Monday, February 14, 2011

si anak mama

Bukan mudah menjadi seorang teman kepada anak mama ni. Semua perlu ditolong. Daripada menyalin nota sampailah nak tahu apa yang akan keluar masa exam nanti. Aku ingat lagi, setiap kali nak exam, dialah orangnya yang akan sibuk-sibuk telefon atau mengirim pesanan ringkas semata-mata nak tahu tajuk apa yang bakal keluar dalam exam (aku ke yang buat kertas periksa tu?).

Mungkin dia percaya padaku. Almaklum aku memang rajin pergi kelas, duduk depan sekali. Assignment siap atau tak, tu belakang kira. Yang penting aku pergi kelas. Lawak betul. Berani pula tu pergi kelas duduk depan lecturer dengan selamba tak siap assignment. Tapi kalau tak pergi kelas memang tak boleh jawab periksa la jawabnya. Sebab lecturers tu semua memang suka bagi hint kat kelas.. Suka hati dialah bila dia nak beritahu kan.

Berbalik kepada kisah anak mama tu, bila dah tiba exam week, sibuk nak pergi fotostat nota aku. Terutamanya nota kecil aku yang berwarna-warni tu. Yang aku tak puas hati satu je, aku penat buat nota, dia dapat markah lebih tinggi dari aku.. Mungkin dah takdir. Dia memang brilliant kot. Pandai tak bersebab. Apa jenis kenyataan tah.

Aku pula macam dah jadi setiausaha dia. Dia tak datang kelas, aku yang tahu sebabnya. Tempat dan masa kelas ganti aku yang beritahu padanya, dan macam-macam lagilah. Dia nak ponteng kelas pun beritahu aku. Aiya.. Sampai ke hari ini pin dia masih contact bila nak cari 3D visualiser untuk event project dia. Sekarang aku dah jadi JOBSTREET pulak kot. Hehe.. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya aku dapat rasa ada orang perlukan aku. Aku bukan orang yang tak penting. Cewah.

Anak mama ni nampak macam buruk perangai.. Kacau sana, kacau sini. Tapi sebenarnya ok je. Ramai pernah kena kacau. Tapi aku tak pernah pun. Huh lega. Sebab tu ramai yang kata kami ni ada apa-apa; padahalnya tak ada langsung. Cuma kawan. Dia respek aku lebih kot. Hihi.. Dia bos, aku setiausaha. Poyo ok.

Sebagai seorang kawan, aku suka caranya menasihati aku. Kalau ada masalah, dia takkan memperkecilkanku, malah membantu pula dan cuba member galakan. Perangai aneh dan lawaknya pun terus bertukar menjadi serius dan menumpukan perhatian terhadap apa yang aku adukan.. Emm.. Thanks for being a good friend. J


Thursday, February 10, 2011

breakfast



tak susah nak buat breakfast macam ni

bahan2:

marjerin
roti
telur dadar (resepi masing2)
hiasan ala kadar

kawannye,

Monday, February 7, 2011

Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang mode.. Gusti Putri Ratno Dumilah. Sedihnya kisah cintamu. Tuah yang bodoh! Menurut membabi-buta. Sakitnya hati. Terseksa kerana menurut hati yang cinta.

(dalam nada lirih sang Gusti Putri)

Cinta datang tanpa diundang
Seumur masa tercipta
Ia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

Ku kan jadi milikmu jua

Hati lirih akibat kedunguan seorang panglima setia
Sucinya cinta melarat kesekian zaman
Walau si Gusti Putri sakti
Akibat patuh rasa hati
Diri sendiri mencari mati

SO sad ok???

Sunday, February 6, 2011

kelahiran cicit Hajah Hasiah bulan ini..

1 - Nur Zahra Aleesya binti Mohd Zhafri

2 - Qaif bin Nikman

tahniah kepada sepupu-sepupuku

namun begitu takziah diucapkan kepada Nikman and family di atas pemergian anakmu, QAIF NIKMAN selepas menghirup udara bumi selama hanya 3 hari kerana komplikasi selepas dilahirkan tidak cukup bulan. AL-FATIHAH


Saturday, February 5, 2011

hai encik blog

apa kabar? nothing to be updated la..

tapi ni hujan lagi.. hujan hujan hujan.. la la la la..

sangat tak bersemangat..