Friday, May 20, 2011

the last of my grandparents

selasa lepas, 17 may 2011, tok meninggal pada jam 7.35 malam lepas han solat maghrib.

itulah grandparent yg terakhir yang han paling kenal.. tok ahmad, han tak pernah jumpa. tok ali, han tak pernah dapat kenal walaupun dialah yang paling tabah menghenjut han dalam buaian, kalau sejam pun sejamlah. tapi dia meninggal masa han umur tak sampai setahun pun. opah mah, han jumpa la.. tapi dah meninggal masa han sekolah rendah. tok siah ni la yang paling rapat, tidur pun sama2.. dia tegur han tidur tak bergerak2. statik je dari malam sampai pagi.. hihi.. kalau org lain, mesti dia tak tahan tidur sekatil. ganas sgt. :)

tok garang. tapi cakap han kebanyakannya dia boleh consider walaupun ala2 laser gitu.. :D

tak tau nak cerita apa.. banyak sangat kenangan.. :) tak sedih sgt.. tapi terkejut jugaklah.. sekarang baru rasa sedih. dalam masa beberapa bulan ni memang kehidupan kami semua sentiasa dijadualkan mengikut keadaan dia. bila dia dah takde, macam takde aktiviti pulak.

han selalu berdoa biar tuhan ambil dia dengan mudah sebab kesian tgk dia terlantar tak dapat buat apa2. solat maghrib malam tu, han berdoa kalau betul dia akan pergi dalam masa terdekat, biarlah dia pergi dgn tenang, tuhan kasihankan dia, biar nabi s.a.w bagi syafaat kat dia, sebab dia baik sgt..

5 minit lepas tu dia pun menghembuskan nafas terakhir. sekejap je proses waktu nazak dia. start 6.50 ptg sampai 7.35 mlm. 6.50 muka dia dah pucat, kuning. han tengok dia muntah cairan kecoklatan. aneh sangat, sepatutnya muntah putih atau kuning sebab baru je minum susu. emm dia macam batuk tapi sangat lemah. han cuba periksa mata, nadi kat wrist, leher dan jantung. very very weak! mata dah takde respon, tak gerak. tapi otot kelopak still working. i yelled for my mom. seriously i thought she was already gone. she wasn't breathing!

tapi lepas tu mak, anjang, ayah.. semua ajar tok mengucap. muka dia start pink balik. tapi pernafasannya sangat lemah.. lebih kurang 30 saat - 1 minit sekali. gap panjang gile. we started telephoning relatives. tapi just to informed that she's breathing problem.. tapi weak la.. i actually said that i was afraid she had gone. nervous kot. terkawal tapi serabut cakap bm-bi.

7.30 dia start bernafas dgn kuat. 7.35 dah selesai. disahkan oleh makcik yang bekerja sebagai nurse yang sekarang dah berpangkat matron selepas dia datang dalam setengah jam lepas tu.

saat paling menyayat hati adalah semasa kami semua diberi peluang menatap dan mengucup wajahnya buat kali terakhir sebelum dikafankan sepenuhnya. especially masa my mother and abg boy's turn. i feel sorry for abang, my younger brother yang tak dapat balik dari uitm merbuk.

jenazah tok dikuburkan di tanah perkuburan islam rapat setia dekat gua kek look tong. nostalgic sangat sebab my two adopted aunties, mak chor and angah umi ada dikuburkan di sana dan my special beloved friend, siti israha othman pun ada kat sana. moga allah mengasihani mereka semua dan diberi syafaat oleh nabi s.a.w.

al-fatihah.

dan mungkin dari tarikh ini, kami sekeluarga akan menghitung hari untuk menyiapkan dan berpindah ke rumah di pekan razaki lebih awal dari tarikh ayah bersara. han sayang sangat rumah besar ni.. tak sampai hati nak berpisah. tapi memang uzur dah..

tapi ruang ini,
ruang yang han biasa,
ruang yang mendewasakan han,
ruang yang penuh perasaan sayang,
ruang yang tak pernah han tinggalkan,
ruang yang han nak kongsi, nak banggakan dengan yang tersayang.

1 comment:

  1. Al Fatihah han . kita sama-sama hilang orang yang tersayang . semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen