Saturday, January 15, 2011

petua nak kurus

(1) A) Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru
iaitu
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan
ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahbuahan
atau jangan makan langsung.
3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam.
4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya.
Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi
jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).
(2) B)B) Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti
berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja
yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan
senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang
sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya
untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana "sikap adalah
menghukum diri".
(3) C) Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di
sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi.
Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya.

ni petua dikongsi oleh abang senior mase sekolah dulu.. :D trimas!

4 comments:

  1. nak kongsi sikit. kalo agak2 nak makan lagi sejam, 30 min before minum segelas air. mmg kurang slera mkn pastu

    ReplyDelete
  2. yg tu dah jenuh.. hahahaha.. mmg kaki botol dah ha

    ReplyDelete
  3. Astagfirullah. Biar kaki berbulu, jgn kaki botol...

    ReplyDelete
  4. hahahahahahhahahaha! a tidak.. kaki botol mineral jeah. kau nih

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen