dengan repekan aku ini?"

No comments:

Post a Comment

Han suka kalau korang komen