Monday, January 10, 2011

makan masa sakit..

jangan salah faham, han tak sakit la.. tapi ade org gemuk kat rumah ni yang sakit..

bila demam atau sakit, memang tak seronok kan? lidah jadi kurang perasaan, makan semua tak sedap.. mulut pahit..

tapi mak kite semua suka sangat masak benda tawar tu untuk kite kan.. lama2.. jadi favourite.. hahahaha..

dialog biasa, "ala, tawarla.. tak sedap.."

tapi nasi bubur yang tawar tu, kalau kena side dishesnya, mesti makan bertambah.. hahaha..

cntohnya, bawang putih goreng, halia goreng, ikan bilis goreng, sambal ikan bilis masam, tauge plant tumis dan lobak putih tumis.

ehehe.. kalau suka kicap atau lobak asin, bubuh jela.. tapi kalau kena benda2 kat atas ni, kicap pun tak pandang dah..

semua side dishes tu memang tahap maksima punya senang nak buat. meh baca resepi ringkas ni..

bawang putih goreng
- bawang putih diceraikan dari labunya.
- JANGAN BUANG KULITNYA
- ketukkan sikit dalam lesung JANGAN SAMPAI HANCUR
- panaskan minyak masak, gorengkan bawang putih tadi hingga separuh garing
- tutup api, tuangkan bawang putih tadi dgn minyak ke dalam mangkuk kaca

halia goreng
- halia dihiris halus kemudian digoreng sama seperti bawang putih tadi

ikan bilis goreng
-bersihkan ikan bilis, kemudian digoreng sampai garing, kemudian angkat dan toskan

sambal ikan bilis masam
- ikan bilis dibersihkan kemudian ditumbuk bersama bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga separuh hancur. kemudian dgn sedikit minyak, gorengkan sampai bawang layu dan sedikit garing kemudian angkat. perahkan jus limau nipis banyak-banyak biar masam, ikut citarasa anda.

tauge hijau tumis
korang tau kan tauge hijau? tak tau pi tanya kedai sayoq. nampak sangat tak pernah pegi merket tak pun anggap makan sayur tu hanya untuk kambing.. sian.. hehehe.. sayur tu penting untuk kesihatan perut anda terutamanya ya.. jgn harap yakult je.

ha resepinya:
tumiskan udang kering dan bawang putih yang telah ditumbuk dalm minyak panas. kemudian biarkan ia garing sedikit, baru masukkan tauge hijau, sos tiram, dan sedikit air.. bukan nak buat kuah ye.. kacau sekejap, lepas tu, angkat demi menjamin kerangupan tauge hijau tu..

lobak putih tumis
caranya sama saja dgn tauge hijau tumis tapi potongkan lobak putih tu dalam saiz seinci.. tapi gantikan udang kering tu dgn ikan bilis sedap sikit kot.

amacam? malam ni korang bolehla try.. bahan-bahannya pun tak susah cari kan? biasanya ada je kat dapoq anda semua.
aa.. pasal bubur nasi.. suruhle mak korang masakkan.. hehehe.. cari resepi kat blog orang lain na.. :P

try ni pun boleh:



pnut posted at 14-6-2007 15:48

bubur nasi cara saya untuk demam...

rebus beras, dengan air yg banyak....
potong dada ayam, kiub-kiub...
taruk kiub ayam seketul,
kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,
tumbuk sikit bawang putih bawang merah...
nak best lagi boh la udang ke daging ke...

rebus je semua sampai beras hancur jadi cam bubur tu..

then masukkan kentang dan karot yang dipotong dadu...kecik-kecik...

mkn time panas, tabur serbuk lada hitam/lada sulah, daun bawang, daun sup, bawang goreng, ikan bilis...apa-apa je la..

senang dan mudah...try la sure sedap...


sekian selamat mencoba ya..

4 comments:

  1. ratio beras dgn air macamana? apsal xjadi bubur? mcm nasi yg lembik. nak kena selalu kacau ke? bahan2 lain tu ok je.tq

    ReplyDelete
  2. loh kau try ke.. ratio ye.. ak reti main bubuh je we.. tp mmg selalu kene kacau.. kalau tak lekat kat periuk tuh.. rugi je

    ReplyDelete
  3. dah try tadi. resepi musim tengkujuh ni. dah try American pancake? bukak kat youtube. bila dia tarok mapple syrup kat atas tuhh... Perghh!

    ReplyDelete
  4. lempeng sudah.. hahahaha.. makan dgn sambal kicap.. :P

    ReplyDelete

Han suka kalau korang komen